Mahkamah Penghulu


Mahkamah Penghulu merupakan mahkamah yang paling rendah yang hanya terdapat di Semenanjung Malaysia.
Mahkamah Penghulu mempunyai kuasa membicarakan kes-kes sivil yang melibatkan tuntutan tidak melebihi RM50.00.
Bagi kes-kes jenayah, denda maksimum yang boleh dikenakan ialah RM25.00.
Mahkamah Penghulu mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan semua kes sivil yang tuntutannya tidak melebihi RM50, jika pihak-pihak yang berkenaan berbangsa Asia dan memahami bahasa Melayu.
Bidang kuasa jenayah terhad kepada kesalahan-kesalahan kecil yang dituduh terhadap seorang berbangsa Asia yang ditetapkan khas dalam warannya yang hukuman denda tidak melebihi RM25.
Mahkamah Penghulu tidak wujud di Sabah dan Sarawak, sebaliknya kedua-dua negeri ini mempunyai Mahkamah Orang Asli yang mempunyai bidang kuasa terhadap semua perkara-perkara awam yang berkenaan dengan adat dan undang-undang orang asli.