Yang di-Pertuan Agong juga memainkan
peranan penting dalam bidang kehakiman. Adalah juga menjadi tanggungjawab Yang
di-Pertuan Agong untuk melantik Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan,
Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya, Hakim Besar
Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, Hakim-hakim Mahkamah Agung, Hakim-hakim
Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi atas nasihat Perdana Menteri setelah
dirundingkan dengan Majlis Raja-Raja. Di samping itu juga baginda boleh
melantik mana-mana orang yang layak dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi
untuk menjadi Pesuruhjaya Kehakiman (yang mempunyai kuasa sebagai Hakim
Mahkamah Tinggi) atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Ketua
Hakim Negara Mahkamah Persekutuan (satu langkah sementara sebelum pelantikan
tetap sebagai Hakim Mahkamah Tinggi).
Selain dari itu, Yang di-Pertuan Agong
juga boleh memanjangkan perkhidmatan seorang hakim yang berumur lebih 65 tahun.
Bagaimana pun lanjutan perkhidmatan itu tidak melebihi enam bulan setelah
mencapai umur 65 tahun. Seorang hakim Mahkamah Persekutuan boleh meletakkan
jawatan pada bila-bila masa dengan cara menulis surat perletakan jawatan kepada
Yang di-Pertuan Agong.
Mengenai penyingkiran hakim pula,
Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Perdana Menteri atau Ketua Hakim
Negara selepas berunding dengan Perdana Menteri, mengemukakan presentasi kepada
Yang di-Pertuan Agong bahawa seorang hakim Mahkamah Persekutuan hendaklah
disingkirkan atas alasan berkelakuan tidak senonoh, atau ketidakupayaannya
menjalankan tugas kerana kesihatan ataupun fikiran terganggu atau lain-lain
alasan. Selepas menerima representasi itu Yang di-Pertuan Agong akan melantik
satu tribunal untuk memberi cadangan, dan mungkin atas cadangan tribunal itu
menyingkirkan hakim dari jawatannya.
Perlu diingatkan bahawa Yang di-Pertuan
Agong tidak mempunyai kuasa untuk menyingkirkan seseorang hakim atas
kemahuannya. Hanya melalui representasi yang dibuat oleh Perdana Menteri atau
Ketua Hakim Negara dan selepas menerima laporan tribunal maka Yang di-Pertuan
Agong boleh menyingkirkan seseorang hakim itu dari jawatannya.
Sungguhpun begitu Yang di-Pertuan Agong
boleh menggunakan budi bicara baginda untuk menerima ataupun menolak
cadangan–cadangan tribunal dalam menyingkirkan atau mengekalkan hakim itu pada
jawatannya.
KEDUDUKAN PERJAWATAN HAKIM-HAKIM
MAHKAMAH PERSEKUTUAN, MAHKAMAH RAYUAN DAN MAHKAMAH TINGGI
Keanggotaan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan
|
||
|
||
Ketua
Hakim Negara Mahkamah Persekutuan
|
-
|
1
|
Presiden
Mahkamah Rayuan
|
-
|
1
|
Hakim-hakim
Besar Mahkamah Tinggi Malaya, Sabah dan Sarawak
|
-
|
2
|
Hakim-hakim
Mahkamah Persekutuan
|
-
|
7
|
|
||
|
||
Keanggotaan Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan
|
||
|
||
Presiden
Mahkamah Rayuan
|
-
|
1
|
Hakim-hakim
Mahkamah Rayuan
|
-
|
10
|
|
||
|
||
Keanggotaan Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi
|
||
|
||
Hakim-hakim
Mahkamah Tinggi di Malaya
|
-
|
47
|
Hakim-hakim
Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak
|
-
|
10
|