Peguam Cara Negara


Peguam Cara Negara membantu Peguam Negara dan mengikut undang-undang boleh menjalankan mana-mana fungsi yang boleh dijalankan oleh Peguam Negara. Ini diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Seksyen 40A kepada Jadual Kesebelas Perlembagaan Persekutuan.
Di bawah subseksyen 376(2) Kanun Tatacara Jenayah, Peguam Cara Negara juga mempunyai semua kuasa sebagai Timbalan Pendakwa Raya dan akan bertindak sebagai Pendakwa Raya apabila dalam ketiadaan atau ketidakupayaan Peguam Negara untuk bertindak.
Peguam Cara Negara juga bertanggungjawab mengendalikan hal-hal mengenai guaman, urusan temuduga, pengambilan, pertukaran, penempatan dan kenaikan pangkat pegawai-pegawai dan apa-apa tugasan lain yang diarahkan oleh Peguam Negara.