Maksud Habeas Corpus & Writ


Habeas Corpus - Terma Latin yang membawa maksud "seseorang mesti bertubuh". Oleh itu, seseorang yang ditahan berhak diberitahu tentang jenayah yang dilakukannya atau tuduhan keatasnya, dan memohon supaya penahanannya disemak semula oleh badan kehakiman. Seseorang yang ditahan secara haram seharusnya dibebaskan.  Menurut Hakim Yong Pung How dalam kes Kamal Jit Singh v Menteri Dalam Negeri [1993] 1 SLR 24, writ Habeas Corpus merupakan writ yang dikeluarkan oleh mahkamah untuk memastikan perlindungan terhadap kebebasan individu awam. Writ ini memberikan mahkamah kuasa untuk menguji keesahan sebarang penahanan yang dilakukan oleh pihak berkuasa terhadap rakyat, dan hal ini penting kerana tindakan menahan seseorang bukanlah satu tindakan yang imun daripada undang-undang. Writ ini penting bagi memastikan tidak berlakunya penyalahgunaan kuasa menahan sesiapa dengan sesuka hati.