Latarbelakang
Pengswastaan
mula mendapat perhatian yang wajar di Malaysia mulai pertengahan tahun 1983
apabila Y.A.B. Perdana Menteri melancarkan Dasar Persyarikatan Malaysia yang
juga telah menyentuh peranan pihak swasta dalam pembangunan dan pengurusan
negara.
Pengswastaan
adalah bertentangan dengan pemiliknegaraan (nationalization), iaitu satu proses
yang menambahkan pemilikan dan penguasaan Kerajaan dalam ekonomi. Pada
dasarnya, pengswastaan melibatkan beberapa kepentingan atau pelaburan kerajaan
yang tertentu kepada sektor swasta.
Rasional
Y.A.B.
Perdana Menteri dalam ucapan perasmian conference The Securities Industri in
Malaysia pada 28hb April, 1984 menyatakan.... Goverment the world over
are notorious for inefficiency when running enterprises, even aided by monopoly
and the authority of Government. On the other hand, the private sector is
better motivated and generally more efficient. It is hoped that privatisation
will improve the economic and general performance of the services, resulting in
a more rapid growth of the nation as a whole'.
Sektor
Awam bukan sahaja terlibat dalam menyediakan dasar utama dan menentukan arah
dan penyediaan perkhidmatan tetapi telah juga terlibat secara aktif dalam
aktiviti ekonomi dan perdagangan di Malaysia. Saiz sektor awam telah berkembang
dengan begitu pesat sekali dalam 10 tahun yang lalu. Perbelanjaan sektor
awam telah meningkat dengan begitu besar sekali dari 28% pada tahun 1975
kepada 36% pada tahun 1982 dan ini merupakan satu beban kewangan yang besar
untuk ditanggung oleh Kerajaan.
Keadaan ekonomi meleset juga menjadi
faktor-faktor utama yang membawa kepada Dasar Pengswastaan ini diperkenalkan.
Objektif
Objektif
Dasar
Pengswastaan diperkenalkan dengan mempunyai objektif seperti berikut:
(i)
Mengurangkan Bebanan Kewangan Kerajaan
Pada masa yang lepas, pihak Kerajaan telah membelanjakan ribuan juta ringgit dalam sektor kesihatan, pertahanan, air, api, jalan keretapi, pelabuhan, lapangan terbang dan sebagainya, dan perbelanjaan tersebut terus meningkat dari masa ke semasa dan kadar pulangan balik kepada Kerajaan adalah lambat dan sangat rendah.
Di
samping itu, Kerajaan juga terpaksa menyelenggarakan perkhidmatan dan
pelaburan-pelaburan tertentu. Jumlah emolumen merupakan satu item yang terbesar
iaitu lebih satu pertiga daripada keseluruhan perbelanjaan mengurus.
Perbelanjaan dalam bentuk pindahan juga telah meningkat dengan pesatnya sejak
akhir-akhir ini dan sekarang telah menjadi hampir setengah daripada
perbelanjaan mengurus.
(ii) Meninggikan Kecekapan Dan Penghasilan Kerja
Pencapaian kebanyakan daripada perusahaan awam yang terlibat dalam bidang perdagangan dan perindustrian masih tidak memuaskan walaupun mereka mempunyai kedudukan monopolistik dan menikmati berbagai sokongan Kerajaan. Dengan mengswastakan beberapa perkhidmatan Kerajaan yang tertentu, serta dengan kepakaran dan peluang yang lebih baik yang boleh di beri oleh pihak swasta, adalah dijangka perkhidmatan tersebut dapat di tingkatkan dengan lebih baik lagi.
(iii) Menggalakkan Pertumbuhan Ekonomi Dan Kekesanan Negara
Harta-harta atau kekayaan yang dimiliki oleh negara masih belum diusahakan sepenuhnya. Halangan-halangan yang terdapat dalam sektor awam tidak menggalakkan penggunaan sumber-sumber kekayaan negara ini dengan cekap dan sepenuhnya.
Lebih
banyak syarikat swasta yang dapat di wujudkan yang dengan secara tidak langsung
dapat meninggikan pertumbuhan ekonomi negara. Di samping itu, pihak Kerajaan
pula dapat mengecap nikmat bersama dengan mengutip cukai pendapatan dari syarikat-syarikat
yang berkenaan.
(iv)
Pembahagian Sumber Serta Kecekapan
Lebih
banyak penglihatan Kerajaan dalam ekonomi bermakna lebih banyak penguasaan
Kerajaan terhadap sumber-sumber negara. Keputusan pula biasanya dibuat
berasaskan pertimbangan yang bukan bercorak pasaran. Sebahagian besar daripada
barang-barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Kerajaan mencerminkan
nilai pasaran. Harga barangan tersebut adalah berasaskan subsidi dan sumber
yang diuntukkan itu untuk pengeluarannya tidak dapat diagihkan dengan
cekap.
Subsidi
dan pengekalan sikap yang berkehendakkan kebajikan, akan menggalakkan rakyat
Malaysia terlalu bergantung kepada bantuan Kerajaan. Keadaan ini tidak sesuai
dengan kepentingan jangka panjang perseorangan dan negara keseluruhannya.
(v) Mempercepatkan Pencapaian Matlamat dasar Ekonomi Baru
Dengan
memberi lebih banyak peluang kepada pihak swasta, Kerajaan dapat mengwujudkan
lebih banyak penyertaan syarikat swasta Bumiputera atau bilangan
pengurus-pengurus Bumiputera bagi memenuhi kehendak-kehendak Dasar Ekonomi Baru
itu.
Strategi Pelaksanaan
Beberapa
isu penting perlu diselidiki, dikaji dalam menimbangkan cadangan-cadangan
pengswastaan sesuatu perkhidmatan itu. Kabinet telah mengarahkan satu
Jawantankuasa ditubuhkan di Unit Perancang Ekonomi (EPU) dengan dianggotai oleh
Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU), Kementerian Kewangan dan Jabatan Awam
(PSD) dengan dipengurusikan oleh Unit Perancang Ekonomi bagi menyediakan satu
garis panduan yang lengkap untuk memudahkan Kementerian/Jabatan mengswastakan
beberapa perkhidmatan di bawah Kementerian/Jabatan masing-masing. Antara
isu-isu yang perlu di pertimbangkan ialah:
(a) Pemecahan sesuatu khidmat
(fragmentation);
(b) Soal keselamatan;
(c) Perundingan;
(d) Implikasi kewangan;
(e) Penentuan harga;
(f) Implikasi kepada kakitangan;
(g) Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru;
(b) Soal keselamatan;
(c) Perundingan;
(d) Implikasi kewangan;
(e) Penentuan harga;
(f) Implikasi kepada kakitangan;
(g) Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru;
Berdasarkan kepada angka perbelanjaan dan peruntukan-peruntukan pembangunan awam, sektor swasta pula mengkaji keupayaan mereka dalam mengurus dan mengambilalih harta-harta yang akan diswastakan. Pengawasan dan penilaian yang rapi terhadap perkhidmatan-perkhidmatan yang diswastakan juga merupakan sebahagian dari program pengswastaan. Tingkat kecekapan daya pengeluaran, daya persaingan yang sihat serta tingkat harga yang dikenakan terhadap perkhidmatan-perkhidmatan berkenaan perlu diawasi untuk menilai kos dan faedah dari perkhidmatan yang diswastakan.
Penutup
Kebimbangan-kebimbangan
terhadap Dasar Pengswastaan timbul kerana akan berlakunya beberapa pemindahan
hakmilik 'national monopoly' yang sepatutnya dikendalikan oleh sektor awam
kepada syarikat swasta. Pemindahan itu dikuatiri boleh menyebabkan kenaikan
kos, harga dan agihan pendapatan yang tidak serata disebabkan oleh pemonopolian
tersebut.
Walaubagaimanapun,
jika dasar ini dikaji secara mendalam dan dipraktikkan secara sempurna selepas
mengambil kira kemungkinan penyalahangunaan kuasa monopoli di atas, ianya akan
dapat menyediakan satu perkhidmatan yang lebih cekap, cepat dan murah pada
pengguna penggunanya, yang mana secara tidak langsung akan mempercepatkan
pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.