Latarbelakang
Sejak
tahun 1960, perkembangan sektor pembuatan di Malaysia telah dilaksanakan ke
arah kegiatan-kegiatan yang bercorak gantian-import. Bagaimanapun strategi
ini telah mula berubah dalam tahun 1970 di mana lebih banyak tumpuan telah
dibuat terhadap kegiatan-kegiatan yang berorientasikan eksport, memandangan
kegiatan berorientasikan gantian import membantutkan perkembangan
perindustrian oleh kerana Malaysia dianggap mempunyai skop pasaran yang
kecil. Matlamat-matlamat pembangunan Perindustrian dalam tahun 70an hingga
sekarang berasaskan faktor-faktor berikut:- tempoh 115 hingga 120 tahun
a. Mencapai matlamat Dasar
Ekonomi Baru
b. Mempelbagaikan industri dan megembangkannya ke seluruh negara c. Menambahkan tukaran asing menerusi pengujudan industri yang teknologi tinggi dan memupuk kemahiran bagi pekerja-pekerja Malaysia d. Menambahkan lagi industri kecil e. Mengurangkan import barangan jentera f. Mengekploitasi pertalian/linkage pengeluaran dan pemerosesan g. Menguatkan lagi keupayaan teknologi dalam sektor pembuatan. Rasional
Walaupun
matlamat-matlamat pembangunan perindustrian ini telah menghasilkan kemajuan
yang pesat dalam tahun 70an, beberapa kelemahan telah dapat dikesan
terutamanya dalam awal tahun 80an di mana kemelesetan sektor luar telah
menjejas prestasi sektor pembuatan Malaysia.
Pada
dasarnya kelemahan-kelemahan sektor pembuatan Malaysia adalah berasaskan
kepada strukturnya.
Pertama,
asas sektor pembuatan adalah sempit (narrow industrial base). Boleh dikatakan
sebahagian besar kegiatan-kegiatan pembuatan adalah ditumpukan kepada
pengeluaran-pengeluaran barangan-barangan elektrik dan elektronik,
bahan-bahan kimia dan petroleum, tekstail, kasut dan beberapa pengeluaran
jentera dan peralatan perhubungan.
Kedua, campurtangan kerajaan dalam
memberi galakan perindustrian seperti galakan cukai, galakan pelaburan
industri baru, galakan tempatan, Akta Penyelarasan Perindustrian dan
pengujudan Kawasan Perdagangan Bebas telah menghasilkan keadaan yang tidak
seimbang dalam industri pembuatan. Antara kesan-kesan yang tidak seimbang ini
ialah:
a. Terlalu berat kepada 2
sektor eksport - elektronik dan tekstail, iaitu hampir 65% daripada
pengeluaran adalah daripada sektor-sektor ini.
b. 73% daripada kegiatan-kegiatan pembuatan bertumpu di kawasan- kawasan maju. c. Kadar kepentingan asing yang tinggi dalam modal tetap - misalnya industri elektronik (80%), industri tekstail (54%). d. Galakan-galakan industri tidak berlaku 'across firm' dan 'across industry' yang menyebabkan tidak seimbangnya kesan galakan. e. Kebanyakan firma yang menggunakan galakan-galakan ialah firma- firma multinasional yang berorientasikan pasaran eksport yang kurang memberi perhatian kepada peluang-peluang mengujudkan pemerosesan (backward linkages) dalam negeri.
Ketiga,
kelemahan-kelemahan ini ditambah dengan tidak ujudnya dasar perindustrian
negara yang dapat mengadakan matlamat dan strategi industri yang terang dan
bersesuaian buat masa kini dan masa hadapan untuk menyelaraskan kesemua
kegiatan-kegiatan pembuatan negara, khususnya kepada industri-industri
berasaskan pertanian.
Objektif
Berasaskan
faktor-faktor yang dibincangkan di atas, maka perlulah diadakan satu
perancangan yang terperinci dalam sektor pembuatan yang dapat menggabung dan
menunjuk dengan jelas perhubungan antara berbagai-bagai peringkat kegiatan
pembuatan. Satu daripada langkah yang menuju ke arah ini ialah penyediaan
Pelan Induk Perindustrian (PIP) yang sedang disiapkan dan akan diumumkan
dalam bulan Julai 1985. Matlamat Pelan Induk Perindustrian yang sedang
disusun meliputi perkara seperti berikut:-
a. Merangka secara
terperinci kegiatan sektor perindustrian dan sektorindustri kecil untuk
menghasilkan penggunaan sumber secara optimum.
b. Menyediakan profail industri yang sesuai seperti keluasan pasaran dan keupayaan yang sedia ada, kedudukan permintaan dan penawaran berbagai jenis barang.
c. Menyatukan industri yang
sedia ada dengan kegiatan mengeluarkan bahan mentah (upstream activity)
dan kegiatan memproses bahan (downstream activity).
d. Merangka keperluan
Teknologi sektor dengan melengkapkan program
yang menyeluruh.
Strategi Pelaksanaan
Untuk melaksanakan matlamat PIP
ini, beberapa strategi adalah sedang disusun dan meliputi perkara-perkara berikut
:
a. Menyusun semula struktur galakan perindustrian yang sedia ada. b. Mempelbagaikan eksport dan menggalakkan sektor gantian import. c. Memajukan semula industri gantian import peringkat pertama - misalnya barang pengguna tahan lama dan industri gantian; import peringkat kedua - misalnya alat perhubungan. d. Menggalakkan pengguna-pengguna Malaysia menggunakan lebih banyak barangan buatan Malaysia. e. Mempelbagaikan pasaran eksport termasuk mencari pasaran baru di negara-negara sosialis dan negara-negara yang sedang membangun. f. Memperluaskan kegiatan industri ke kawasan-kawasan kurang maju. g. Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan oleh pihak awam dan pihak swasta. h. Menggalakkan industri berat bagi menjadi penggerak perkembangan industri baru. i. Menggalakkan pertumbuhan perusahaan kecil. Pencapaian
Walaupun
PIP masih lagi dalam penyediaan dan segala matlamat dan strateginya sedang
disusun, beberapa langkah ke arah ini telahpun dirancangkan dan dilaksanakan.
Misalnya projek-projek industri berat misalnya pengujudan industri kereta,
kilang-kilang simen, besi waja, methanol, anamonia dan kompleks
petro-chemikal sedang dirancangkan atau dilaksanakan. Di samping itu
kempen-kempen menggalakkan pengguna-pengguna menggunakan barangan buatan
Malaysia telah pun berjalan. Di samping ini galakan untuk industri kecil dan
industri berasakan pertanian sedang dilaksanakan.
Langkah
pertama untuk mencapai matlamat PIP ialah membuat keputusan untuk menjadikan
negara ini sebuah negara perindustrian dan mengenalpasti apakah
keperluan-keperluan jangka masa panjang mengenainya.
Perkara
utama yang harus dibincangkan untuk menuju ke arah ini ialah mengenai
pemindahan teknologi. Apa yang dipersoalkan di sini ialah mengenai keutamaan
halacara dan tempoh masa yang diperlukan untuk menerima pemindahan teknologi
secara optimum. Pencapaian matlamat PIP juga memerlukan negara menguatkan
bidang penyelidikan dan pembangunan, dan ini memerlukan sumber dan teknologi
yang cukup serta tenaga manusia yang pakar dan mahir bagi melaksanakannya. Di
samping itu kita juga perlu mengujudkan sekumpulan besar usahawan untuk
mencebur diri dalam bidang-bidang ini. Masalah yang dihadapi tidak akan
selesai dengan adanya penyediaan PIP sahaja malahan penyusulan pihak yang membuat
keputusan dan pihak yang melaksanakan dan menyelenggarakannya adalah lebih
kritikal. Bagi menggalakkan pihak swasta mengambil bahagian dengan lebih giat
dalam perlaksanaan PIP, langkah untuk menghapuskan atau setidak-tidaknya
mengurangkan segala halangan dan prosedur lapuk pentadbiran sektor pembuatan
perlu diusahakan selaras dengan Dasar Pensyarikatan Malaysia.
Penutup
PENCAPAIAN DASAR SEHINGGA 1990
PIP telah diumumkan pada tahun
1985, sejak itu, pencapaiannya adalah sangat menggalakkan:
i) PIP meramalkan kadar
pertumbuhan tahunan KDNK ialah 6.4%. Kadar pertumbuhan KDNK bagi tahun
1986 hingga 1990 adalah 1.2%, 5.4%, 8.9%, 8.8% dan 9.4%. (KDNK adalah dirujuk
pada harga tetap 1978)
(ii) PIP meramalkan sektor perkilangan akan berkembang dengan kadar 8.8% setahun. Pertumbuhan sektor ini bagi tahun 1986 hingga 1990 adalah 7.5%, 13.4%, 17.6%, 12% dan 15.8%. (iii) Sumbangan sektor perkilangan kepada KDNK telah bertambah kepada 26.6% dalam tahun 1990 berbanding dengan 21% dalam tahun 1986. (iv) PIP meramalkan eksport barangan perkilangan akan berkembang dengan kadar 8.9% setahun. Pertumbuhan tahunan eksport ini bagi tahun 1986 hingga 1989 adalah 23.1%, 32.5%, 32% dan 36.3%. (v) Pelaburan asing ($) bagi projek-projek yang diluluskan oleh MIDA juga berkembang dengan kadar yang tinggi. Jumlah pelaburan asing bagi sembilan bulan pertama tahun 1990 telah mencapai 13.3 billion ringgit berbanding dengan 8.7 billion ringgit bagi tahun 1989. Kadar pertumbuhan nilai pelaburan asing bagi tahun 1986 hingga 1990 (sehingga Sept. 1990 ) ialah 76%, 22%, 136.8%, 77.4% dan 53.9%.
(vi) Kadar pengangguran juga
telah turun kepada 6.3% dalam tahun 1990 berbanding 7.6% dalam tahun
1985. Sektor perkilangan juga merupakan sektor yang paling banyak menawarkan
pekerjaan baru bagi tahun tahun yang lepas dan akan datang.
(vii) Kejayaan Kerajaan dalam beberapa projek industri berat secara langsung telah mengembangkan industri industri lain yang berkaitan, terutamanya industri kecil. Adalah jelas bahawa kejayaan perlaksanaan PIP telah membantu memulihkan ekonomi Malaysia dari kemelesetan ekonomi yang dialaminya pada tahun 1985 dan 1986. Pertumbuhan ekonomi yang tinggi ini secara langsung akan membantu kerajaan dalam perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru.
PIP
juga bertindak sebagai panduan bagi pelabur dan kerajaan untuk memandu negara
menuju kearah sebagai sebuah negara perindustrian yang mantap secara licin
dan teratur.
Di
samping kejayaan cemerlang yang dicapai dalam PIP terdapat kesan-kesan
sampingan yang negatif daripada perlaksanaan PIP tanpa kawalan yang ketat.
Kesan-kesan yang negatif itu ialah:
(i)
Industrilisasi tanpa diawasi dengan ketat telah menyebabkan pencemaran alam
sekitar yang serius. Kajian dari pertubuhan yang tertentu menunjukkan hujan
asid telah bertambah dengan kadar yang cepat di kawasan-kawasan perindustrian
dan pencemaran sungai, laut, udara serta darat juga telah meningkat.
Langkah-langkah segera harus diambil bagi menghalang atau memperbaiki
pencemaran alam sekitar ini sebelum ia mencapai tahap yang kritikal.
(ii) Perkembangan industri yang pesat telah mempercepatkan proses perbandaran (Urbanization), ini secara langsung menyebabkan kekurangan tenaga buruh yang begitu ketara dalam bidang pertanian. Keadaan ini telah menyediakan peluang keemasan bagi pendatang-pendatang haram bertapak di sini dan menimbulkan berbagai masalah sosial. Penyediaan Pelan Induk Perindustrian merupakan satu langkah yang kritikal untuk Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian.
Ini
lebih ketara apabila dilihat bahawa walaupun sektor pembuatan telah
berkembang dengan pesat, keadaan kemelesetan ekonomi dunia telah menunjukkan
beberapa kelemahan strukturnya. Dengan adanya PIP, matlamat strategi dan
halacara untuk Malaysia memasuki zaman perindustrian yang lebih sophisticated
dan kompetitif adalah berpadu dan komprehensif.
|