Mahkamah
Persekutuan merupakan otoriti kehakiman yang tertinggi sekali di Malaysia.
Ianya ditubuhkan di bawah Perkara 121(2) Perlembagaan Persekutuan. Keputusannya
mengikat semua mahkamah. Sebelum 1hb. Januari 1985, sistem mahkamah atasan di
Malaysia adalah sistem tiga peringkat iaitu–
- Majlis Privy
- Mahkamah Agung
- Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Borneo
Majlis
Privy merupakan mahkamah rayuan tertinggi bagi Malaysia sehingga 31hb. Disember
1984. Pada 1hb. Januari 1985, semua rayuan dari Malaysia ke Majlis Privy telah
dimansuhkan. Bagi menggantikannya, Mahkamah Agung Malaysia ditubuhkan menjadikannya
mahkamah rayuan terakhir di negara ini. Pemansuhan rayuan ke Majlis Privy telah
mengakibatkan perubahan sistem tiga peringkat mahkamah atasan kepada sistem dua
peringkat iaitu Mahkamah Agung dan dua (2) Mahkamah Tinggi.
Pada
1994, perubahan yang ketara berlaku kepada Badan Mahkamah Persekutuan Malaysia.
apabila Parlimen meminda Perlembagaan Persekutuan. Melalui pindaan tersebut,
Mahkamah Rayuan telah ditubuhkan. Mahkamah Agung dinamakan semula sebagai
Mahkamah Persekutuan. Oleh yang demikian sistem tiga peringkat mahkamah atasan
dihidupkan semula.
Mahkamah
Persekutuan diketuai oleh Ketua Hakim Negara. Sebelum pindaan Perlembagaan
Persekutuan, jawatan tersebut dikenali dalam Bahasa Inggerisnya sebagai “Lord
President”.
Ahli-Ahli
Mengikut
Perkara 122(1) Perlembagaan Persekutuan Mahkamah Persekutuan hendaklah terdiri
daripada Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, kedua-dua Hakim Besar
Mahkamah Tinggi dan tujuh hakim lain. Pelantikan Hakim-Hakim Perkara 122B
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Ketua Hakim Negara, Presiden
Mahkamah Rayuan, Hakim-Hakim Besar Mahkamah Tinggi dan lain-lain hakim Mahkamah
Persekutuan hendaklah dilantik oleh Yang di Pertuan Agong yang bertindak atas
nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja. Sebelum
Bilik Bicara Mahkamah Persekutuan mengemukakan nasihatnya, Perdana Menteri
hendaklah, kecuali bagi pelantikan Ketua Hakim Negara berunding dengan Ketua
Hakim Negara.
Pelantikan
Hakim-Hakim Tambahan
Perkara
122(1A) Perlembagaan Persekutuan membolehkan Yang di-Pertuan Agong, atas
nasihat Ketua Hakim Negara, melantik mana-mana orang yang telah memegang
jawatan kehakiman yang tinggi di Malaysia untuk menjadi hakim tambahan bagi
Mahkamah Persekutuan. Pelantikan ini boleh dibuat bagi apa-apa maksud atau bagi
apa-apa tempoh masa yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Komposisi
Setiap
prosiding Mahkamah Persekutuan hendaklah, mengikut seksyen 74 Akta Mahkamah
Kehakiman 1964 didengar dan dilupuskan oleh tiga hakim atau lebih yang
bilangannya hendaklah ganjil dan sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Hakim
Negara. Semasa ketiadaan Ketua Hakim Negara, ahli mahkamah yang kanan sekali
hendaklah mempengerusikan persidangan itu.
Perkara
122(2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Ketua Hakim Negara boleh
menamakan seorang hakim Mahkamah Rayuan selain daripada Presiden Mahkamah
Rayuan untuk bersidang sebagai hakim Mahkamah Persekutuan sekiranya beliau
berpendapat, demi kepentingan keadilan, ianya perlu.
Persidangan
Mahkamah
ini bersidang pada masa dan tempat yang ditentukan oleh Ketua Hakim Negara dari
masa ke semasa. Pada kebiasaannya Mahkamah Persekutuan bersidang di Palace of
Justice, Putrajaya. Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan juga bersidang secara
litar di bandar-bandar utama seperti di Pulau Pinang, Ipoh, Kota Bharu, Johor
Bahru, Alor Setar, Kuantan, Melaka, Kuching dan Kota Kinabalu (seksyen 75 Akta
Mahkamah Kehakiman, 1964).
Bidangkuasa
Mengikut
Perkara 121(2) Perlembagaan Persekutuan, Mahkamah Persekutuan mempunyai bidang
kuasa :–
- untuk memutuskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi atau seseorang hakimnya;
- asal atau runding sebagaimana yang ditentukan mengikut Perkara 128 dan 130 ; dan
- lain-lain seperti yang diberikan oleh atau di bawah undang-undang persekutuan.
Rayuan
Jenayah Mahkamah Persekutuan boleh, menurut seksyen 87 Akta Mahkamah Kehakiman
1964, mendengar dan menentukan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dalam
kes-kes jenayah yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di dalam bidangkuasa
asalnya.
Rayuan
Sivil
Seksyen
96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 memperuntukkan bahawa rayuan terhadap keputusan
Mahkamah Rayuan boleh dibuat ke Mahkamah Persekutuan dengan kebenaran Mahkamah
Persekutuan. Kebenaran itu boleh diberi jika :–
(a)
keputusan Mahkamah Rayuan itu adalah mengenai apa-apa kausa atau perkara sivil
yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di dalam menjalankan bidangkuasa asalnya
dan ianya melibatkan persoalan prinsip umum yang diputuskan bagi kali pertama
atau sesuatu persoalan penting yang memerlukan penghujahan lanjut dan keputusan
Mahkamah Persekutuan di atasnya akan memberi manafaat awam; atau
(b)
keputusan Mahkamah Rayuan itu adalah mengenai kesan mana-mana peruntukan
Perlembagaan termasuklah kesahihan mana-mana undang-undang bertulis berhubung
peruntukan Perlembagaan itu. (seksyen 96 (a) dan (b) Akta Mahkamah Kehakiman
1964).
Hanya
Mahkamah Persekutuan sahaja mempunyai bidangkuasa eksklusif untuk memutuskan :–
(a)
apa-apa persoalan samada sesuatu undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau
Dewan Negeri itu adalah tidak sah atas alasan bahawa badan itu membuat
peruntukan berhubung sesuatu perkara yang mana Parlimen ataupun Dewan Negeri
mengikut mana-mana yang berkenaan tidak ada kuasa untuk membuat undang-undang;
dan
(b)
pertikaian atas apa-apa persoalan lain antara Negeri dengan Negeri atau antara
Persekutuan dengan mana-mana Negeri. (Perkara 128(1) Perlembagaan Persekutuan).
Rujukan Perkara 128(2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan – “Tanpa menjejaskan
apa-apa bidangkuasa rayuan Mahkamah Persekutuan, jika dalam mana-mana prosiding
di hadapan suatu mahkamah lain suatu soal berbangkit tentang kesan mana-mana
peruntukan Perlembagaan ini, Mahkamah Persekutuan mempunyai bidangkuasa
(tertakluk kepada mana-mana kaedah Pegawai dan kakitangan Pejabat Pendaftaran
Mahkamah Persekutuan mahkamah yang mengawalselia penjalanan bidang kuasa itu)
untuk memutuskan soal itu dan menghantar balik kes itu kepada mahkamah yang
satu lagi untuk dibereskan mengikut keputusan itu”.
Nasihat
Perkara
130 Perlembagaan Persekutuan menyatakan–
“Yang
di-Pertuan Agong boleh merujukkan kepada Mahkamah Persekutuan untuk pendapatnya
apa-apa soal tentang kesan mana-mana peruntukan Perlembagaan ini yang telah
berbangkit atau yang tampak padanya mungkin berbangkit, dan Mahkamah
Persekutuan hendaklah mengumumkan pendapatnya tentang apa-apa soal yang
dirujukkan sedemikian kepadanya itu di dalam mahkamah terbuka”.