Maksud Waran Tangkap


Mohamad Sabu bersama sembilan penyokongnya keluar dari Mahkamah Majistret Jawi di sini, semalam setelah mahkamah membatalkan waran tangkap terhadap mereka kerana gagal menghadiri perbicaraan di mahkamah itu kelmarin.

Majistret Nur Ashikin Mokhtar mengeluarkan perintah itu setelah Yusnita Yusoff, peguam yang mewakili kesemua tertuduh, memohon supaya waran itu tidak dikeluarkan kerana berlaku kesilapan teknikal mengenai tarikh perbicaraan.

Mahkamah, kemudian menetapkan 28 hingga 30 Sept sebagai tarikh baru perbicaraan.

Kelmarin, mahkamah memerintahkan waran tangkap dikeluarkan terhadap Mohamad Sabu dan sembilan penyokongnya kerana mereka tidak menghadiri hari pertama perbicaraan yang ditetapkan selama tiga hari itu.