Mahkamah Bumiputera hanya mendengar kes-kes atau
pertikaian yang melibatkan kaum bumiputera di Sarawak sahaja. Ia bahagikan kepada beberapa kelas iaitu:-
- Mahkamah Ketua Kaum
- Mahkamah Ketua Masyarakat.
- Mahkamah Ketua Atasan
- Mahkamah Daerah Bumiputera
- Mahkamah Bumiptra Residen
- Mahkamah Tinggi Bumiputera Rayuan
Bidangkuasa
Mahkamah Bumiputra (Seksyen 5)
- 5 (1) (a)? Kes berkaitan dengan perlanggaran adat (selain daripada yang melibatkan Ordinan Keluarga Islam, 2001 [Cap. 43]), jika semua pihak yang terlibat adalah daripada kaum bumiputera;
- 5 (1) (b) Kes berkaitan dengan perlanggaran adat (selain daripada yang melibatkan Ordinan Keluarga Islam, 2001 [Cap. 43]) dari aspek hal keagamaan, perkahwinan dan perkara mengenai hubungan seksual jika salah seorang daripada pihak yang terlibat adalah daripada kaum bumiputra;
- 5 (1) (c) Kes-kes sivil yang (bukan dibawah bidangkuasa Mahkamah Syariah) melibatkan tuntutan tidak melebihi ringgit dua ribu (RM2,000.00) antara/dikalangan pihak yang dibawah sistem adat /undang-undang yang sama (sama kaum).
- 5 (1) (d) Kes-kes jenayah kecil yang dinyatakan dalam Adat Iban mahupun apajua undang-undang tradisi (customary) kaum bumiputra lain yang harus dipatuhi oleh Mahkamah, dan yang boleh dikenakan denda tidak melebihi yang ditetapkan pada Seksyen 11 Ordinan ini.
- 5 (1) (e) Apa jua perkara yang dululuskan dibawah mana-mana undang-undang bertulis:
(i) Bahawa
sekiranya Residen berpendapat bahawa sesuatu kes yang sedang atau akan
dibicarakan di bawah perenggan (b) atau (e) atau di bawah seksyen (2)
berkemungkinan akan menjejas hubungan baik antara kaum, ataupun menimbulkan
masalah ketenteraman awam, ataupun atas apajua sebab yang lain menunjukkan kes
tersebut lebih wajar dibiarkan supaya pihak terlibat dibenarkan mencari
penyelesaian di mana-mana mahkamah selain daripada Mahkamah Bumiputera, beliau
boleh mengeluarkan arahan supaya pembicaraan kes tersebut dihentikan. Dalam kes
yang sedemikian, Residen akan mengemukakan laporan kepada Peguam Besar Negeri
yang boleh mengesah ataupun mengetepikan arahan tersebut.
(ii) Bahawa keputusan ataupun arahan yang telah diambil/dikeluarkan
oleh Chief?s Superior Court melibatkan kes berkaitan dengan perlanggaran adat
selain daripada kes pertikaian hakmilik tanah NCR, adalah muktamad dan tiada
rayuan terhadanya dibenarkan.
- 5 (2) Dalam kes berkaitan dengan hal perkahwinan ataupun hubungan seksual, yang melibatkan pihak daripada jantina dan kaum yang berlainan, Mahkamah yang mengendalikan kes akan mengunakan undang-undang adat pihak kaum perempuan;
Namun sekiranya pihak perempuan yang terlibat telah
memeluk Islam, kes berkenaan dikendalikan mengikut Ordinan Undang-Undang
Keluarga Islam;
- 5(3) (a) Kes pertikaian dikalangan bumiputera melibatkan perkara seperti berikut hendaklah didengar di Mahkamah Bumiputera Daerah sebagai mahkamah permulaan:
1.
tanah bertaraf NCR ataupun yang dalam kawasan Native
Communal Reserve seperti yang diisytiharkan dibawah seksyen 6 Kanun Tanah [Cap.
81 (1958 Ed.)]
2.
tuntutan pampasan tanah yang dibayar atas kawasan tanah
NCR yang diambilalih oleh Kerajaan.
3.
tuntutan hak warisan dibawah undang-undang adat diatas
tanah NCR ataupun tanah dalam kawasan Native Communal Reserve
(b) Sesiapa yang tidak bersetuju
dengan keputusan Mahkamah Bumiputera
Daerah dibenarkan merayu
kepada Mahkamah Residen selaras dengan
seksyen 29.
(c)
Kes-kes pertikaian tanah NCR yang bukan dalam katagori seperti di atas
hendaklah bermula didengar di Mahkamah Ketua Masyarakat.