Peguam Negara


Peguam Negara Malaysia merupakan penasihat undang-undang utama kerajaan Malaysia. Beliau juga merupakan Ketua Pendakwa Raya di negara. Bidang kuasa dan tugas Peguam Negara diperuntukkan dalam Perkara 145 Perlembagaan Malaysia. Antara tugas Peguam Negara ialah menentukan sama ada sesuatu kes itu boleh diteruskan atau tidak. Jadi mereka yang sedang disiasat oleh polis belum tentu bersalah. Seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah .