Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) (Bahasa Inggeris: Malaysian Communications and Multimedia Commission, MCMC) ialah badan penyeliaan industri komunikasi dan multimedia di Malaysia.
Ketika diasaskan, tujuan utamanya ialah untuk mengawal selia industri
telekomunikasi dan multimedia berdasarkan kuasa-kuasa yang diberi
menurut Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (1998) dan
Akta Komunikasi dan Multimedia (1998). Selaras dengan Akta-Akta ini,
peranan SKMM ialah untuk melaksanakan dan memupuk objektif dasar
kebangsaan Kerajaan Malaysia untuk sektor telekomunikasi dan multimedia.
SKMM juga ditugaskan untuk menyelia rangka penyeliaan baru untuk
kegiatan industri-industri telekomunikasi, penyiaran dan on-line yang semakin berkait rapat.