Pendaftar Mahkamah


  • Pejabat Ketua Pendaftar sebelum ini adalah merupakan salah satu unit di bawah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri. Pada 2 Mei 1996 Kerajaan telah memutuskan supaya Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dijadikan sebuah Jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Berikutan dengan itu mulai 1 Julai 1996, Pejabat Ketua Pendaftar telah beroperasi sebagai satu Jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri.
     
  • Pejabat Ketua Pendaftar diketuai oleh Ketua Pendaftar yang bertanggungjawab untuk mentadbir mahkamah seluruh Malaysia. Struktur mahkamah di Malaysia terbahagi  kepada empat (4) iaitu Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah-Mahkamah Rendah yang merangkumi Mahkamah Sesyen, Mahkamah Majistret dan Mahkamah Juvana. Pada tahun 1994 sebuah mahkamahlagi diwujudkan iaitu Mahkamah Khas yang mengendalikan kes-kes yang melibatkanRaja-Raja Melayu. Mahkamah ini tidak termasuk di dalam struktur mahkamah tetapi pentadbirannya diletakkan  di bawah Pejabat Ketua Pendaftar.