Mahkamah Juvenil/Juvana/Kanak-Kanak


1. Diwujudkan di bawah Akta Mahkamah Juvana 1947 (Akta 90).
2. Berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia (1949), Sabah (1972) dan Sarawak (1986).
3. Dikenali Mahkamah Kanak-kanak di bawah Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611).
4. Dalam Akta Umur Dewasa 1971 (Akta 21), “kanak-kanak” merujuk kepada mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun.
- “Juvana” – seseorang yang telah mencapai umur bagi tanggungjawab jenayah yang telah ditetapkan di bawah Seksyen 28 Kanun Keseksaan dan di bawah umur 18 tahun.
* Seksyen 82 Kanun Keseksaan: Perbuatan kanak-kanak yang berumur kurang daripada 10 tahun.
Mahkamah ini membicarakan kes-kes melibatkan kanak-kanak berumur 10 – 18 tahun, “kanak-kanak” merujuk kepada mereka yang berumur di bawah 14 tahun dan “orang muda” kepada mereka yang berumur 14 – 18 tahun, kecuali kes-kes yang melibatkan hukuman mati.
5. Dalam mahkamah:
- perkataan “sabitan” dan “hukuman” tidak digunakan.
- tempat: Mahkamah Majistret.
- bersidang pada tempat/hari yang berlainan daripada persidangan mahkamah lain.
- maklumat peribadi kanak-kanak (nama, gambar, tempat tinggal) dilarang disiarkan/didedahkan oleh media.
6. Antara tindakan yang biasa diambil oleh Mahkamah Juvenil:
- Diberi amaran dan dilarang melakukan kesalahan
- Dibebaskan dengan ikat jamin
- Diletakkan di bawah jagaan saudara mara
- Dihantar ke Pusat Pemulihan Akhlak atau Sekolah Henry-Gurney  sehingga mencapai 21 tahun
7. Antara kuasa tindakan yang dikenakan terhadap kanak-kanak:
- Didenda
- Ibu bapa diperintah menyempurnakan bon menjaga kanak-kanak itu
- Dihantar ke Pusat Pemulihan
8. Tidak terbuka kepada orang ramai (melindungi pesalah daripada publisiti)
9. Pesalah budak-budak tidak akan dipenjarakan. Kesalahan tidak akan dicatatkan.
10. Terdiri daripada:
- satu Majistret Kelas I
° Beliau mengendalikan perbicaraan dan membuat keputusan dan dibantu dua penasihat/pengapit yang bukan merupakan ahli undang-undang
° Wilayah Persekutuan: dipilih oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
° Negeri: dipilih oleh ketua negeri dari senarai nama cadangan Kerajaan Negeri
° Salah seorang mestilah wanita
11. Mahkamah tidak dibenarkan menjatuhkan hukuman mati ke atas kanak-kanak di bawah Akta Kanak-kanak 2002, Seksyen 97.
12. Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Kanak-kanak boleh dibuat di Mahkamah Tinggi.