Pengajian Am Penggal 2-Nota Ulangkaji Xpress




IDEA,WAWASAN
Objektif Rukun Negara
Untuk mencipta satu masyarakat yang adil
Semua orang mempunyai peluang yang adil untuk menkmati kekayaan dan kemakmuran negara

Untuk memelihara cara hidup yang demokratik
ada kebebasan hak asasi dan berpolitik. Kepentingan negara lebih penting. Mementingkan kaum akan menyebabkan keselamatan negara terancam

Untuk mencapai perpaduan yang lebih erat
Semua rakyat perlu membentuk satu bangsa Malaysia,dan  satu negara

Untuk membentuk satu sikap yang liberal
Semua rakyat bebas mengamalkan agama,adat resam dan kebudayaan masing-masing

Untuk membina sebuah masyarakat progresif
Masyarakat guna sains dan teknologi untuk jadi negara maju
Falsafah/rukun/prinsip Rukun Negara
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan
Objektif Wawasan 2020
Menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju pada 2020
Maju dalam ekonomi,politik,sosial,rohani,jiwa,dan budaya
Mewujudkan masyarakat yang sempurna dengan nilai moral dan etika yang tinggi
Cabaran Wawasan 2020
Mewujudkan negara Malaysia yang bersatu
Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas
Mewujudkan masyarakat yang demokratik serta matang
Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika
Mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak ansur
Mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif
Mewujudkan masyarakat yang penyayang
Mewujudkan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi
Mewujudkan masyarakat yang makmur
Isu-isu yang dihadapi
Pembentukan satu negara bangsa Malaysia
Malaysia menjadi negara perindustrian
Keadilan ekonomi dan sosial
Rakyat ada moral dan etika
Pembangunan masyarakat berdasarkan sistem kekeluargaan

DASAR PEMBANGUNAN NEGARA
Rancangan Pembangunan Negara
RMK 2
RMK 3
RMK 4
RMK 5
1971-1975
1976-1980
1981-1985
1986-1990
Dasar Ekonomi Baru


RRJP 1

RMK 6
RMK 7
1991-1995
1996-2000
Dasar Pembangunan Nasional
RRJP2

RMK 8
RMK 9
2001-2005
2006-2010
Dasar Wawasan Negara
RRJP 3

RMK 10
RMK 11
2011-2015
2016-2020
Dasar Transformasi Negara
Dasar Ekonomi Baru
Selama 20 tahun
Dalam RMK2
Seimbangkan ekonomi,sosial,budaya,petempatan ,antara kaum,dan antara wilayah
Wujudkan perpaduan
Membasmi kemiskinan
Penyusunan semula masyarakat
Dasar Pembangunan Nasional
Juga dipanggil Rangka Rancangan Pembangunan Negara(RRJP2)
Nak jadikan Malaysia sebuah negara maju pada 2020
Bertujuan membasmi kemiskinan dan Menyusun semula masyarakat dengan mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera
Matlamatnya adalah perpaduan negara
Perkongsian kekayaan yang adil
Kukuhkan integrasi nasional dengan cara pembangunan ekonomi yang seimbang antara negeri,antara Bandar dan luar Bandar
Melahirkan masyarakat yang progresif
Memajukan sumber manusia yang beretika
Sains dan teknologi jadi teras pembangunan
Perlindungan alam sekitar
Dasar Wawasan Negara
Untuk perpaduan nasional
Membasmi kemiskinan
Penyusunan semula masyarakat
Pembangunan yang seimbang
Mewujudkan Bangsa Malaysia yang bersatu padu,progresif,makmur,hidup dalam aman,perkongsian yang adil

Terasnya adalah
Membina bangsa yang berdaya tahan melalui perpaduan,patriotik,matang berpolitik, bertolak ansur,penyayang, kualiti hidup yang tinggi, ekonomi utuh

Membina masyarakat yang saksama melalui pembasmian kemiskinan dan keseimbangan antara etnik dan wilayah

Kekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan cara kukuhkan institusi kewangan,korporat dan pengurusan ekonomi mikro

Meningkatkan daya saing di peringkat global

Membangunkan K-ekonomi (ekonomi berasaskan pengetahuan)

Membangunkan sumber manusia yang cekap,produktif dan berpengetahuan

Pembangunan alam sekitar yang mampan
Dasar Transformasi Negara
Malaysia jadi negara maju pada tahun 2020 dan Berpendapatan tinggi melalui Model Ekonomi Baru(MBE)
Model Ekonomi Baru
Negara berpendapatan tinggi
Kualiti hidup rakyat ditingkatkan
Alam sekitar dipelihara
Sumber asli dipelihara
Pendapatan rakyat ditingkatkan berterusan sehingga mencapai negara maju
Model Ekonomi Baru
(MBE)
Prinsip utama MBE adalah:-
Ekonomi berpendapatan tinggi
Kemampanan
keterangkuman

Ekonomi berpendapatan tinggi dengan cara:-
kurangkan buruh asing,                  
utamakan rakyat tempatan yang mahir,
tingkatkan upah kerana mahir
ikut piawaian antarabangsa
K-ekonomi,
pelaburan dalam teknologi baru,
upah berdasarkan kecekapan
Kemampanan
Ekosistem yang stabil dan berkulaiti dikekalkan walaupun sudah jadi negara maju
Nilai murni masyarakat dikekalkan walaupun maju
Keterangkuman
Penyertaan semua kaum dalam menikmati kekayaan negara
Tonggak MBE
Rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan
Program Transformasi Kerajaan
Program Transformasi Ekonomi
RMK 10(2011-2015)
Strategi MBE
Swasta berperanan penting dalam ekonomi
Lahirkan tenaga kerja yang berkualiti
Ekonomi domestic yang boleh bersaing
Sektor awam dibaiki
Mesra pelanggan
Bina infrastruktur
DASAR EKONOMI
Dasar Automotif Nasional
Merangsang perkembangan sektor automotif negara
Memajukan sektor automotif negara
Supaya industri automotif negara boleh bersaing
Menarik pelaburan baru dengan cara menyediakan persekitaran yang kondusif
Supaya industr kereta nasional boleh bersaing
Agar teknologi baru dicipta
Meningkatkan Bumiputera dalam industri ini
Mencipta automotif yang mesra alam
Mencipta automotif yang selamat untuk penggunanya
Dasar Pertanian Negara Ketiga
1998-2010
Agar sektor pertanian negara boleh bersaing
Ada industri asas tani
Tingkatkan pengeluaran makanan supaya kurangkan import makanan dan bekalan makanan cukup
Swasta diminta melabur dalam pertanian
Petani yang mahir untuk kurangkan buruh
Teknik pertanian moden diamalkan dengan menggabungkan tanaman,perikanan dan ternakan  serta agro pelancongan
Perkhidmatan awam ditingkatkan
Cabaran dalam pertanian
Untuk menyediakan bekalan makanan yang cukup,selamat,berkhasiat
Untuk kurangkan buruh dalam pertanian
Untuk memaksimakan penggunaan tanah dan air
Supaya sektor pertanian boleh bersaing
Menarik minat pelabur swasta
Menarik pelabur asing
Strategi DPN3
Untuk capai objektif untuk memaksimakan pendapatan adalah dengan cara:-
Tingkatkan sekuriti makanan
Tingkatkan pengeluaran
Sumber asli dipulihara
Guna kaedah approach perhutani dan berasaskan produk
Dasar Agromakanan
Sambungan DPN3
Untuk meningkatkan pendapatan petani
Supaya bekalan makanan cukup
Strategi
dasar agromakanan
Usahakan akuakultur,ikan hiasan,cendawan yang bernilai tinggi
Guna tanah secara optimum untuk tingkatkan pengeluaran
Hasilkan produk halal untuk dieksport
R&D dalam baka,benih dan bioteknologi
Ada insuran pertanian
Guna teknologi hijau dan mesra alam
Bahan sampingan dijadikan baja kompos,makanan ternakan,dan biogas
Kemahiran petani ditingkatkan
Hasilkan makanan kesihatan
Dasar Jaminan Bekalan Makanan
Kerana harga makanan dunia meningkat
Kerana bekalan makanan kurang
Tingkatkan pengeluaran makanan
Cukupkan bekalan makanan
Tingkatkan pendapatan petani
Strategi DJBM
tingkatkan harga beras
ada stok penimbal beras
wujudkan program bumi hijau
tanah terbiar diusahakan
Pelan Induk Perindustrian Ketiga
Tarik pelaburan asing dengan cara bangunkan modal insan menjadi mahir
Majukan industri perkhidmatan
Strategi untuk PIP3
Lahirkan pembekal perkhidmatan yang boleh bersaing
Jadikan Malaysia sebagai pusat serantau untuk perkhidmatan
Wujudkan persekitaran yang kondusif untuk pelabur
Kemaskan sektor perkhidmatan, perniagaan, pengedaran, pembinaan, latihan, penjagaan kesihatan, pelancongan, teknologi maklumat, komunikasi dan logistik
Ekonomi Berasaskan Pengetahuan
Untuk capai Wawasan 2020

Strategi untuk K-ekonomi
Lahirkan tenaga kerja yang ada ilmu pengetahuan
Baiki sistem pendidikan dan latihan
Wujudkan sistem belajar seumur hidup
Adakan program bijak pandai
Tingkatkan R&D
Ada pembiayaan untuk tingkatkan ilmu
Rapatkan jurang antara kaum dan wilayah
Sogososha Malaysia
Bermaksud syarikat perdagangan(konsep Jepun)
Wujudkan rangkaian di luar negara
Eksport barangan yang banyak
Bertujuan tingkatkan eksport
Dapat maklumat perniagaan melalui rangkaian di luar negara
Galakkan usahasama dengan pelabur luar dalam perdagangan eksport
Galakkan pemindahan teknologi dan pengetahuan
Strategi dasar Sogo
Pinjaman kredit kepada yang ada masalah kewangan
Pengecualian cukai
Dibantu oleh Pejabat Perusahaan Perdagagangan Malaysia di luar negara
Dasar Belilah Barang-Barang Buatan Malaysia
Mengurangkan pengaliran wang negara melalui pertukaran wang asing
Menghapuskan persepi barangan import lebih baik
Menghapuskan persepsi barangan tempatan tidak bermutu
Menyokong pengusaha tempatan agar lebih bermutu
Dasar Persyarikatan M’sia
Menghapuskan konflik antara swasta dan sektor awam
Berkongsi maklumat antara swasta dan sektor awam
Bertukar-tukar maklumat antara swasta dan sektor awam
Dasar Penswastaan
Meringankan beban kewangan kerajaan
Meningkatkan kecekapan pengeluaran
Meningkatkan mutu pengeluaran
Meningkatkan mutu pengeluaran
Mengagihkan sumber ekonomi
Menggalakkan pertumbuhan ekonomi
Mewujudkan usahawan dan peniaga bumiputera
Bentuk Penswastaan
Penjualan aset,kakitangan,tanggungjawab kerajaan-contohnya FIMA
Pindah hak milik dan pengurusan kerajaan – contohnya FIMA
Pindah hak milik sebahagian-contohnya TNB,TELEKOM,MAS
Swasta terpilih-contohnya tempat letak kereta,jejambat,lebuhraya
Dasar Kepimpinan Melalui Teladan
Kepimpinan dijadikan contoh dan diamalkan oleh kakitangan kerajaan
Mengubah sikap kakitangan kerajaan
Mengukuhkan nilai murni kakitangan kerajaan
Meningkatkan etika kerja kakitangan kerajaan
Meningkatkan daya pengeluaran negara
Dasar Bersih, Cekap & Amanah
Supaya pengurusan sektor awam jadi cekap,bersih,amanah
Supaya pengurusan sektor awam berdisiplin
Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam
Supaya kakitangan kerajaan rajin,tekun,bersih,cekap,amanah,jujur,adil
Supaya kakitangan kerajaan tidak ambil rasuah,tidak seleweng,
Supaya kakitangan kerajaan bermaruah tinggi
Dasar Sosial Negara
Menangani gejala sosial
Melahirkan masyarakat yang maju
Melahirkan masyarakat yang mantap dari segi sosial,bermoral,toleransi
Keperluan asas dipenuhi,persekitaran yang sihat,kualiti hidup tinggi
Membangunkan insan
Mengukuhkan keluarga,komuniti,etnik,organisasi sosial
Kukuhkan kerjasama swasta-awam
Dasar Sukan Negara
Sukan Massa (sukan utk semua)
untuk tingkatkan kesihatan rakyat
untuk perpaduan
menyediakan kemudahan untuk memenuhi keperluan asasi,psikologi dan fisiologi rakyat
Sukan utk kecemerlangan
utk pertandingan antarabangsa agar imej negara tinggi
Dasar Alam Sekitar Negara
Seimbangkan pembangunan ekonomi dan kepentingan alam sekitar
Sejahterakan alam sekitar
Pembangunan lestari
Alam sekitar yang bersih,sihat,selamat
Pemuliharaan warisan semula jadi
Pemuliharaan budaya
Rancangan Fizikal Negara
(perancangan Bandar,wilayah,desa)
Panduan Perancangan pembangunan tanah negeri,persekutuan
Panduan Perancangan kegunaan tanah negeri,persekutuan
Panduan Perancangan pemeliharaan tanah negeri,persekutuan
Dasar Wanita Negara
Membolehkah kaum wanita mendapat faedah dan peluang seperti kaum lelaki
Membangunkan kaum wanita dengan memberi peluang dalam pembangunan negara

Strategi untuk capai dasar wanita di atas adalah dengan mewujudkan HAWA (Unit Hal Ehwal Wanita) untuk penyelarasan aktiviti wanita,
membantu bantuan kepada persatuan wanita,belanjawan untuk wanita,meningkatkan peluang pekerjaan untuk wanita,dan dasar kesihatan untuk wanita
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan(PIPP)
Membina negara bangsa
Melahirkan pelajar yang patriotik,beragama,bermoral,
Melahirkan masyarakat penyayang,demokratik,liberal,bertolak ansur,berfikiran saintifik dan hidup bersatu padu

Strategi untuk capainya adalah bahasa Melayu sebagai asas perpaduan dan bahasa ilmu,mantapkan perpaduan dengan RIMUP,kelab rukun negara,kempen cinta akan negara,bina sekolah seni,kukuhkan budi bahasa,membentuk sahsiah pelajar dengan program 3K dan kukuhkan disiplin

Membangunkan modal insan
Beri semangat untuk kuasai ilmu,kemahiran,kecekapan,
Terapkan nilai,moral,sikap positif dan disiplin pelajar

Strategi untuk capainya adalah pelajar diberi banyak pilihan pendidikan,memperbaharui sistem pentaksiran dan penilaian

Memperkasakan sekolaj kebangsaan
Kukuhkan perpaduan kaum
Kesamarataan

Strategi untuk capainya adalah perluaskan program prasekolah, kelas Bahasa Cina dan Tamil,program J-Qaf,sekolah bestari,pendidikan VT dan MPV,3M,tingkatkan prasarana sekolah,tingkatkan kualiti guru,

Merapatkan jurang pendidikan
Peluang dan kecemerlangan yang sama bagi semua sekolah dan pelajar

Strategi untuk capainya adalah kemudahan yang cukup,guru yang cukup di luar Bandar,rapatkan jurang digital,kuasai 3M,kurangkan keciciran,pendidikan OKU,bantuan kepada pelajar miskin,pendidikan khas untuk pelajar pintar

Memartabatkan profesion keguruan
Agar profesion keguruan dipandang tinggi dan dihormati

Strategi untuk capainya adalah dengan naik taraf maktab perguruan,ketatkan syarat jadi guru,peluang naik pangkat,kebajikan guru,penempatan guru ikut keperluan

Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan
Wujudkan kluster kecemerlangan

Strateginya adalah penandaarasan baru,jadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan,jalinan sekolah cemerlang dalam dan luar negara
Dasar Teknologi Hijau
Selaraskan industri Teknologi Hijau
Tingkatkan sumbangan Teknologi Hijau
Tingkatkan inovasi Teknologi Hijau
Memulihara alam sekitar
Dasar dalam membentuk perpaduan
Dasar pendidikan-sistem, bahasa, kurikulum, sukatan, peperikaan yang sama
Akta bahasa kebangsaan-bahasa Melayu di sekolah dan mahkamah
Dasar kebudayaan kebangsaan-pelihara keperibadian kebangsaan
Sukan alat perpaduan-semangat patriotik,hubungan antara negeri
Program Transformasi Kerajaan(PTK)
Dirangka berdasarkan Gagasan 1Malaysia:Rakyat didahulukan
Dilaksanakan dalam 3 fasa
Kerajaan dan perkhidmatan awam bekerjasama dalam mencapai NKRA dan MKRA
Hasil yang cepat untuk rakyat dengan adanya NKRA dan MKRA
Kehidupan rakyat lebih baik dengan MBE
Wawasan 2020 akan tercapai jika taraf hidup rakyat tinggi,perkhidmatan awam berkualiti,rakyat cinta akan negara,
Setiap rancangan ada KPI dan 6 NKRA
Akses pendidikan diluaskan
Semua kanak-kanak mengusai 3M di tahun 4
80% kanak-kanak dapat pendidikan pra-sekolah
Kurangkan jenayah
NKRA
Supaya kakitangan awam bertanggungjawab
Supaya rakyat tahu perancangan kerajaan
Supaya rakyat dapat menilai dan memantau perancangan itu
Ada 6 bidang nKRA iaitu:-
·         Kurangkan jenayah
·         Memerangi rasuah’-BPR jadi SPRM
·         Luaskan akses kepada pendidikan bermutu- Semua kanak-kanak mengusai 3M di tahun 4,80% kanak-kanak dapat pendidikan pra-sekolah,ada bai’ah untuk pengetua dan guru besar cemerlang
·         Meningkatkan taraf hidup golongaN pendapatan rendah
·         Memperkasa prasarana luar Bandar dan pedalaman-jalan raya,air,elektrik,rumah
·         Menambah baik pengangkutan awam bandaR-SPAD jadi penyelaras
Untuk capai NKRA, setiap bidang ada KPI-Indeks Prestasi Utama
Program Transformasi Ekonomi
Untuk capai status negara maju
Kerana krisis ekonomi berlaku yang menyebabkan KDNK,pengeluaran industri dan pelaburan turun
Untuk menjadi negara berpendapatan tinggi
Ada 12 bidaNG ekonomi utama negara/NKEA-
·         minyak, gas,tenaga
·         minyak sawit
·         perkhidmatan kewangan
·         pelancongan
·         perkhidmatan perniagaan
·         elektrik,elektronik
·         pemborongan dan peruncitan
·         pendidikan
·         penjagaan kesihatan
·         kandungan komunikasi dan infrastruktur
·         pertanian
·         greater KL/Lembah Kelang
5 koridor pembangunan
Koridor Pembaharuan Tenaga Sarawak/SCORE-sumber tenaga
Iskandar Malaysia/WPI
Wilayah Ekonomi Koridor Utara/NCER-kilang,pertanian,pelancongan
Wilayah Ekonomi Pantai Timur/ECER
Koridor Pembangunan Sabah/SDC- pertanian,pelancongan,perkilangan
logistik
Belanjawan 2012
Dasar Transformasi Nasional: bajet membela rakyat,mensejahtera negara