Nota Ringkas Pengajian Am Penggal 1 (siri 1)


KONSEP NEGARA
Konsep Negara
ada sempadan
ada sistem pemerintahan
ada rakyat/pemastautin tetap
Sempadan
negara yang beradaulat ada sempadan yang jelas
sempadan membolehkan negara yang beradaulat ditadbir dengan sistematik
sempadan menentukan bidangkuasa politik,ekonomi dan mobiliti sosial negara yang berdaulat
Sistem pemerintahan
komponen utama negara yang berdaulat ialah badan perundangan,badan eksekutif,dan badan kehakiman
Rakyat
persamaan bangsa,agama,budaya dan bahasa melahirkan semangat nasionalisme yang tinggi
gagasan 1 Malaysia bertujuan satupadukan rakyat
CIRI-CIRI NEGARA BERDAULAT
Ciri-Ciri Negara Berdaulat
merdeka
berkuasa
berwibawa
beridentiti
Merdeka
bebas daripada belenggu penjajah
bebas membuat keputusan
Berkuasa sendiri
berkuasa membuat keputusan
perlembagaan membahagikan kuasa kepada 3 badan iaitu perundangan,eksekutif dan kehakiman
setiap badan tidak boleh dipengaruhi atau dicampuri
badan eksekutif dipilih melalui pilihanraya
badan perundangan yang gubal undang-undang ialah Dewan Rakyat dan Dewan Negara,
badan kehakiman menentukan hukuman ke atas pelanggaran undang-undang
Berwibawa
berupaya mempengaruhi dan menguasai rakyat
memiliki kuasa politik yang stabil
mampu menjamin keamanan dan  keselamatan rakyat
mempunyai kekuatan ekonomi
mempunyai modal insan yang berkualiti
ada perpaduan kaum
Beridentiti sendiri
contohnya Malaysia negara Islam sederhana
Malaysia bersahabat dengan semua negara
Malaysia berkecuali, tidak menyokong mana-mana blok kuasa besar
asasnya ialah bendera,jata negara dan lagu kebangsaan
PERLEMBAGAAN
Perlembagaan
sumber undang-undang tertinggi
jadi panduan kepada pemerintah
beri perlindungan dan jaminan kepada rakyat
perlembagaan bertulis/tidak bertulis
ada ciri-ciri keluhuran
ada sifat ketertinggiannya
boleh dipinda tapi bersebab
Perlembagaan Malaysia
dokumen rasmi yang mengandungi segala peraturan
menjadi panduan kepada kerajaan untuk mentadbir negara dan melaksanakan kuasa
ada 15 bahagian,183 perkara
peruntukkan kuasa kepada kerajaan persekutuan,negeri,tempatan
perlembagaan bertulis
Perlembagaan Bertulis
kebal
sukar dipinda
undang-undang digubal di parlimen
mahkamah ada kuasa untuk tafsir undang-undang dan melindungi perlembagaan
contohnya perlembagaan Malaysia
perlembagaan Malaysia ialah model Westminster dari Britain
Keluhuran Perlembagaan
bermaksud ketertinggian dan keagungan perlembagaan
Ciri-Ciri Keluhuran Perlembagaan
mengatasi kuasa YDPA
mengatasi kuasa parlimen
mengatasi kuasa Jemaah Menteri
mengatasi  mahkamah
undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan Malaysia adalah tidak sah dan terbatal
undang-undang negeri mesti selaras dengan perlembagaan Malaysia
mahkamah ada kuasa untuk batalkan akta yang bercanggah dengan perlembagaan Malaysia
Ketertinggian Perlembagaan
merupakan  undang-undang tertinggi
undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan Malaysia dianggap terbatal
parlimen tidak boleh meluluskan undang-undang yang bercanggah
mahkamah berkuasa membatalkan undang-undang yang  bercanggah
YDPA tidak boleh mengatasi perlembagaan Malaysia
Sebab-Sebab Perlembagaan Boleh Dipinda
memperoleh suara majoriti biasa dari Dewan Rakyat dan Dewan Negara
memperoleh majoriti dua pertiga dari Dewan Rakyat dan Dewan Negara
memperoleh majoriti dua pertiga dari Dewan Rakyat dan Dewan Negara dan perkenan Majlis Raja-Raja
memperoleh majoriti dua pertiga dari Dewan Rakyat dan Dewan Negara dan persetujuan Yang DiPertua Negeri jika di Sabah dan Sarawak
Pindaan Perlembagaan Yang Perlu Perkenan Majlis Raja-Raja
kewarganegaraan
Akta Hasutan dan Kebebasan Bercakap
Majlis Raja-Raja
Raja dan Yang dipertua Negeri
Bahasa Kebangsaan
Kedudukan istimewa orang Melayu
Kedudukan istimewa Bumiputera Sabah dan Sarawak
Hak yang sah bagi kaum-kaum lain
Kuasa perundangan Majlis Raja-Raja
Pindaan Perlembagaan Negeri  Perlu Perkenan Yang Dipertua (Sabah Dan Sarawak
Kuasa Dewan Undangan Negeri Sabah.Sarawak
Agama,bahasa,dan hak istimewa kaum Bumiputera Sabah,Sarawak
Kuasa dan struktur Mahkamah Tinggi Borneo
Pindaan Perlembagaan Negeri Yang Perlu Perkenan Sultan(Negeri Beraja)Ydpa(Negeri Tiada Raja) Dan Ydp(Sabah,Sarawak)
Kedudukan sultan/YDP Negeri
Kedaulatan sultan/YDP Negeri
Kuasa pengampunan sultan/YDP negeri
Keistimewaan Dewan Undangan Negeri
Pindaan Perlembagaan Negeri Yang Perlu Persetujuan 2/3 Adun
Sumpah/ikrar
Bilangan kerusi dalam DUN
Pemilihan DUN
Pelantikan DUN
PERUNTUKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Peruntukan Perlembagaan Persekutuan
Kewarganegaraan
hak asasi warganegara
bahasa Melayu
agama Islam
kedudukan istimewa orang Melayu
kedudukan istimewa Bumiputera Sabah & Sarawak
1.KEWARGANEGARAAN
Jenis-jenis Kewarganegaraan
kuat kuasa undang-undang
pendaftaran isteri dan anak warganegara
naturalisasi
penggabungan wilayah
Kewarganegaraan Melalui Kuat Kuasa Undang-Undang
lahir di Malaysia < Hari Malaysia
lahir di Malaysia > Hari Malaysia
ibubapa lahir di Malaysia/pemastautin tetap
bapanya bekerja dengan kerajaan Malaysia di luar negara dan kelahiraannya di daftarkan dengann Pejabat Konsul Persekutuan atau didaftarkan dengan kerajaan Malaysia jika lahir di Sabah,Sarawak,Singapura dan Brunei dalam tempoh 1 tahun
Kewarganegaraan Secara Pendaftaran
ibu atau bapanya warganegara Malaysia,dia berumur < 21 tahun didaftarkan jadi warganegara
suaminya warganegara Malaysia, jika isterinya ingin jadi warganegara Malaysia, dia mesti bermastaututin di Malaysia selama 2 tahun,kelakuan baik,masih berkahwin,perkahwinannya didaftarkan di Malaysia
individu yang berumur 18 tahun atau lebih yang lahir di Malaysia sebelum Hari Merdeka,jika ingin jadi warganegara Malaysia mesti berpengetahuan dalam Bahasa Melayu,kelakuan baik,ingin tinggal tetap di Malaysia  
Kewarganegaraan Secara Naturalisasi/Masukan
untuk warganegara asing yang ingin jadi warganegara Malaysia mesti berumur > 21 tahun, telah tinggal tetap di Malaysia selama 10 tahun,kelakuan baik,tahu berbahasa Melayu
Kewarganegaraan Secara Percantuman Wilayah
mereka yang jadi warganegara Malaysia cara begini ialah penduduk Sabah,penduduk Sarawak,penduduk Singapura,penduduk United Kingdom dan tanah jajahannya serta pemastautin tetap di Sabah dan Sarawak
Cara-Cara Penamatan Kewarganegaraan
secara sukarela
secara paksa
Penamatan Kewarganegaraan Cara Sukarela
umurnya > 21 tahun
waras fikirannya
tidak mahu jadi warganegara Malaysia
Penamatan Kewarganegaraan Cara Paksa
ada kerakyatan negara lain
untuk warganegara cara masukan dan pendaftaran shj
tidak setia kepada negara Malaysia
derhaka kepada Malaysia ketika peperangan
derhaka ketika berniaga
menjalankan aktiviti dengan musuh Malaysia
dipenjara > 12 bulan
didenda >RM5000
tinggal di negara lain > 5 tahun secara berterusan
tinggal di negara asing tetapi mendaftar dengan Pejabat konsulat Persekutuan
2.HAK ASASI WARGANEGARA MALAYSIA
Hak Asasi Warganegara Malaysia
Dia tidak boleh dibunuh kecuali menurut undang-undang
Dia tidak boleh ditahan polis > 24 jam jika tiada perintah tahanan daripada majistret/pegawai daerah
Dia perlu diberitahu sebab-sebab dia ditangkap oleh pihak berkuasa
Jika dia ditangkap, dia berhak dibela oleh peguam
Dia tidak boleh dijadikan hamba abdi
Dia boleh diberi kerja paksa mengikut undang-undang
Dia berhak mendapat perlindungan undang-undang
Jika dia dibebaskan,dia tidak boleh didakwa atas kesalahan yang sama
Dia berhak memohon harbeas corpus jika dia ditahan secara tidak sah
Dia berhak menikmati kesamarataan
Dia tidak boleh didiskriminasikan dari segi agama,  keturunan, tempat lahir atau jantina
Dia bebas bergerak di mana-mana bahagian Malaysia
Dia berhak bermastautin di mana-mana bahagian Malaysia
Dia bebas bercakap
Dia bebas berhimpun secara aman
Dia bebas menubuhkan persatuan
Dia bebas beragama
Dia bebas memiliki harta
Sekatan-Sekatan Terhadap Kebebasan Hak Asasi
Kerajaan berkuasa untuk menahan dan menghukum sesiapa yang mengancam keselamatan negara (undang-undang subversif)
Kerajaan berkuasa untuk mengenakan perintah berkurung dan menembak serta membunuh sesiapa yang mengingkari undang-undang darurat tanpa perbicaraan (Undang-undang Darurat)
Para pelajar dilarang bergerak aktif dalam politik (Akta Universiti dan Kolej Universiti)
Tidak boleh membocorkan rahsia kerajaan(Akta Rahsia Rasmi)
Badan-badan penerbitan dan media elektronik tiada kebebasan untuk membangkitkan isu-isu sensitive yang boleh mengancam keselamatan negara (Akta Mesin Cetak dan Penerbitan)
Rakyat dilarang menabur fitnah dan membangkitkan isu sensitif, iaitu hak istimewa orang Melayu,bahasa,kuasa raja dan kewarganegaraan
Berkuasa untuk mengawal kemasukan rakyat dari Semenanjung  Malaysia ke Sabah dan Sarawak (Hak Istimewa Sabah dan Sarawak)
3.BAHASA MELAYU
Bahasa Melayu
Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi negara tetapi bahasa lain bebas digunakan
4.AGAMA ISLAM
Agama Islam
Agama Islam ialah agama persekutuan/agama rasmi tetapi agama lain juga bebas diamalkan
5.KEDUDUKAN ISTIMEWA
Kedudukan Istimewa Orang Melayu
Hak istimewa orang Melayu dalam perkhidmatan awam,biasiswa,permit,kuota,ekonomi dan pendidikan adalah di bawah YDPA tetapi kaum bukan Melayu mendapat perlindungan sewajarnya
Kedudukan Istimewa Bumiputera Sabah,Sarawak
Hak istimewa orang Melayu dalam perkhidmatan awam,biasiswa,permit,kuota,ekonomi dan pendidikan adalah di bawah YDPA tetapi kaum bukan Melayu mendapat perlindungan sewajarnya
KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN
Kepentingan Perlembagaan
Keamanan
perpaduan
kestabilan politik
kestabilan sosial
Keamanan
Hak yang sama kepada semua warganegara
Hak asasi dijamin
Warganegara bebas berpersatuan,beragama dan memiliki harta
Perpaduan
Perlembagaan digubal berdasarkan kontrak sosial yang dipersetujui oleh semua kaum
Bahasa,agama,pemerintahan beraja,kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak dipersetujui bersama
Agama islam ialah agama persekutuan/agama rasmi tetapi agama lain bebas diamalkan
Kestabilan politik/sosial
Perlembagaan menjadi panduan untuk memerintah Malaysia supaya pentadbiran cekap,jujur,adil,telus dan licin
SISTEM & STRUKTUR PEMERINTAHAN MALAYSIA
YDPA-
Badan eksekutif-PM dan kabinet
Badan perundangan-parlimen
Badan kehakiman-mahkamah
SISTEM PEMERINTAHAN
Malaysia ialah sebuah negara persekutuan
Ketua negara ialah YDPA
Sistem pemerintahan ialah demokrasi berparlimen
Agama Islam ialah agama rasmi
Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan
YDPA berada di kemuncak Badan Perundangan,Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman
Negara Persekutuan
Ialah negara yang ada pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan(kerajaan pusat) dan Kerajaan Negeri
Kedua-dua kerajaan mentadbir negara berdasarkan kuasa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia
Perlembagaan Malaysia memperuntukkan kuasa pemerintahan berdasarkan Senarai Negeri, Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama
Kerajaan Persekutuan ada 3 peringkat kerajaan iaitu kerajaan pusat,kerajaan negeri dan kerajaan tempatan
Demokrasi Berparlimen
Maksudnya pemerintahan secara perwakilan yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya
Sistem ini berasaskan konsep Raja Berlembagaan,yakni YDPA sebagai ketua negara
Kuasa diagihkan antara 3 komponen utama pemerintahan iaitu Badan Perundangan,Badan Kehakiman dan Badan Eksekutif
Kerajaan diketuai oleh Perdana Menteri yang dipilih daripada parti yang mendapat majoriti dalam pilihan raya umum
Perdana Menteri menjalankan kuasa eksekutif dengan dibantu oleh kabinet atau Jemaah Menteri yang dipilih daripada kalangan ahli Parlimen/ bukan
Raja Berperlembagaan
Ketua negara persekutuan
Hanya boleh didakwa di Mahkamah Khas
Raja Permaisuri Agong menduduki tempat kedua selepas YDPA
Berkuasa dalam memelihara adat istiadat orang Melayu
Mengetuai pentadbiran agama Islam di negeri baginda
Ketua agama Islam di Pulau Pinang,Sabah,Sarawak dan Wilayah Persekutuan
Kuasa pemerintahan terletak di tangan YDPA tetapi kuasa eksekutif dijalankan oleh Perdana Menteri dan kabinetnya
Kuasa setakat diperuntukkan oleh Perlembagaan
Menjadi Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia dengan kuasanya dilaksanakan oleh Majlis Angkatan Tentera
Mengisytiharkan darurat apabila keselamatan negara terancam
Memperkenankan rang undang-undang yang digubal di Parlimen sebelum menjadi undang-undang yang sah
Kuasa Budibicara YDPA
Melantik Perdana Menteri
Memperkenan atau tidak permintaan Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen
Meminta mesyuarat Raja-Raja Melayu diadakan bagi membincangkan perkara berkaitan dengan kedudukan,keistimewaan dan kehormatan Raja-Raja Melayu