Demokrasi & Pilihanraya


DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA
Pilihan  raya
Sistem demokrasi berparlimen mengadakan proses pilihan raya yang memberi kuasa kepada parti politik yang menang bilangan kerusi terbanyak dalam pilihan raya umum untuk memerintah negara
Tujuan pilihan raya
Memilih wakil rakyat di Parlimen untuk memerintah negara
Memilih wakil rakyat di DUN untuk memerintah negeri
Tempoh pilihan raya
Diadakan setiap 5 tahun
Diadakan sebelum 5 tahun tamat apabila YDPA membubarkan Parlimen atas cadangan PM
Sejarah pilihan raya
Kawasan pilihan raya berubah dari masa ke masa disebabkan pertambahan penduduk
Pilihan raya pertama pada tahun 1951 untuk Majlis Perandaran Pulau Pinang
1952- pilihan raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur, Perikatan menang 9/12 kerusi
Pilihan raya umum pertama pada 1955,Perikatan menang 51/52 kerusi.Isu yang digunakan ialah kemerdekaan dan perpaduan kaum
Pilihan raya 1959 dan 1969-isunya ialah perkauman
Pilihan raya 1964 dan 1974-isunya ialah kestabilan politik
Faktor yang menentukan kemenangan
Ketokohan calon
Kekuatan parti politik
Dasar parti
Kerajaan yang memerintah
Sikap pengundi
SURUHANJAYA PILIHAN RAYA(SPR)
Tujuan SPR
Memelihara, menyelia dan mengekalkan proses demokrasi negara melalui pilihan raya yang adil
Memastikan rakyat dapat memilih wakil mereka melalui pengundian 
Peranan SPR
Mendaftar pemilih sepanjang tahun
Menyemak daftar nama pemilih sepanjang tahun
Mengadakan pilihan raya kecil kerana ada kekosongan kerusi
Mengkaji semula bahagian pilihan raya
Menyempadankan semula bahagian pilihan raya sekurang-kurangnya dalam tempoh 8 tahun dan maksimumnya 10 tahun
Mendaftar calon-calon yang bertanding
Memastikan calon memenuhi kelayakan yang ditetapkan
Menerima dan menyelidik rayuan tentang keputusan pilihan raya untuk memastikan kelancaran perjalanan pilihan raya
Keanggotaan SPR
Ahli SPR dilantik oleh YDPA selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja
Anggotanya ialah Pengerusi,Timbalan Pengerusi,5 orang lain
Urus setia SPR
Pusat pentadbiran SPR
Melaksanakan semua fungsi,dasar dan keputusan SPR
Ahli Urusetia SPR
Seorang setiausaha sebagai ketua pentadbir
Pegawai pilihan raya negeri yang menjadi ketua pejabat pilihan raya negeri
Kakitangan  urus setia
Syarat jadi ahli SPR
Umur < daripada 65 tahun
Tidak muflis
Tidak pegang jawatan bergaji yang lain
Bukan ahli parti politik
Bukan wakil Parlimen
Bukan ahli DUN
ELEMEN PENTING PILIHAN RAYA
Peraturan pilihan raya
Parti politik yang memperoleh undi majoriti di Parlimen atau DUN akan membentuk kerajaan
Undang-undang dan peraturan berkaitan urusan pilihan raya telah diwujudkan untuk memastikan pelaksanaan dan perjalanan pilihan raya yang baik dan lancar
Pengundi
Membuang 2 kertas undi (parlimen dan DUN) kecuali Wilayah Persekutuan
Kelayakan jadi pengundi
Warganegara Malaysia
Umur > 25 tahun
Telah berdaftar dengan SPR dalam daftar pemilih
Bermastautin di bahagian pilihan raya
Tidak hilang kelayakan
Undi pos
Bermastautin di luar kawasan pilihan raya
Sebab-sebab undi pos
Anggota perkhidmatan awam (isteri & suami) yang bertugas di luar negara
Pegawai SPR yang bertugas pada hari pengundian
Anggota polis (ditetapkan oleh undang-undang)
Pegawai tentera yang bertugas di belantara
Pelajar-pelajar (suami-isteri) yang belajar di luar negara semasa pilihan raya
Calon pilihan raya

Syarat jadi calon pilihan raya
Warganegara Malaysia
Umur > 21 tahun
Akal fikirannya sempurna
Tidak muflis
Tidak pernah dipenjarakan > 12 bulan
Tidak pernah didenda RM2000 ke atas
Tiada kerakyatan asing
Bermastautin di negeri tempat dia bertanding untuk kerusi DUN
Tidak boleh pegang jawatan berpendapatan seperti kakitangan awam dll
Mengemukakan penyata perbelanjaan dalam tempoh 31 hari selepas keputusan pilihan raya diwartakan
Bahagian pilihan raya
Penentuan bahagian pilihan raya berpandukan undang-undang
Penentuan bahagian pilihan raya bergantung pada jumlah penduduk dan keluasan kawasan berkenaan
Persempadan semula bahagian pilihan raya dalam tempoh 8 tahun (min) dan 10 tahun (max)
Tempoh pelaksanaan pilihan raya
Diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Parlimen dan DUN di Semenjung dan 90 hari di Sabah-Sarawak
Pilihanraya kecil diadakan dalam tempoh 60 hari
Sebab pilihan raya kecil /kekosongan luar jangka
Kematian
Peletakan jawatan
Pelucutan keahlian
Pilihan raya kecil kerana kekosongan luar jangka
Tidak perlu diadakan jika berlaku dua tahun sebelum tamatnya tempoh DUN
PERJALANAN PILIHAN RAYA
Sebelum hari pengundian
Notis  pemberitahuan pendaftaran nama pemilih akan diwartakan oleh SPR
Pendaftaran nama oleh pengundi baharu
Pendaftaran kepada Pegawai Pendaftar jika pengundi lama ingin berpindah ke kawasan pilihan raya lain
Semakan semula daftar pengundi untuk kemaskini butir pengundi dan tempat pilihan raya
Parlimen dibubarkan oleh YDPA
DUN dibubarkan oleh Sultan/YDP Negeri
SPR keluarkan writ pilihan raya
Notis disiarkan dalam Warta Kerajaan yang mengandungi keterangan hari penamaan calon dan hari pengundian
Hari penamaan calon ditetapkan dari pukul 9 pagi hingga 10 pagi di pusat penamaan seperti majlis perbandaran,dewan serbaguna,sekolah,balai raya dan stadium
Tempoh bantahan dalam masa 1 jam sebelum pegawai pengurus pilihan raya umumkan calon yang bertanding
Antara jam 11.00 hingga 12.30 kertas penamaan calon dipamerkan
Wang Deposit RM10,000 untuk Parlimen dan RM5000 untuk DUN duntuk calon yang bertanding
Wang deposit tidak dikembalikan jika calon tidak dapat > 1/8 jumlah undi yang diperoleh oleh calon lain
Semasa hari pengundian
Masa mengundi dari 8 pagi hingga 5 petang
Tempat mengundi diketuai oleh ketua tempat mengundi dan dibantu oleh kerani pengundian
Mereka yang dibenarkan berada di tempat mengundi ialah pemilih,ahli SPR,pegawai SPR,ketua tempat mengundi,kerani pengundian,calon dan wakil calon,ejen tempat mengundi,ejen mengira undi,individu yang mendapat kebenaran SPR
Pengiraan undi
Individu yang dibenarkan berada ditempat mengira undi ialah ahli SPR,pegawai SPR,kerani mengira undi,calon,wakil calon,ejen mengira undi.
Keputusan diumumkan oleh Pegawai Pengurus SPR
Bantahan Keputusan undi
Boleh dipertikaikan di Mahkamah Tinggi dalam masa 21 hari selepas pengumuman keputusan pilihan raya
Sebab-sebab bantahan
Berlaku penyogokan
Perbuatan menyalahi undang-undang
Tidak mematuhi undang-undang dan peraturan pilihan raya
Calon atau ejen calon hilang kelayakan
Berlaku penipuan atau ugutan