Nota Pengajian Am 900/1 siri 3/2015




Dua Aspek Utama Tadbir Urus
Prestasi
menyampaikan perkhidmatan yang efektif
menyampaikan perkhidmatan yang efisyen
memberikan perkhidmatan yang bermutu (value for money)
mengurangkan pembaziran sumber
mengurangkan pembaziran dana

Pematuhan Terhadap Undang-Undang
mematuhi segala peraturan
mematuhi segala undang-undang
mematuhi piawaian yang ditetapkan
bersikap jujur
bersikap akauntabiliti
bersikap integriti
bersikap telus-tidak sorok apa-apa
Prinsip Utama Tadbir Urus
Fokus Kepada Pelanggan
mengutamakan citarasa pelanggan
memuaskan hati pelanggan

Beretika
mempamerkan nilai-nilai positif dalam tadbirurus
mempunyai etika yang tinggi dalam tadbirurus
mengamalkan nilai-nilai murni dalam tadbirurus

Ketelusan
telus dalam perkongsian maklumat-tak sorok
proses pentadbiran  yang jelas
proses pentadbiran yang mudah difahami

Akauntabiliti dan Integriti
menjelaskan setiap  tindakan tadbirurus

Efektif dan Efisyen
penyampaian dan tadbiran  yang cekap
penyampaian dan tadbiran yang berkesan
mempunyai sistem tadbiran yang dinamik
mempunyai sistem tadbiran  yang cepat
mempunyai sistem tadbiran  yang tepat
menggunakan sumber yang minimal (efisien)
menghasilkan kerja yang maksimum (efektif)

Pengurusan Perubahan
pengurusan mengurus
pengurusan menangani cabaran
perubahan dalam organisasi perlu agar organisasi dinamik
Kepentingan Urus Tadbir Baik
Dapat Memperkasa Daya Saing Negara
kecekapan pekerja meningkat
produktiviti pekerja meningkat
bakat pekerja diasah
kepakaran pekerja meningkat

Dapat Menjana Potensi Insan
pekerja menjadi cekap
pekerja boleh menghadapi cabaran


Dapat Menerajui Transformasi Perkhidmatan
pekerja berkemahiran tinggi kerana pemodenan
pekerja berdedikasi
pekerja ada motivasi
kepimpinan perli ada wawasan, halatuju yang jelas

Dapat Mengekalkan Profesionalisme dan Tadbir Urus
perkhidmatan yang lebih cekap
perkhidmatan yang lebih responsif
perkhidmatan yang ada akauntabiliti

Memenuhi Ekspektasi Stakeholder dan Pelanggan
tuntutan pelanggan dipenuhi
piawaian kerja yang jelas
berakauntabiliti
pelanggan dapat perkhidmatan yang berkualiti
pilihan dan keperluan pelanggan dikajiselidik
Cabaran-Cabaran Utama Yg dihadapi
Globalisasi
dunia di bawah satu unit yang sama
dunia tiada sempadan ruang udara
dunia tiada kedudukan geografi
langit terbuka luas untuk dimasuki pelbagi maklumat
melalui media komunikasi seperti internet, media elektronik,teknologi siber

Daya Saing
boleh bersaing dengan negara maju yang lain
boleh bersaing dalam ekonomi,sosial dan politik
indikatornya ialah produktiviti, output tenaga kerja
dapat mencapai pertumbuhan yang tinggi dan tetap
daya saing diukur atas prestasi ekonomi, kecekapan kerajaan, kecekapan perniagaan, kemudahan infrastruktur
Impak Globalisasi
Impak Terhadap Politik

Positif
hubungan yang baik dgn negara lain menguntungkan ekonomi dan sosial

Negatif
kuasa besar campurtangan utk gulingkan kerajaan lain
negara maju mengintip untuk dapatkan maklumat musuhnya
negara maju godam sistem pertahanan untuk melemahkan negara lain

Impak Terhadap Sosial

Positif
sistem pendidikan jadi maju bila guna internet
belajar secara jarak jauh
mendapat pendidikan ilmu bertaraf dunia
mendapat maklumat dan isu semasa
meluaskan ilmu pengetahuan
boleh berinteraksi dengan penduduk dunia

Negatif
gejala sosial meningkat
Bahasa Melayu dipinggirkan oleh IPTS
meniru budaya barat yang bertentangan dgn budaya tempatan
mengamalkan budaya hedonisme


Impak Terhadap Ekonomi

Positif
bebas berdagang dengan sesiapa
bebas menanam modal di mana mana
bebas bersaing dengan negara lain
bebas luaskan pasaran di mana mana sahaja
teknologi berpindah
kualiti produk meningkat
buruh mahir berhijrah
syarikat multinasional melabur di mana mana

Negatif
dasar melindungi produk tempatan terhakis
produk tempatan tidak lagi dilindungi
produk tempatan kena bersaing dengan produk luar
syarikat multinasional akan monopoli
syarikat kecil akan rugi dan gulung tikar kerana tak mampu bersaing
produk dan perkhidmatan tempatan terancam kerana tak mampu bersaing
IKS  terancam kerana tak mampu bersaing
sukar untuk mengawal aliran modal asing yg hakis kedaulatan ekon. negara

Impak Terhadap Teknologi

Positif
pemindahan teknologi untuk kemajuan ICT dan komputer
contoh lain- teknologi automasi, nano, bio, elektronik, satelit, ICT

Negatif
salahguna teknologi spt senjata nuklear, senjata moden, intip guna satelit
Sebab-Sebab Produk  Malaysia boleh bersaing
wujudnya industri hiliran. Contohnya kilang PROTON dengan vendornya
permintaan di dalam negara terhadap barangan buatan tempatan
sumber- manusia,bahan mentah,K-ekonomi,modal,infrastruktur
peluang yang ada kerana ada teknologi baharu,politik negara,pasaran asing
dasar kerajaan tentang sumber manusia yg berkualiti, bahan mentah,          K-ekonomi, kemudahan infrastruktur
Langkah Meningkatkan Daya Saing Negara
meningkatkan kecekapan tenaga kerja
memilih  pekerja berdasarkan merit
melahirkan graduan yang cemerlang
melibatkan swasta
mengurangkan subsidi
meluaskan punca kutipan hasil
Faktor Yang Menjejaskan Daya Saing Negara
kurang ilmu pengetahuan
gaji rendah
kurang inovatif
kurang kreatif
teknologi yang rendah
dasar kerajaan
sistem penyampaian yang lemah
kegawatan ekonomi
kegawatan politik dalam dan luar
kurang tenaga mahir dan separa mahir



Cara-Cara Untuk Meningkatkan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam
Pembangunan sumber manusia/modal insan
Pemantapan sistem dan prosedur kerja
Pengemaskinian undang-undang dan akta
Penggunaan ICT dalam penyampaian perkhidmatan
Pelaksanaan transformasi organisasi secara menyeluruh


Pembangunan Sumber Manusia/Modal Insan Melalui Talent Corporation
Melahirkan pekerja yang berkualiti tinggi
Melahirkan pekerja yang berkemahiran
Melahirkan pekerja yang berpengetahuan
Melahirkan pekerja yang kreatif
Melahirkan pekerja yang inovatif

Langkah Memperkasa Modal Insan seperti berikut:-

Meluaskan Akses kepada Pendidikan Berkualiti seperti menaiktaraf sekolah, asrama, kemudahan, peralatan, memartabatkan profesion guru. Sekolah yang cemerlang dalam semua bidang diberi ganjaran

Memperkasa Pendidikan Awal seperti menambah kelas, memantapkan kurikulum, pelantikan guru pra-sekolah lepasan ijazah agar kadar kemasukan pra sekolah meningkat

Memantapkan Pendidikan Sekolah Rendah dan Menengah seperti memberi bantuan kepada SK Cina, SK Tamil, sekolah agama, sekolah mubaligh, berikan biasiswa yang sambung belajar, memantapkan BM dan BI

Mengarusperdanakan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional seperti di negara maju di mana Pendidikan VT jadi pilihan utama kerana peluang kerja yang baik.

Memperkasa Pendidikan Tinggi seperti peratusan staf akademik yang ada PhD ditambah kpd 75% bagi RU dan IPTA lain 60%. Pensyarah boleh menikmati kenaikan pangkat ke Gred Turus III,II dan I serta dianugerahkan Profesor Ulung tanpa memegang jawatan pentadbiran

Mempergiat Program Latihan dan Kemahiran spt kerajaan sediakan dana utk Program Industrial Skill Enhancement utk tingkatkan kemahiran graduan kejuruteraan dan pekerja teknikal.  Kerajaan sediakan Program Pentauliahan Profesional, Pembangunan Sukan, Keusahawanan, Skim Pengurusan Siswazah, ICT utk graduan.Program Latihan 1 Malaysia utk tingkat ilmu dan kemahiran baru.Kerajaan tubuhkan Majlis Konsultasi Gaji Negara utk tingkatkan produktiviti pekerja.Kerajaan kuatkuasakan Peraturan Kerja bagi galakkan wanita bekerja separuh masa.

Pemantapan Sistem dan Prosedur Kerja kerana Polisi Tak Seragam dan Karenah Birokrasi seperti berikut:-

Membudayakan Kreativiti,Inovasi spt berfikir luar drp biasa, berfikiran    kritis, berfikiran konstruktif dalam menunaikan tanggungjawab

Mementingkan Kepantasan Bertindak dan Membuat Keputusan

Nilai untuk Wang seperti hapuskan pembaziran, penyelewengan, dan salah urus dalam pengurusan wang awam. Setiap sen yang dibelanjakan mendapat pulangan maksimum kepada kerajaan dan rakyat.

 Nilai Integriti perlu perubahan

Pengemaskinian Undang-Undang dan Akta aagar Pemberian Kelulusan Permit dan Lesen Perniagaan Cepat dan Telus

Penggunaan ICT dalam Penyampaian Perkhidmatan seperti Berikut:-
memudahkan urusan harian spt bayaran bil utiliti, pinjaman dll
sistem pentadbiran negara lebih cekap, cepat spt e-kerajaan
sistem penyampaian perkhidmatan berkualiti, berkesan
pelanggan puas hati
produktiviti pekerja dan organisasi meningkat
pengurusan maklumat yang sistematik

Pelaksanaan Transformasi Organisasi Secara Menyeluruh Seperti Berikut:-
program transformasi kerajaan/gtp
performance management
makmal pengurusan
KPI –Key Performance Index
NKRA/ Bidang Keberhasilan Utama Negara
NKRA
mengurangkan kadar jenayah
memerangi rasuah
meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan
meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah
menambahbaik pengangkutan awam di bandar
memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman
Kesan Jika Sistem Penyampaian Awam Lemah
kos operasi akan tinggi
kos operasi jadi mahal
kerja negatif jadi budaya
banyak aduan daripada komuniti
tekanan daripada komunitii
hubungan antara kerajaan dan komuniti terjejas
usaha pembangunan negara dan negeri terjejas
reputasi kerajaan terjejas
reputasi perkhidmatan awam terjejas
kemasukan pelabur asing terjejas
Langkah-Langkah bagi Meningkatkan Sistem Penyampaian dalam Perkhidmatan Awam
Pembangunan Modal Insan-latihan kemahiran, belajar berterusan
Ada KPI DAN NKRA utk agensi pelaksana seperti MAMPU, INTAN dan JPA
Konsep Kepimpinan Melalui Teladan- bertindak jika rasuah, disiplin,dll
Selaraskan Dasar Dan Polisi – supaya berkesan dan boleh bekerjasama
Objektif Dan Matlamat Jabatan ikut misi dan visi nasional
Membentuk Imej agensi dan jabatan kerajaan-bersih,mesra,cekap
Sistem Penyampaian Khidmat Awam perlu inovatif, kreatif dan cekap