Nota Ringkas Pengajian Am Penggal 1 (Siri 2)


STRUKTUR PEMERINTAHAN KERAJAAN  PERSEKUTUAN
Struktur Pemerintahan Kerajaan Persekutuan/Pengagihan Kuasa
Badan perundangan
Badan pelaksana pentadbiran
Badan kehakiman
BADAN PERUNDANGAN/LEGISLATIF
Badan Perundangan/Legislatif
Parlimen  (badan perundangan persekutuan)
Dewan Undangan Negeri (badan perundangan negeri)

Parlimen ialah badan perundangan yang tertinggi
Tanggungjawab badan perundangan
Tanggungjawabnya ialah menggubal dan meluluskan undang-un dang. Undang-undang persekutuan yang diluluskan melalui YDPA,Dewan Rakyat,Dewan Negara
Bidangkuasanya
Bidangkuasanya terbahagi kepada 3 komponen iaitu Senarai Persekutuan,Senarai Negeri,Senarai Bersama
Komponen Parlimen
Yang diPertuan Agong
Dewan Rakyat
Dewan Negara
Fungsi Parlimen
Bahaskan hal ehwal kerajaan dan negara
Bahaskan belanjawan negara
Bahaskan rang undang-undang
Bahaskan pindaan undang-undang
Mengawal kewangan kerajaan (cukai dan kadar)
Menjadi forum kritikan rakyat tentang dasar dan tin dakan kerajaan
Membenarkan badan perundangan negeri membuat undang-undang negeri
Keistimewaan parlimen
Prosiding di parlimen tidak boleh dipersoalkan
Prosiding di parlimen tidak boleh didakwa
Berkuasa membuat peraturan Dewan
Berkuasa menghukum ahli Dewan yang melanggar peraturan Dewan
Pentadbiran parlimen
Jawatankuasa Pemilih memilih ahli untuk Jawatankuasa Dewan
Jawatankuasa Hak & Kebebaasan pertimbangkan perkara yang dikemukakan oleh Dewan dan kepentingan ahli Dewan
Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat pertimbangkan peraturan dan mesyuarat Majlis Dewan
Jawatankuasa Dewan menjadi penasihat kepada Yang diPertua Dewan demi kemudahan dan keselesaan ahli dewan
Jawatankuasa kira-Kira Wang Negara memeriksa kira-kira badan pentadbiran dan mengurus wang negeri yang dibentangkan dalam Majlis Dewan
Persidangan parlimen( yang pertama)
Sidang pertama dalam tempoh 120 hari selepas tarikh bubar atau 90 hari selepas pilihanraya atau 160 hari dari tarikh siding sebelum dewan bubar
Sidang pertama mengandungi titah ucapan YDPA,perancangan takwim selama 5 penggal
Kalendar sidang ditentukan oleh Perdana Menteri
Melantik Yang diPertua Dewan
Ahli dewan angkat sumpah
Komponen Parlimen
Yang diPertuan Agong
Dewan Rakyat
Dewan Negara
Fungsi Yang diPertuan Agong
Memanggil parlimen bersidang dalam tempoh masa 6 bulan dengan sidang sebelumnya
Memperkankan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara sebelum diwartakan dan dikuatkuasakan. Jika tidak diperkenankan YDPA dalam masa 30 hari,rang undang-undang akan dianggap sudah diperkenankan.
Rang undang-undang akan menjadi undang-undang dan diwartakan setelah Penyimpan Besar Raja-Raja mengenakan Cop Mohor Besar atas perintah YDPA
Mempersetujui pembubaran atau memberhentikan persidangan parlimen (berhak tidak ikut nasihat Perdana Menteri)
Memberi ucapan dan merasmikan pembukaan parlimen sahaja (YDPA tidak mengikuti persidangan parlimen)
Dewan Negara
Juga dipanggil Senat
Ahlinya dikenali sebagai Senator
Fungsi Dewan Negara
Membahaskan rang undang-undang yang dibentuk oleh Dewan Rakyat
Menangguhkan rang undang-undang( kewangan 30 hari,bukan kewangan 1 tahun) yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat tetapi tiada kuasa menolaknya
M enyemak dan meluluskan rang undang-undang
Tiada kuasa mengusulkan rang undang-undang kewangan
Berkuasa menambah atau mengurangkan bilangan ahli dewan
Keahlian Dewan Negara
Berumur > 30 tahun
Warganegara Malaysia
Bermastautin di Malaysia
Sempurna akal
Hilang kelayakan sebagai ahli Dewan Negara
Memperoleh kewarganegaraan asing
Tidak waras
Bankrap/muflis
Memegang jawatan bergaji dalam perkhidmatan awam
Dipenjarakan > 1 tahun tanpa pengampunan
Didenda > RM2000 tanpa pengampunan
Tidak hantar penyata perbelanjaan pilihan raya dalam tempoh 31 hari dari tarikh keputusan rasmi
Tidak angkat sumpah dalam tempoh 3 bulan selepas dipilih
Tidak hadir sidang Dewan Negara selama 6 bulan berturut-turut tanpa izin Speaker
Keanggotaan Dewan Negara/Senat
Ahlinya dipanggil Senator
Jumlahnya 70 orang
26 daripada jumlah ialah 2 oarang wakil bagi setiap negeri dan Kuala Lumpur manakala satu masing-masing untuk Labuan dan Putrajaya
44 daripada dilantik oleh YDPA.Mereka ini cemerlang dalam perkhidmatan awam/bidang-bidang lain/khidmat masyarakat/mewakili kaum dan golongan minoriti
Tempoh jadi senator ialah selama 3 tahun sepenggal dan maksimum 6 tahun( 2 penggal)
Tempoh jawatan tidak terjejas walaupun parlimen bubar
Senator yang dilantik kerana ganti yang bercuti atau meninggal dunia tempoh nya mengikut bakinya sahaja
Speaker DewanNegara
Dipilih dalam kalangan ahli sidang Dewan
Mempengerusikan Dewan
Memastikan ahli Dewan patuh tatatertib Dewan
Menjadi jurucakap Dewan
Mengenakan tindakan disiplin terhadap ahli Dewan yang tidak patuhi tatatertib
Menerima/menolak solan ahli Dewan
Menangguhkan sidang Dewan
Menyingkir ahli sidang Dewan
Timbalan Speaker
Melaksanakan tugas Speaker yang tidak dapat hadir
Setiausaha Dewan
Mengendalikan pentadbiran Dewan Negara
Dewan Rakyat
Tempat wakil rakyat mendapat pembelaan bagi masyarakatnya
Parti yang menang undi majoriti dalam pilihanraya umum akan membentuk kerajaan
Pemimpin parti politik yang dapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat akan dilantik sebagai Perdana Menteri
Jika PM hilang suara terbanyak Dewan Rakyat,maka PM kena letak jawatan
Fungsi Dewan Rakyat
Menggubal rang undang-undang
Membahaskan rang undang-undang
Membahaskan dasar-dasar kerajaan
Membahaskan masalah rakyat
Mencapai kata pemutus berhubung undang-undang kewangan
Mengkaji semula rang undang-undang yang ditangguhkan oleh Dewan Negara
Hanya Dewan Rakyat yang meluluskan rang undang-undang kewangan sebelum dipersembahkan kepada Yang diPertuan Agong
Keahlian Dewan Rakyat
Berumur > 21 tahun
Warganegara Malaysia
Bermastautin di Malaysia
Sempurna akal
Hilang Kelayakan jadi ahli Dewan Rakyat
Memperoleh kewarganegaraan asing       
Tidak waras
Bankrap/muflis
Memegang jawatan bergaji dalam perkhidmatan awam
Dipenjarakan > 1 tahun tanpa pengampunan
Didenda > RM2000 tanpa pengampunan
Tidak hantar penyata perbelanjaan pilihan raya dalam tempoh 31 hari dari tarikh keputusan rasmi
Tidak angkat sumpah dalam tempoh 3 bulan selepas dipilih
Tidak hadir sidang Dewan Rakyat selama 6 bulan berturut-turut tanpa izin Speaker
Speaker Dewan Rakyat
Dipilih dalam kalangan ahli sidang Dewan
Mempengerusikan Dewan
Memastikan ahli Dewan patuh tatatertib Dewan
Menjadi jurucakap Dewan
Mengenakan tindakan disiplin terhadap ahli Dewan yang tidak patuhi tatatertib
Menerima/menolak solan ahli Dewan
Menangguhkan sidang Dewan
Menyingkir ahli sidang Dewan
Timbalan Speaker Dewan Rakyat
Melaksanakan tugas Speaker yang tidak dapat hadir
Setiausaha Dewan Rakyat
Mengendalikan pentadbiran Dewan Negara
BADAN PELAKSANA/EKSEKUTIF
Badan Pelaksana
Kuasa membuat dasar kerajaan dan melaksanakannnya
Kuasa eksekutif terletak pada YDPA.
Kuasa tersebut boleh dijalankan oleh baginda atau jemaah menteri atau mana-mana menteri yang diberi kuasa oleh kabinet
Parlimen boleh dengan kuasa undang-undang memberi kuasa eksekutif kepada orang lain mengikut peruntukan Perlembagaan
Kabinet/Jemaah Menteri
Badan yang menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh YDPA
Merupakan badan tertinggi untuk membentuk dasar kerajaan Malaysia
Kabinet memberi arahan yang dilaksanakan oleh jentera pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Kabinet bertanggungjawab kepada parlimen,jika PM dapat undi tidak percaya,seluruh jemaah menteri turut meletak jawatan
Parti yang mendapat undi majoriti Dewan Rakyat akan membentuk barisan kabinet
YDPA akan melantik Timbalan Perdana Menteri dan menteri lain atas nasihat PM
Fungsi Kabinet
Membuat dan menggubal dasar kerajaan
Member arahan bagi melaksanakan dasar
Menentukan dasar kerajaan
Mengatasi masalah kecemasan rakyat dan negara
Ahli Kabinet
Diterajui oleh PM dan Timbalan PM
Mesyuarat diadakan sekali seminggu pada hari Rabu secara tertutup
Setiausaha Kabinet
Ketua Setiausaha Negara akan menjadi setiausaha Kabinet
Jawatankuasa Tetap
Kaji sesuatu perkara sebelum diputuskan oleh Kabinet
Contohnya Jawatankuasa Perjawatan Mengkaji Keselamatan Jalan Raya
Jawatankuasa Khas/Sementara
Kaji sesuatu perkara sebelum diputuskan oleh Kabinet
Jabatan Perdana Menteri
Menyelaraskan dasar kerajaan persekutuan
Menentukan corak kepimpinan negara
Menentukan pelaksanaan dasar kerajaan secara cekap dan berkesan melalui kementerian
Diketuai oleh PM
Dibantu oleh Menteri Kabinet
PM dilantik oleh YDPA
Organisasi di bawah Jabatan PM

Majlis Pembangunan Negara
Majlis Perancangan Negara
Majlis Keselamatan Negara
Jabatan Perkhidmatan Awam
Jabatan Perangkaan  Negara
Jabatan Audit Negara
Jabatan Peguam Negara
Badan Pencegah Rasuah
Jabatan Perpaduan Negara
Agensi-agensi pusat
Kementerian,Jabatan
Melaksanakan tugas eksekutif kerajaan pusat
Biasanya menteri yang tidak mengetuai mana-mana kementerian dikenali sebagai Menteri Tanpa Berfortfolio
Jenis-jenis kementerian
Kementerian yang beroperasi di peringkat persekutuan sahaj seperti Kementerian Luar Negara,Kementerian Pertahanan,Kementerian Pengangkutan,Kementerian Pengajian Tinggi,
Kementerian yang beroperasi di peringkat persekutuan dan negeri seperti Kementerian Pelajaran,Kementerian Kesihatan
Tugas Kementerian
Gubal dasar kerajaan
Merancang rancangan pembangunan
Menyelaras rancangan pembangunan
Bidangkuasa Persekutuan
Hanya Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa terhadapnya
Dipanggil Senarai Persekutuan
Bidang kuasa negeri
Hanya Kerajaan Negeri mempunyai kuasa terhadapnya
Dipanggil Senarai Negeri
Bidangkuasa persekutuan + negeri
Hanya Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mempunyai kuasa terhadapnya
Dipanggil Senarai Bersama
BIDANG KEHAKIMAN/JUDISIARI
kebebasan badan kehakiman
Tidak memihak kepada sesiapa
Mempunyai kebebasan yang tersendiri
Tidak dikenakan kawalan oleh Badan Perundangan /pihak eksekutif
Hakim tidak boleh dipecat kecuali kerana perkara 125(3)
Kelakuan hakim tidak boleh dibincangkan  dalam parlimen kecuali usul daripada ahli parlimen
Maksimum umur jadi hakim ialah 65 tahun atau 66  tahun
fungsi badan kehakiman
Memastikan Perlembagaan Persekutuan dipatuhi dan ditegakkan mengikut peruntukan undang-undang
kuasa BADAN kehakiman
Sebagai pengadil
Mahkamah Atasan
Mahkamah Rendah
Mendengar dan dan menentukan perkara sivil yang berkaitan dengan saman-lazimnya perlukan affidavit
Mendengar dan menentukan perkara jenayah yang melibatkan kanun kesiksaan
Menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan dan Badan Pelaksana
Berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri
kuasa mahkamah
Melaksanakan tugas kehakiman
Mentafsir perlembagaan negara
Mentafsir undang-undang
Mengistiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
Mengistiharkan bahawa sesuatu tindakan kerajaan adalah tidak sah di sisi undang-undang
Tidak boleh panda undang-undang
sistem mahkamah
Disusun ikut hierarki pyramid
Individu yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah boleh membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi
pelantikan hakim
Dilantik oleh YDPA dengan nasihat PM
Urusan pelantikan,kenaikan pangkat dan pelucutan jawatan mereka di bawah kuasa YDPA
Hakim tidak dibenarkan berpolitik untuk melindungi hakim daripada pengaruh politik
peguam negara
Penasihat undang-undang kerajaan
Menjadi pendakwa raya bagi kerajaan
Menjadi peguam bela bagi kerajaan
Dibantu oleh Pegawai Perkhidmatan Undang-Undang dan Kehakiman
mahkamah atasan
Mahkamah Persekutuan
Mahkamah Rayuan
Mahkamah Tinggi Malaya
Mahkamah Tinggi Sabah & Sarawak
Mahkamah Khas
mahkamah rendah
Mahkamah Majistret
Mahkamah Sesyen
Mahkamah Syariah
Mahkamah Kanak-Kanak
Mahkamah Penghulu
Mahkamah Anak Negeri
ketua kehakiman
Ketua Hakim Negara
bidangkuasa mahkamah persekutuan
Meluluskan rang undang-undang yang digubal oleh Parlimen atau Badan Perundangan Negeri
bidangkuasa mahkamah tinggi
Semua kes yang melibatkan hukuman mati
Melebihi kuasa mahkamah rendah
bidangkuasa mahkamah sesyen
Semua kes yang tidak melibatkan hukuman mati
Denda antara RM25000 hingga RM100,000
bidangkuasa mahkamah majistret
Semua kes yang < penjara 5 tahun
Denda RM10000
Kes awam (RM25000)
bidangkuasa mahkamah kanak2
Melibatkan pesalah remaja (<18 tahun)
bidangkuasa mahkamah penghulu
Kes sivil yang nilainya tidak melebihi RM50
Kes jenayah yang dendanya tidak melebihi RM25
bidangkuasa mahkamah adat negeri
Kes-kes yang melibatkan kesalahan melanggar undang-undang adat