Badan Perundangan/Legislatif


STRUKTUR PEMERINTAHAN KERAJAAN  PERSEKUTUAN
Struktur Pemerintahan Kerajaan Persekutuan
Pengagihan kuasa Terdiri daripada 3 badan  utama iaitu
Badan perundangan
Badan pelaksana pentadbiran
Badan kehakiman
Badan Perundangan/Legislatif
Parlimen  (badan perundangan persekutuan)
Dewan Undangan Negeri (badan perundangan negeri)

Parlimen ialah badan perundangan yang tertinggi
Tanggungjawab badan perundangan
Tanggungjawabnya ialah menggubal dan meluluskan undang-un dang. Undang-undang persekutuan yang diluluskan melalui YDPA,Dewan Rakyat,Dewan Negara
Bidangkuasanya
Bidangkuasanya terbahagi kepada 3 komponen iaitu Senarai Persekutuan,Senarai Negeri,Senarai Bersama
Komponen Parlimen
Yang diPertuan Agong
Dewan Rakyat
Dewan Negara
Fungsi Parlimen
Bahaskan hal ehwal kerajaan dan negara
Bahaskan belanjawan negara
Bahaskan rang undang-undang
Bahaskan pindaan undang-undang
Mengawal kewangan kerajaan (cukai dan kadar)
Menjadi forum kritikan rakyat tentang dasar dan tin dakan kerajaan
Membenarkan badan perundangan negeri membuat undang-undang negeri
Keistimewaan parlimen
Prosiding di parlimen tidak boleh dipersoalkan
Prosiding di parlimen tidak boleh didakwa
Berkuasa membuat peraturan Dewan
Berkuasa menghukum ahli Dewan yang melanggar peraturan Dewan
Pentadbiran parlimen
Jawatankuasa Pemilih memilih ahli untuk Jawatankuasa Dewan
Jawatankuasa Hak & Kebebaasan pertimbangkan perkara yang dikemukakan oleh Dewan dan kepentingan ahli Dewan
Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat pertimbangkan peraturan dan mesyuarat Majlis Dewan
Jawatankuasa Dewan menjadi penasihat kepada Yang diPertua Dewan demi kemudahan dan keselesaan ahli dewan
Jawatankuasa kira-Kira Wang Negara memeriksa kira-kira badan pentadbiran dan mengurus wang negeri yang dibentangkan dalam Majlis Dewan
Persidangan parlimen( yang pertama)
Sidang pertama dalam tempoh 120 hari selepas tarikh bubar atau 90 hari selepas pilihanraya atau 160 hari dari tarikh siding sebelum dewan bubar
Sidang pertama mengandungi titah ucapan YDPA,perancangan takwim selama 5 penggal
Calendar sidang ditentukan oleh Perdana Menteri
Melantik Yang diPertua Dewan
Ahli dewan angkat sumpah
Komponen Parlimen
Yang diPertuan Agong
Dewan Rakyat
Dewan Negara
Fungsi Yang diPertuan Agong
Memanggil parlimen bersidang dalam tempoh masa 6 bulan dengan sidang sebelumnya
Memperkankan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara sebelum diwartakan dan dikuatkuasakan. Jika tidak diperkenankan YDPA dalam masa 30 hari,rang undang-undang akan dianggap sudah diperkenankan.
Rang undang-undang akan menjadi undang-undang dan diwartakan setelah Penyimpan Besar Raja-Raja mengenakan Cop Mohor Besar atas perintah YDPA
Mempersetujui pembubaran atau memberhentikan persidangan parlimen (berhak tidak ikut nasihat Perdana Menteri)
Memberi ucapan dan merasmikan pembukaan parlimen sahaja (YDPA tidak mengikuti persidangan parlimen)
Dewan Negara
Juga dipanggil Senat
Ahlinya dikenali sebagai Senator
Fungsi Dewan Negara
Membahaskan rang undang-undang yang dibentuk oleh Dewan Rakyat
Menangguhkan rang undang-undang( kewangan 30 hari,bukan kewangan 1 tahun) yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat tetapi tiada kuasa menolaknya
M enyemak dan meluluskan rang undang-undang
Tiada kuasa mengusulkan rang undang-undang kewangan
Berkuasa menambah atau mengurangkan bilangan ahli dewan
Keahlian Dewan Negara
Berumur > 30 tahun
Warganegara Malaysia
Bermastautin di Malaysia
Sempurna akal
Hilang kelayakan sebagai ahli Dewan Negara
Memperoleh kewarganegaraan asing
Tidak waras
Bankrap/muflis
Memegang jawatan bergaji dalam perkhidmatan awam
Dipenjarakan > 1 tahun tanpa pengampunan
Didenda > RM2000 tanpa pengampunan
Tidak hantar penyata perbelanjaan pilihan raya dalam tempoh 31 hari dari tarikh keputusan rasmi
Tidak angkat sumpah dalam tempoh 3 bulan selepas dipilih
Tidak hadir sidang Dewan Negara selama 6 bulan berturut-turut tanpa izin Speaker
Keanggotaan Dewan Negara/Senat
Ahlinya dipanggil Senator
Jumlahnya 70 orang
26 daripada jumlah ialah 2 oarang wakil bagi setiap negeri dan Kuala Lumpur manakala satu masing-masing untuk Labuan dan Putrajaya
44 daripada dilantik oleh YDPA.Mereka ini cemerlang dalam perkhidmatan awam/bidang-bidang lain/khidmat masyarakat/mewakili kaum dan golongan minoriti
Tempoh jadi senator ialah selama 3 tahun sepenggal dan maksimum 6 tahun( 2 penggal)
Tempoh jawatan tidak terjejas walaupun parlimen bubar
Senator yang dilantik kerana ganti yang bercuti atau meninggal dunia tempoh nya mengikut bakinya sahaja
Speaker DewanNegara
Dipilih dalam kalangan ahli sidang Dewan
Mempengerusikan Dewan
Memastikan ahli Dewan patuh tatatertib Dewan
Menjadi jurucakap Dewan
Mengenakan tindakan disiplin terhadap ahli Dewan yang tidak patuhi tatatertib
Menerima/menolak solan ahli Dewan
Menangguhkan sidang Dewan
Menyingkir ahli sidang Dewan
Timbalan Speaker
Melaksanakan tugas Speaker yang tidak dapat hadir
Setiausaha Dewan
Mengendalikan pentadbiran Dewan Negara
Dewan Rakyat
Tempat wakil rakyat mendapat pembelaan bagi masyarakatnya
Parti yang menang undi majoriti dalam pilihanraya umum akan membentuk kerajaan
Pemimpin parti politik yang dapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat akan dilantik sebagai Perdana Menteri
Jika PM hilang suara terbanyak Dewan Rakyat,maka PM kena letak jawatan
Fungsi Dewan Rakyat
Menggubal rang undang-undang
Membahaskan rang undang-undang
Membahaskan dasar-dasar kerajaan
Membahaskan masalah rakyat
Mencapai kata pemutus berhubung undang-undang kewangan
Mengkaji semula rang undang-undang yang ditangguhkan oleh Dewan Negara
Hanya Dewan Rakyat yang meluluskan rang undang-undang kewangan sebelum dipersembahkan kepada Yang diPertuan Agong
Keahlian Dewan Rakyat
Berumur > 21 tahun
Warganegara Malaysia
Bermastautin di Malaysia
Sempurna akal
Hilang Kelayakan jadi ahli Dewan Rakyat
Memperoleh kewarganegaraan asing      
Tidak waras
Bankrap/muflis
Memegang jawatan bergaji dalam perkhidmatan awam
Dipenjarakan > 1 tahun tanpa pengampunan
Didenda > RM2000 tanpa pengampunan
Tidak hantar penyata perbelanjaan pilihan raya dalam tempoh 31 hari dari tarikh keputusan rasmi
Tidak angkat sumpah dalam tempoh 3 bulan selepas dipilih
Tidak hadir sidang Dewan Rakyat selama 6 bulan berturut-turut tanpa izin Speaker
Speaker Dewan Rakyat
Dipilih dalam kalangan ahli sidang Dewan
Mempengerusikan Dewan
Memastikan ahli Dewan patuh tatatertib Dewan
Menjadi jurucakap Dewan
Mengenakan tindakan disiplin terhadap ahli Dewan yang tidak patuhi tatatertib
Menerima/menolak solan ahli Dewan
Menangguhkan sidang Dewan
Menyingkir ahli sidang Dewan
Timbalan Speaker Dewan Rakyat
Melaksanakan tugas Speaker yang tidak dapat hadir
Setiausaha Dewan Rakyat
Mengendalikan pentadbiran Dewan Negara