Nota Ringkas Pengajian Am Penggal (siri 4)


TADBIR URUS NEGARA
Takrif Tadbir Urus Negara Yang Baik
Tatacara seorang menteri,ketua setiausaha,ketua jabatan,ketua eksekutif dan pegawai di semua peringkat pengurusan melaksanakan tanggungjawabnya secara telus,berakauntabiliti dan berhemat dari segi pengambilan keputusan dan penyampaian hasil
Stuktur,budaya,dasar dan strategi serta tatacara mereka berurusan dengan pelbagai pihak yang berkepentingan
Proses bagaimana agensi awam diarah,dikawal dan dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan objektif yang ditetapkan
Objektif Tadbir Urus Yang Baik
Untuk menyemai dan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap keupayaan kerajaan dalam melaksanakan dasar yang telah diamanahkan
Untuk mengekalkan akauntabiliti di dalam sistem penyampaian awam
Ciri-Ciri Tadbir Urus Negara Yang Baik
Dari segi prestasi-perkhidmatan secara cekap dan berkesan seperti yang diharapkan oleh stakeholders di samping memastikan value for money dan pengurangan pembaziran sumber dana
Pematuhan-setiap agensi mematuhi undang-undang,peraturan,piawaian yang diguna pakai dan harapan masyarakat terhadap amalan kejujuran,akauntabiliti dan integiriti sert kewajipan perkongsian maklumat secara telus
4 Prinsip Tadbir Urus Terbaik
Integriti-jujur,tatasusila yang tinggi,bertanggungjawab
Akauntabiliti-bertanggungjawab atas semua tindakan dan keputusan
Amanah/stewardship-melakasanakan apa yang diamanahkan
Telus-meyakinkan orang ramai
SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN
Sistem Dan Struktur  Pentadbiran
Malaysia ialah sebuah negara Persekutuan
Persekutuan bermaksud penyatuan beberapa buah negeri yang mempunyai sebuah Kerajaan Persekutuan dan beberapa buah Kerajaan Negeri
Kedua-dua kerajaan menjalankan tugas berdasarkan kuasa Perlembagaan Malaysia
Bidangkuasa Kerajaan Persekutuan
Dari segi pemerintahan,terdapat pembahagiaan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri untuk mengelakkan pertindihan kerja dan memudahkan kawalan
Senarai Persekutuan/Kuasa Mentadbir Persekutuan
Hal ehwal luar negara
Pertahanan
Keselamatan dalam negara
Undang-undang sivil dan jenayah
Pentadbiran keadilan
Kewarganegaraan
Jentera kerajaan
Kewangan
Kerja raya dan bekalan kuasa
Perdagangan dan perusahaan
Perkapalan
Perhubungan dan pengangkutan
Pelayaran dan perikanan
Siasatan,kajian dan penyelidikan
Perubatan dan kesihatan
Kebajikan orang asli
Pelajaran
Hari kelepasan am
Perumahan
Pelancongan
Akhbar,terbitan dan penerbit
Pawagam dan tempat hiburan
Perkhidmatan bomba dan penyelamat
Senarai Bersama
Kebajikan masyarkat
Biasiswa
Perlindungan binatang dan burung liar
Taman negara
Penternakan
Perancangan Bandar adan kampong
Kutu rayau dan penjaja beredar
Kesihatan awam
Kebersihan dan pencegahan penyakit
Perparitan dan pengairan
Pemulihan tanah lombong
Perkahwinan
Penjagaan anak
derma
JENTERA PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
Jentera Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
YDPA
Majlis Raja-Raja
Badan eksekutif
kabinet,jabatan perdana menteri,kementerian,perbadanan awam,jabatan
Badan Perundangan
parlimen
Badan kehakiman-
mahkamah atasan,mahkamah rendah,mahkamah khas
Ketua audit negara
Suruhanjaya
YANG DIPERTUAN AGONG/YDPA
Yang Dipertuan Agong
YDPA ialah ketua negara
Ketua badan perundangan
Ketua badan kehakiman
Ketua badan eksekutif
Memerintah berpandukan undang-undang
Menerintah berpandukan Perlembagaan Persekutuan
Pemilihan YDPA
YDPA dipilih oleh Majlis Raja-Raja secara undian
YDPA yang dipilih akan mengangkat sumpah dan menandatangani dokumen sumpah jawatan di hadapan Majlis Raja-Raja dan Ketua Hakim Negara
Majlis Raja-Raja akan istiharkan YDPA yang dipilih melalui Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja kepada Parlimen
Tempoh jadi YDPA ialah selama 5 tahun
YDPA hanya boleh dipecat oleh Majlis Raja-Raja atas sokongan 5/9 raja
YDPA boleh letak jawatan dengan menulis surat kepada Majlis Raja-Raja
Saraannya ditanggung oleh Kumpulan Wang Disatukan
Syarat jadi YDPA
Raja-raja
Cukup umur
Matang
Waras fikiran
Tidak uzur
Kuasa YDPA (Pentadbiran)
YDPA merupakan Raja Berperlembagaan
Kuasa pentadbiran negara di bawah naungan YDPA
YDPA mendapatkan maklumat tentang pentadbiran negara daripada kabinet
YDPA akan memilih dan melantik Perdana Menteri daripada ketua parti politik yang paling banyak menang kerusi parlimen
YDPA melantik timbalan YDPA atas nasihat PM
YDPA melantik ahli kabinet atas nasihat PM
YDPA melantik ahli suruhanjaya atas nasihat PM dan persetujuan Majlis Raja-Raja
YDPA melantik Yang diPertua Negeri atas nasihat PM dan persetujuan Ketua Menteri 
YDPA akan diiringi oleh PM dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja
Kuasa YDPA(Perundangan)
Memanggil, menangguh dan membubarkan parlimen
Memberi  ucapan semasa merasmikan persidangan pertama parlimen
Meluluskan rang undang-undang dengan menyuruh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengenakan Cop Mohor Besar (undang-undang akan dikuatkuasakan setelah diwartakan)
Walaupun YDPA tidak mahu meluluskannya, rang undang-undang akan menjadi rang undang-undang selepas 30 hari.
Kuasa YDPA (Kehakiman)
Melantik hakim atas nasihat PM selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, Ketua Hakim Negara, Hakim-hakim Besar, Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Tinggi
Mempengerusikan Jemaah Pengampunan untuk hukuman di Mahkamah Tentera,Mahkamah Awam di Wilayah Persekutuan, Mahkamah Syariah di Wilayah Persekutuan,Sabah,Sarawak,Pulau Pinang dan Melaka
Kuasa  Pengampunan YDPA untuk
Mahkamah Tentera
Mahkamah Awam di Wilayah Persekutuan
Mahkamah Syariah di Wilayah Persekutuan
Mahkamah Syariah di Sabah
Mahkamah Syariah di Sarawak,
Mahkamah Syariah di Pulau Pinang
Mahkamah Syariah di Melaka
Kuasa Budibicara YDPA
Melantik PM
Bersetuju atau tidak untuk meluluskan permintaan PM untuk membubarkan Parlimen
Memanggil satu mesyuarat Majlis Raja-Raja untuk membincangkan hal ehwal di raja
Had Kuasa YDPA
Tidak boleh menjadi raja di negerinya
Tidak boleh memegang jawatan bergaji
Tidak boleh berniaga
Tidak boleh berpolitik
Tidak boleh meninggalkan Malaysia tanpa izin Majlis Raja-Raja lebih daripada 15 hari (lawatan tidak rasmi)
Tidak boleh melakukan kesalahan di dalam Kanun Keseksaan dan undang-undang di Malaysia  
Jika YDPA Melakukan Kesalahan Kes Sivil Dan Kes Jenayah
Didakwa di Mahkamah Khas Raja-Raja
Izin bertulis Peguam Negara
Sebab-Sebab YDPA Dipecat
Tingkah laku tidak baiAk
Tidak waras
Bagaimana YDPA dipecat
Persetujuan Majlis Raja-Raja
Tugas Lain YDPA
Melantik  Peguam Negara atas nasihat PM
Melantik Ketua Setiausaha Negara atas nasihat PM
Melantik Ketua Polis Negara atas nasihat PM
Melantik Ketua Audit Negara atas nasihat PM selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja
Melantik 44 ahli Dewan Negara
Melantik Yang diPertua Dewan Rakyat
Melantik Yang diPertua Dewan Negara
Menjaga hak istimewa orang Melayu
Menjaga hak istimewa Bumiputera Sabah/Sarawak
Menjaga kepentingan kaum lain
Mengisytiharkan darurat jika negara tidak aman
Menjadi ketua agama Islam di negerinya
Menjadi ketua agama Islam di Wilayah Persekutuan
Menjadi ketua agama Islam di Sabah
Menjadi ketua agama Islam di Sarawak
Menjadi ketua agama Islam di Melaka
Menjadi ketua agama Islam di Pulau Pinang
Pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia
TIMBALAN YANG DIPERTUAN AGONG
Pelantikan Timbalan YDPA
Dilantik oleh Majlis Raja-Raja
Daripada Raja-Raja Melayu
Sebab-sebab Timbalan YDPA ambil alih tugas YDPA
YDPA gering > 15 hari
YDPA berada di luar negara > 15 hari atas urusan tidak rasmi
Jika YDPA mangkat
Timbalan YDPA tidak boleh menjadi YDPA
Pemilihan YDPA yang baharu akan didibuat oleh Majlis Raja-Raja
MAJLIS RAJA-RAJA
Ahli Majlis Raja-Raja
Sultan 9 buah negeri beraja
Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan
Yang Dipertua Melaka,Pulau Pinang,Sabah, Sarawak
Semasa Persidangan Majlis Raja-Raja
YDPA diiringi oleh PM
Raja-Raja Melayu diiringi oleh Menteri Besar
Yang Dipertua Negeri diiringi oleh Ketua Menteri
Wakil raja jika raja tidak dapat hadir
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
Tugas Majlis Raja-Raja
Memilih YDPA dan timbalan YDPA
Memecat YDPA dan timbalan YDPA
Membincangkan dasar negara
Berbincang tentang hal diraja
Mempersetujui undang-undang atau sebaliknya rang undang-undang yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja
Mempertimbangkan perkara berkaitan agama islam
Mempertimbangkan perkara berkaitan adat istiadat Melayu
Mempertimbangkan dasar hak istimewa orang Melayu
Mempertimbangkan dasar hak istimewa bumiputera Sabah dan Sarawak
Menjaga kepentingan kaum lain
Pelantikan Yang Perlukan Rundingan Dengan Majlis Raja-Raja
Pelantikan Ketua Negara
Pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan
Pelantikan Hakim Mahkamah Rayuan
Pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi
Pelantikan Ketua Audit Negara
Pelantikan Ahli Suruhanjaya
Pelantikan Setiausaha Dewan Rakyat
Pelantikan Setiausaha Dewan Negara
SURUHANJAYA
Jenis Suruhanjaya
Tetap
Khas
Jenis Suruhanjaya
Suruhanjaya Pilihan Raya
Suruhanjaya Perkhidmatan
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia(SUHAKAM)
Suruhanjaya Khas
Suruhanjaya Perkhidmatan
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-Undang
Suruhanjaya Perkhidmatan Polis
Majis Angkatan Tentera
Tujuan Suruhanjaya Perkhidmatan
Untuk kesaksamaan dalam hal ehwal pentadbiran awam tanpa pengaruh politik
Pelantikan ahli Suruhanjaya Perkhidmatan
Dilantik oleh YDPA atas nasihat PM dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM)
Ketuanya ialah Ketua Pesuruhjaya dan dibantu ole 3 Timbalan Ketua Pesuruhjaya
Fungsi SPRM
Menerima aduan tentang perlakuan kesalahan rasuah
Menyiasat kesalahan rasuah
Mendidik orang ramai untuk menentang rasuah
Mengarah, menasihati dan membantu berkaitan kaedah memerangi rasuah
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
Ditubuhkan untuk selaraskan hal-hal pilihan raya agar pilihan raya dapat dijalankan dengan adil dan saksama
Pelantikan ahli SPR
Ahli SPR dilantik oleh SPR selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja
Pemecatan ahli SPR
Pemecatan ahli SPR oleh tribunal khas
Ahli SPR
Pengerusi
Timbalan Pengerusi
 4-30 orang ahli lain
Fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) terhadap anggota perkhidmatan awam Persekutuan dan Negeri
Pelantikan
Pengesahan jawatan
Kenaikan pangkat
Pertukaran
Tindakan tatatertib
Ahli SPA
Pengerusi
Timbalan Pengerusi
4-30 orang lain
Pelantikan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi
Dilantik dalam kalangan bekas pegawai perkhidmatan awam yang telah bersara tidak lebih 5 tahun
Tujuan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)
Memberi perkhidmatan yang adil dan berkesan
Melahirkan guru dan anngota yang selaras dengan matlamat Dasar Pembangunan Nasional dan Dasar Pendidikan Kebangsaan
Ahli SPP
Pengerusi
Timbalan Pengerusi
4-8 ahli lain
Peranan SPP
Melantik guru
Mengesahkan jawatan guru
Meletakkan guru pada taraf pencen bagi mereka yang ingin bersara
Menukarkan guru ke daerah dan negeri mengikut keperluan
Mengawal Tatatertib para pendidik
Peranan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman Dan Undang-Undang
Mengawal tatatertib ahli-ahlinya
Mencadangkan pelantikan ahli
Mencadangkan pertukaran ahli
Ahli SP Kehakiman dan Undang2
Pengerusi SPA
Pendakwa Raya/Peguam Negara
Setiausaha SPA
Beberapa orang ahli atau bekas hakim
Ahli Suruhanjaya Pasukan Polis
Pengerusi – Menteri dalam Negeri
Pegawai Polis sebagai pemerintah umum pasukan polis
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri
Wakil SPA
2-6 orang lain
Tugas Suruhanjaya P.Polis
Mencadangkan pelantikan
Mencadangkan kenaikan pangkat
Mencadangkan pertukaran anggota polis
Mengesahkan jawatan pegawai polis
Memasukkan anggota polis ke jawatan tetap
mengawal tatatertib dan kelakuan anggota polis
Pelantikan Ketua Polis Negara & Timbalannya
Dilantik oleh YDPA atas nasihat PM
Ahli Majlis Angkatan Tentera
Pengerusi-Menteri Pertahanan
Wakil YDPA yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja
Panglima Angkatan Tenteta Malaysia
2 orang pegawai kanan TLDM
2 orang lain
Fungsi Majlis Angkatan Tentera
Mengawasi tatatertib angkatan tentera
Mengawasi pentadbiran angkatan tentera
Tujuan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM)
Memberi kesedaran tentang hak asasi manusia
Kuasa SUHAKAM
Melindungi hak asasi
Memperjuangkan hak asasi
Melindungi rakyat daripada pencabulan hak asasi manusia
Memajukan ekonomi rakyat
Mewujudkan alam sekitar yang sihat
Fungsi SUHAKAM
Menasihati kerajaan tentang perundangan
Menasihati kerajaan menyertai triti antarabangsa tentang isu hak asasi manusia
Menyedarkan masyarakat dengan pendidikan tentang hak asasi manusia
Menyiasat aduan tentang pelanggaran hak asasi manusia
Bidangkuasa SUHAKAM
Menasihati kerajaan tentang aduan
Mengesyorkan tindakan yang harus diambil
Mengkaji pelanggaran hak asasi manusia
Mengeluarkaan pernyataan awam tentang hak asasi manusia
Melakukan penyelidikan
Memastikan aktiviti hak asasi manusia mematuhi undang-undang   
Anggota SUHAKAM
Tidak kurang 20 orang
terdiri daripada pelbagai kaum  dan agama
Tempoh berkhidmat selama 2 tahun
Boleh dilantik semula
Pelantikan
Pengerusi dilantik oleh YDPA atas syor PM
Timbalannya dipilih dalam kalangan anggota
Sebab Suruhanjaya Khas
Diwujudkan secara sementara
Untuk membincangkan masalah yang timbul
Mengkaji masalah yang timbul
Mencari jalan penyelesaiannya
Ahli Suruhanjaya Khas
Pengerusi
 2 orang lain
Contoh Suruhanjaya Khas
Suruhanjaya Gaji Aziz
Suruhanjaya Gaji Harun
Suruhanjaya mengkaji penambahbaikan pasukan polis
Suruhanjaya Diraja tentang Gaji dan Syarat Perkhidmatan bagi Pihak Berkuasa Tempatan dan Pihak Berkuasa Perbadanan
KETUA AUDIT NEGARA
Pelantikan Ketua Audit Negara
Dilantik oleh YDPA atas nasihat PM
Berunding dengan Majlis Raja-Raja
Pemecatan Ketua Audit Negara
Tidak boleh dipecat kecuali melalui Tribunal Khas
Saraan Ketua Audit Negara
Dibuat oleh Parlimen
Peruntukan daripada Kumpulan Wang disatukan
Fungsi Ketua Audit Negara
Mengaudit akaun dan aktiviti Kerajaan Persekutuan
Mengaudit akaun dan aktiviti Kerajaan Negeri
Mengaudit akaun dan aktiviti badan-badan berkanun
Mengaudit akaun dan aktiviti Kerajaan Tempatan
Mengaudit akaun dan aktiviti Majlis Agama Islam
Memastikan ada akauntabiliti dalam pentadbiran dan pengurusan wang awam
KABINET
Kabinet Atau Jemaah Menteri
Ialah badan yang menjalankan kuasa eksekutif YDPA
Pembentukan Kabinet
Dibentuk oleh parti yang mendapat kerusi atau undi majoriti di Dewan Rakyat
Pelantikan Kabinet
YDPA akan melantik Timbalan PM atas nasihat PM
YDPA akan melantik menteri-menteri atas nasihat PM
Saraan Kabinet
Ditetapkan oleh Parlimen
Peruntukan daripada Kumpulan Wang disatukan
Fungsi Kabinet
Menentukan dasar negara
Membuat/menggubal dasar kerajaan persekutuan
Memberi arahan agar dasar dilaksanakan
Mengatasi masalah kecemasan yang melibatkan negara  dan rakyat
Pengerusi Ahli-Ahli Kabinet
Perdana Menteri
Pelantikan PM
Dilantik oleh YDPA
Daripada ahli parti yang mendapat undi majoriti bagi Dewan Rakyat
Pelantikan Ahli Kabinet
Dilantik oleh YDPA
Atas nasihat PM
Bilangan Ahli Kabinet
Boleh berubah
Ditentukan oleh PM
Mesyuarat Kabinet
Pada setiap hari Rabu
Seminggu sekali
Rahsia
Tidak direkodkan
Setiausaha Kabinet
Ketua Setiausaha Negara
Dia ialah Pegawai pentadbiran utama Jabatan Perdana Menteri
Dia ialah Ketua Tertinggi Perkhidmatan Awam Persekutuan
Tugas Setiausaha Kabinet
Menyediakan agenda mesyuarat Kabinet
Menyediakan minit mesyuarat Kabinet
Menyampaikan keputusan Kabinet kepada badan-badan pelaksana kerajaan
Menjadi penasihat utama kepada Kabinet tentang perkara-perkara perkhidmatan kerajaan
Pelantikan Menteri
Dilantik oleh YDPA atas nasihat PM
Daripada ahli Dewan Rakyat
Daripada ahli Dewan Negara
Menteri tidak Berfortfolio
Menteri yang tiada kementerian sendiri
Ditempatkan di Jabatan Perdana Menteri
Tujuan Mesyuarat Kabinet
Membentuk dasar negara
Peranan Ketua Setiausaha Negara, Ketua Jabatan, Ketua Setiausaha
Memberi nasihat membentuk dasar negara
Membantu kabinet membentuk dasar negara
Peranan Jawatankuasa Tetap Kabinet
Membantu Kabinet membentuk dasar
Peranan Jawatankuasa Khas Kabinet
Membantu Kabinet membentuk dasar
Mengkaji  perkara atau masalah secara mendalam
Terdiri daripada beberapa orang menteri
Keputusan Kabinet
Mesti disokong oleh semua menteri
Menteri mesti mempertahankan tindakan kerajaan di Parlimen
Ahli-ahli Kabinet bertanggungjawab secara kolektif terhadap segala dasar dan keputusan yang dibuat
Ahli-ahli kabinet bertanggungjawab secara kolektif terhadap Parlimen
Ahli-ahli yang tidak menyokong kena letak jawatan
PEGAWAI TADBIR UTAMA
Pegawai Pentadbir Utama
Ketua Setiausaha Negara
Ketua tertinggi perkhidmatan awam Persekutuan
Menjadi Setiausaha Kabinet
JABATAN PERDANA MENTERI
Fungsi Jabatan Perdana Menteri (JPM)
Bentuk dasar kerajaan
Menyelaraskan dasar kerajaan
Mengawal kementerian
Mengawal jabatan
Mengawal badan-badan persekutuan
Menguruskan kerja-kerja Majlis Tertinggi
Objektif Jabatan Perdana Menteri
Merancang dasar kerajaan
Menyelaraskan dasar kerajaan
Mengawasi SUHAKAM
Menyelaraskan urusan zakat,wakaf dan haji
Mengawasi pembangunan tanah Persekutuan
Agensi JPM
Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA)
PERDA
FELDA
LUTH
Mahkamah Syariah WP
SPP
SUHAKAM
Ketua JPM
PM
KEMENTERIAN
Kementerian
Merupakan agensi pentadbiran negara tertinggi
Fungsi Kementerian
Menggubal dasar
Merancang program
Melaksanakan program
Menyelaraskan pelaksanaan dasar
Merancang,mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan perkara-perkara di bawah kementerian
Mengawal jabatan dan badan berkanun yang melaksanakan program kementerian
Struktur Kementerian
Kementerian dipertanggungjawabkan kepada seorang menteri
Timbalan Menteri
Membantu menteri gubal dasar
Membantu menteri merancang program kementerian
Kementerian yang penting seperti Pelajaran dan Kewangan ada 2 orang timbalan menteri
Setiausaha Parlimen
Bantu menteri
Dilantik oleh Perdana Menteri
Menerangkan dasar kementerian
Menjawab pertanyaan atas nama menteri di Parlimen
Jenis-jenis Kementerian
Kementerian yang beroperasi di peringkat Persekutuan
Kementerian yang beroperasi di peringkat Persekutuan dan cawangan di negeri serta daerah
Sistem Kewangan Kementerian
Mengakaun sendiri seperti Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pertahanan kerana kementerian yang besar perbelanjaannya
Akaun diakaun oleh pihak lain seperti Jabatan Akauntan Negara
Akaun akan diaudit oleh Ketua Audit Negara dan dibentangkan di Parlimen
Kementerian Utama
Jabatan Perdana Menteri
KETUA SETIAUSAHA NEGARA
Ketua Setiausaha Negara
Pegawai pentadbir utama
Fungsi KSN
Menjadi penasihat utama kepada PM
Merancang program dan dasar
Mengawal pelaksanaan program dan dasar
Menyelaraskan kegiatan jabatan dengan kementerian
Menyelaraskan kegiatan badan berkanun dengan kementerian
Menjalankan dasar kementerian di semua peringkat,iaitu Persekutuan,Negeri dan Daerah
Menjalankan arahan Menteri
JABATAN
Jabatan
Agensi di bawah kawalan kementerian
Agensi pelaksana kerajaan
Melaksanakan dasar kementeriannya
Ditubuhkan di peringkat negeri dan daerah
Pegawai Utama Jabatan
Dikenali sebagai Ketua Pengarah di peringkat persekutuan
Dikenali sebagai Pengarah di peringkat negeri
Dikenali pegawai di peringkat daerah
Pegawai Tadbir Jabatan
Dikenali sebagai Pengarah Negeri di peringkat negeri
Dikenali sebagai Pengarah di peringkat negeri
Dikenali sebagai Pegawai di peringkat negeri
AGENSI PUSAT
Peranan Agensi Pusat
Membantu,menyelaras,mengawal perjalanan agensi pelaksana
Membekalkan personel dan kewangan kepada agensi pelaksana
Contoh Agensi Pusat
Perbendaharaan
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Unit Perancang Ekonomi (UPE)
Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (UPP)
Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS)
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Tugas Perbendaharaan
Merumus,merancang dan melaksanakan dasar-dasar kewangan
Merumus,merancang dan melaksanakan belanjawan kerajaan
Menganalisis kedudukan ekonomi  negara dan membuat unjuran bagi tujuan perancangan
Menganalisis kedudukan ekonomi  antarabangsa dan membuat unjuran bagi tujuan perancangan
Mendapatkan wang melalui kutipan cukai
Mendapatkan wang melalui pinjaman luar dan dalam negeri
Mengagihkan sumber kewangan kepada agensi kerajaan untuk membangunkan negara
Menentukan sistem perolehan,penggunaan,pengurusan dan pelupusan barang-barang kepunyaan kerajaan
Memberi perkhidmatan seperti kontrak pusat,pinjaman perumahan dan pinjaman kepada agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
Menyelia dan menyusun sistem industri insurans
Tugas Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Menggubal dasar tentang pengambilan kerja,penamatan kerja,pelantikan,kenaikan pangkat,disiplin dalam perkhidmatan awam
Menggubal dasar gaji,elaun dan pencen sektor awam
Mewujudkan jawatan dalam perkhidmatan awam
Menyelesaikan ketidakpuasan kakitangan kerajaaan tentang gaji
Menyediakan kemudahan latihan untuk kakitangan kerajaan melalui Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Unit Perancang Ekonomi (UPE)
Merupakan urus setia bagi Majlis Perancang Negara,Majlis Perancang dan Pembangunan Negara,Jawatankuasa Pelaburan Asing  dan Panel Ekonomi
Tugas UPE
Merancang pembangunan ekonomi negara
Menyediakan rancangan pembangunan 5 tahun
Memeriksa belanjawan pembangunan tahunan bersama-sama JPA dan Perbendaharaan
Menguruskan bantuan teknikal dan kewangan untuk negara daripada kerajaan asing atau institusi antarabangsa
Menyelaraskan pelbagi projek pembangunan negara
Menganalisis kedudukan ekonomi negara atau antarabangsa untuk dijadikan asas perancangan pembangunan ekonomi
Member khidmat nasihat kepada kerajaan tentang masalah ekonomi negara
Menjalankan penyelidikan social dan ekonomi apabila perlu
Tugas Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (UPP)
Menyelaras projek pembangunan negara
Mengesan pelaksanaan projek pembangunan negara
Mengawasi agensi dan perbadanan awam seperti MISC,HICOM,PETRONAS,PERNAS supaya selaras dengan DEB,DPN,Dasar Wawasan Negara
Membantu menyelesaikan masalah kontraktor bumiputera dari segi persaraan dan kewangan
Menilai dan menyemak semula dasar dan program pembangunan kerajaan
Merancang dan melaksanakan program atau projek khas kerajaan seperti bekalan elektrik,air,jalan dll
Meningkatkan penyertaan bumiputera dalam perdagangan dan perindustrian melalui skim latihan  dll
Mengawasi pelaksanaan projek pembangunan Semenanjung Malaysia melalui Pejabat Kemajuan Negeri
Mengawasi pelaksanaan projek pembangunan di Sabah dan Sarawak melalui Pejabat Pembangunan Negeri
Mengawasi pelaksanaan projek pembangunan di Pulau Pinang melalui Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera
Tugas Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS)
Menggalakkan kerjasama antara sektor awam dengan swasta
Merancang,menilai,menyelaras,merunding,dan memantau pelaksanaan projek kerjasama awam swasta
Memantau pelaksanaan projek pembangunan koridor pertumbuhan
Tugas Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Memodenkan sistem pentadbiran kerajaan
Member perkhidmatan perundingan pengurusan kepada organisasi kerajaan