Nota Pengajian Am 900/1 siri 2/2015




Sistem Pentadbiran/Eksekutif
Pentadbiran Kerajaan Pusat
Pentadbiran Kerajaan Negeri
Pentadbiran Kerajaan Tempatan/Pihak Berkuasa Tempatan
Kuasa Kerajaan Pusat
Melaksanakan tugas dalam Senarai Persekutuan & Senarai Bersama
Menyiasat,meninjau dan mengumpul data Kerajaan Negeri
Menyelidik, beri nasihat dan bantuan teknikal kpd Kerajaan Negeri
Memeriksa kegiatan jabatan negeri untuk membuat laporan
Jenis-Jenis Hasil Kerajaan Persekutuan
Cukai langsung-(mengikut akta - contohnya cukai pendapatan, cukai sewa filem, duti harta pusaka
Cukai tidak langsung-(cukai barangan dan perkhidmatan- GST, duti eksport, duti import, duti eksais, cukai jalan, cukai perkhidmatan)
Hasil bukan cukai-(bayaran bila guna perkhidmatan kerajaan-lesen, bayaran pendaftaran, permit, sewaan, faedah, perolehan pelaburan, denda, hukuman
Terimaan bukan hasil- caruman
Hasil wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya
Yang ada kuasa pentadbiran/eksekutif
YDPA
Perdana Menteri
Jemaah Menteri
Kuasa eksekutif/pentadbiran YDPA
Kuasa ini dilaksanakan oleh PM dan jemaah menteri
Melantik Ketua Setiausaha Negara atas nasihat PM
Kelayakan jadi PM
Seseorang itu ahli Dewan Rakyat
Seseorang itu mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat
Seseorang itu warganegara Malaysia jenis kuatkuasa undang2 shj
Sebab-sebab PM kena letak jawatan
Seseorang itu tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli DR
Tugas/peranan Jemaah Menteri
Menasihati YDPA dalam hal pentadbiran
Bertanggungjawab secara bersama kepada Parlimen
Menentukan dasar kerajaan
Memberi arahan kepada jentera pentadbiran kerajaan Persekutuan dan negeri melaksanakan dasar kerajaan
Kuasa PM
Melantik Timbalan PM
Melantik setiausaha parlimen
Melantik setiausaha politik
Menasihati YDPA
Kuasa/Tugas Ketua Setiausaha Negara (KSN)
Penasihat utama kerajaan persekutuan
Pengerusi mesyuarat ketua setiauusaha kementeria
Pengerusi mesyuaarat antara Kerajaan Persekutuan dgn Negeri
Pengerusi Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara
Pengerusi Lembaga Pengarah, Institut Integrasi Malaysia
Setiausaha mesyuarat Jemaah Menteri
Setiausaha Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri
Peranan Kementerian
Menjalankan tugas eksekutif/pentadbiran
Merumus, merancang dan membentuk rancangan pembangunan
Mengawasi dan selaras pelaksanaan rancangan agensi kerajaan
Agensi Pusat untuk Kem. Kewangan
Perbendaharaan
Agensi Pusat untuk Jabatan Perdana Menteri
JPA
UPE
UPP
SERU
MAMPU
UKAS
PEMANDU
UNIK
Tanggungjawab Agensi Pusat
Membantu perjalanan agensi mengurus
Menyelaras perjalanan agensi mengurus
Mengawal perjalanan agensi mengurus
Menggubal dasar ekonomi negara
Menggubal perancangan ekonomi negara
Membekal keperluan asas- keperluan kakitangan dan belanjawan
Menyelaras pembentukan dasar dan pelaksanaan
Menguatkuasakan peraturan kewangan dan perkhidmatan
Memeriksa belanjawan
Memeriksa perkhidmatan
Peranan Unit Perancang Ekonomi (UPE)
Menasihati kerajaan tentang isu ekonomi
Merangka dasar dan strategi untuk pembangunan ekonomi
Menyediakan belanjawan bagi projek pembangunan
Menjadi urus setia kepada Majlis Perancang Negara
Menyediakan rancangan pembangunan
Mengawal dan menilai pencapaian projek pembangunan
Melaksanakan penyelidikan ekonomi
Menggubal dan melaksanakan dasar pelaburan asing
Mengurus bantuan teknik dan kewangan daripada kerajaan asing
Peranan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Menggubal dasar penjawat awam
Melaksanakan dasar penjawat awam
Merancang keperluan tenaga manusia sektor awam yang berkualiti
Menggubal dasar gaji anggota sektor awam
Menggubal elaun anggota sektor awam
Menggubal kemudahan anggota sektor awam
Memastikan hubungan harmonis majikan-pekerja
Peranan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (UPP)
Menyelaras, memantau dan menilai dasar dan projek pemb.
Menyelesaikan masalah kontraktor bumiputera
Meningkatkan penglibatan bumiputera dalam kegiatan industri
Memastikan pelaksanaan agensi perbadanan awam
Mengawasi agensi perbadanan awam
Menjadi urus setia kepada Majlis Tindakan Negara
Peranan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Penasihat kpd sistem kerja dan prosedur kerja di sektor awam
Pakar perunding dalam pengurusan ICT di sektor awam
Pemudah cara bagi pemodenan  di sektor awam
Pemudah cara bagi pelaksanaan program transformasi sistem penyampaian di sektor awam
Perancang dalam pembangunan ICT di sektor awam
Penggerak pemodenan di sektor awam
Peranan Perbendaharaan
Merancang dasar kewangan negara
Merancang dasar belanjawan negara
Menganalisis ekonomi negara
Menganalisis ekonomi antarabangsa
Mendapatkan sumber kewangan negara
Mengagihkan kewangan kepada agensi kerajaan
Merumus dasar cukai
Melaksana dasar cukai
Menyelia industri insuran
Mengatur industri insuran
Menyediakan belanjawan tahunan
Memantau pelaksanaan tahunan
Menubuhkan dan menyusun semula syarikat milik menteri
Peranan Unit  Kerjasama Awam Swasta (UKAS)
Menggubal dasar kerjasama awam-swasta
Membeli khidmat nasihat kepada agensi kerajaan dan pihak awam
Menjalin kerjasama dengan agensi di luar negara
Peranan Unit Pengurusan Prestasi dn Pelaksanaan (PEMANDU)
Menyokong kementerian dalam perancangan
Menyelia pelaksanaan program transformasi kerajaan (GTP) dan  program transformasi ekonomi (ETP)
Menilai kemajuan pelaksanaan program transformasi kerajaan (GTP) dan  program transformasi ekonomi (ETP)
Memacu pelaksanaan program transformasi kerajaan (GTP) dan  program transformasi ekonomi (ETP)
Menyediakan pandangan tentang prestasi dan kemajuan kepada PM dan menteri
Peranan Unit Inovasi Khas (UNIK)
Merangsang inovasi di sektor awam, universiti
Mengkomersilkan hasil penyelidikan
Memacu pertumbuhan inovasi
Peranan Agensi Mengurus/Pelaksana
Melaksanakan pembangunan dan perkhidmatan  utk orang ramai

 Fungsi Majlis
Penyelaras antara kementerian dengan kementerian
Penyelaras antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri
Cara Majlis ditubuhkan
Melalui peruntukan  perlembagaan
Melalui kerajaan
Majlis dari perlembagaan
Majlis Raja-Raja
Majlis Tanah Negara
Majlis Kewangan Negara
Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan
Majlis Angkatan Tentera
Majlis oleh kabinet
Majlis Tindakan Negara
Majlis Keselamatan Negara
Majlis Ekonomi Negara
Tugas Majlis Tanah Negara
Membentuk dasar memajukan tanah di seluruh negara
Membentuk dasar utk kawal penggunaan tanah di seluruh negara
Menasihati kerajaan tentang penggunaan tanah dan undang2 tanah
Tugas Majlis Kewangan Negara
Menasihati Kerajaan Persekutuan tentang pengurusan kewangan
Menasihati Kerajaan Persekutuan tentang jumlah wang yang akan diberi kepada kerajaan negeri
Menasihati Kerajaan Persekutuan tentang pembahagian cukai
Menasihati Kerajaan Persekutuan tentang pembahagian royalti
Tugas Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan
Membentuk dasar tentang Kerajaan Tempatan
Menyelaras dasar tentang Kerajaan Tempatan
Tugas Majlis Tindakan Negara
Menyelaras pelaksanaan dasar kerajaan
Mengawasi pelaksanaan dasar kerajaan
Mengesan pelaksanaan dasar kerajaan
Menyelaras pelaksanaan projek kerajaan
Mengawasi pelaksanaan projek kerajaan
Mengesan pelaksanaan projek kerajaan
Tugas Majlis Ekonomi Negara
Memantau ekonomi negara dan antarabangsa
Menganalisis ekonomi negara dan antarabangsa
Merangka langkah-langkah untuk meningkatkan ekonomi
Mencari jalan untuk menggalakkan pelaburan dalam negeri
Mencari jalan untuk mengawal inflasi
Mencari jalan untuk  mengatasi kenaikan harga
Mengkaji semula tentang subsidi
Memantau kejayaan Majlis Ekonomi Negara
Tugas Majlis Keselamatan Negara
Menyelaras dasar-dasar keselamatan negara
Mencari langkah-langkah untuk mengawal keselamatan, ketenteraman awam
Membantu Majlis Tindakan Negara dalam hal keselamatan
Hilang kelayakan menjadi ahli Suruhanjaya
Ahli Dewan Rakyat
Ahli Dewan Negara
Ahli Dewan Undangan Negeri
Penjawat awam
Pekerja PBT
Pekerja Badan Berkanun
Pekerja Badan Tidak Berkanun
Anggota Kesatuan Sekerja
Jenis-jenis suruhanjaya
Melalui perlembagaan
Melalui kabinet/kerajaan
Suruhanjaya Perlembagaan
Suruhanjaya Perkhidmatan
Suruhanjaya Pilihanraya
Contoh Suruhanjaya Perkhidmatan
SPA-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-Undang
Suruhanjaya Pasukan Polis
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran,Majlis Angkatan Tentera
Tugas Suruhanjaya Perkhidmatan
Melantik anggota perkhidmatan awam
Mengesahkan anggota perkhidmatan awam
Memasukkan anggota perkhidmatan awam dlm jawatan tetap/berpencen.Menaikkan pangkat anggota perkhidmatan awam
Menukarkan anggota perkhidmatan awam
Mengenakan tindakan tatatertib kpd anggota perkhidmatan awam
Tugas SPRM-Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Mengesan,mengenalpasti perlakuan rasuah
Mengesan,mengenalpasti perlakuan penyalahgunaan kuasa
Menentukan calon-calon yang tiada perlakuan rasuah  Mengesan,mengenalpasti perlakuan rasuah salahguna rasuah untuk kenaikan pangkat, persaraan awal,penganugerahan bintang dan jawatan penting
Tugas SPAD-Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
Melakar pelan untuk pembangunan infrstruktur
Memantau perkhidmatan operator kenderaan
Menyita kenderaan
Mengenakan penalti kepada pengendali
Menggantung lesen
Pembatalan lesen
Tugas SPAN-Suruhanjaya Air Negara
Mengawal selia industri perkhidmatan air
Mengawal selia indudtri perkhidmatan pembetungan
Melesenkan kepada operator perkhidmatan air
Menetapkan kualiti perkhidmatan yang perlu dipatuhi
Menetapkan kadar tarif air
Menguatkuasakan prestasi operator perkhidmatan air
Tugas SUHAKAM-Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia
Memupuk kesedaran tentang hak asasi manusia
Menyediakan pendidikan tentang hak asasi manusia
Menasihati kerajaan tentang undang2 hak asasi manusia a/bangsa
Menyiasat aduan tentang pelanggaran hak asasi manusia
Tugas Perbadanan Awam
Menjadi agensi separa kerajaan
Membolehkan kerajaan terlibat dalam bidang ekonomi
Hasil Kerajaan Negeri
(Kumpulan Wang Disatukan bagi Negeri)
Hasil tanah
Hasil hutan
Hasil sungai
Hasil daripada tanah, lombong,hutan
Duti hiburan
Bayaran dalam mahkamah
Peruntukan daripada kerajaan pusat ikut bilangan penduduk dan panjang jalan negeri
Struktur Pentadbiran Kerajaan Negeri
Sultan/YDP Negeri
Majlis Mesy.Kerajaan/Kabinet Neg.Sabah/Majlis Tertinggi Sarawak
Jawatankuasa Tindakan Negeri & Jawatankuasa Ekonomi Negeri & Jawatankuasa Keselamatan Negeri
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Agensi Negeri & Pejabat Daerah & Cawangan Agensi Pusat
Tugas Pentadbiran/Eksekutif Sultan
Melantik Menteri Besar
Tidak mempersetujui permintaan pembubaran DUN
Melantik permaisuri, waris, pemangku raja
Menjadi pengerusi Majlis Pengampunan Negeri
Menjadi ketua agama Islam negerinya
Tugas Majlis Mesyuarat Kerajaan
Menjalankan kuasa eksekutif kerajaan negeri
Menjaga/mengawal/menyelaras portfolio masing-masing
Tugas Menteri Besar/Ketua Menteri
Mentadbir kerajaan negeri
Menasihati sultan/ydp negeri dalam pentadbiran
Menasihati sultan/ydp negeri dalam pelantikan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan
Menasihati sultan/ydp negeri dalam penentuan portfolio MMK
Menjadi ketua MMK
Menjadi penghubung antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan melalui Majlis Mesyuarat Raja-Raja
Jenis-jenis jabatan negeri/agensi pusat negeri
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Pejabat Kewangan Negeri
Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri
Unit Perancang Ekonomi Negeri
Tugas pejabat setiausaha kerajaan negeri
Melaksanakan dasar-dasar negeri
Menyelaraskan dasar-dasar negeri
Setiausaha Kerajaan Negeri
Ketua pejabat setiausaha kerajaan negeri
Dilantik oleh JPA

Tugas Pejabat Kewangan Negeri (pegawai kewangan negeri)
Mengurus hal ehwal kewangan kerajaan negeri mengikut undang2
Merancang perbelanjaan negeri
Mengawal perbelanjaan negeri
Menentukan sistem perakaunan yang teratur
Tugas Pejabat Undang-Undang Negeri (penasihat undang-undang negeri)
Menasihati kerajaaan negeri dalam hal undang-undang
Menggubal undang-undang negeri
Menguruskan penyiarannya dalam warta
Mengendalikan pendakwaan bagi kes jenayah
Mewakili kerajaan negeri dalam semua guaman sivil
Menyediakan dokumen undang-undang bagi Kerajaan Negeri
Tugas Penasihat Undang-Undang Negeri
Menasihati Menteri Besar/Ketua Menteri dalam hal undang-undang
Membuat draf rang undang-undang untuk dibentangkan di DUN
Menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sebagai ex-officio
Tugas Unit Perancang Ekonomi Negeri
Menyelaras pembangunan dan kemajuan ekonomi
Mengkaji dasar ekonomi negeri
Merangka dan menggubal ekonomi negeri
Merancang pembangunan ekonomi negeri
Menyelaras,memantau dan menilai prestasi projek pemb. negeri
Mewujudkan data ekonomi
Pejabat Negeri/agensi pelaksana
Jabatan Tanah dan Galian
Jabatan Daerah dan Tanah
Jabatan Persekutuan Cawangan Negeri
Tugas Jabatan Tanah dan Galian
Mengetuai dan mengawal pentadbiran tanah negeri
Menjadi urusetia tanah dalam MMK
Meluluskan permohonan pembangunan tanah
Memantau dan menentukan hasil tanah dipungut
Mengurus dan menyelenggara hakmilik tanah
menguatkuasakan undang-undang dan peraturan berkaitan tanah
Tugas Jabatan Daerah dan Tanah
Agensi pemungut hasil /cukai kerajaan negeri
Pentadbir dan perancang pembangunan daerah
Jabatan penghubung antara kerajaan
Memajukan taraf hidup rakyat
Urus setia kepada perancangan dan pembangunan tanah daerah
Jabatan Persekutuan Negeri
Jabatan Imigrsen dll
Perbadanan Awam Negeri
Badan Berkanun-Perbadanan Kemajuan Negeri
SPA Negeri
Semua negeri ada SPA kecuali Perlis,Negeri Sembilan,Melaka dan Pulau Pinang