Badan Pelaksana/Eksekutif


STRUKTUR PEMERINTAHAN KERAJAAN  PERSEKUTUAN
Struktur Pemerintahan Kerajaan Persekutuan/Pengagihan Kuasa
Badan perundangan
Badan pelaksana pentadbiran
Badan kehakiman
BADAN PELAKSANA/EKSEKUTIF
Badan Pelaksana
Kuasa membuat dasar kerajaan dan melaksanakannya
Kuasa eksekutif terletak pada YDPA. Kuasa tersebut boleh dijalankan oleh baginda atau jemaah menteri atau mana-mana menteri yang diberi kuasa oleh Kabinet
Parlimen boleh dengan kuasa undang-undang memberi kuasa eksekutif kepada orang lain mengikut peruntukan Perlembagaan
Kabinet/Jemaah Menteri
Badan yang menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh YDPA
Merupakan badan tertinggi untuk membentuk dasar kerajaan
Kabinet memberi arahan yang dilaksanakan oleh jentera pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Kabinet bertanggungjawab kepada parlimen, jika PM dapat undi tidak percaya, seluruh jemaah menteri turut meletak jawatan.Parti yang mendapat undi majoriti Dewan Rakyat akan membentuk barisan Kabinet
YDPA akan melantik Timbalan Perdana Menteri dan menteri lain atas nasihat PM
Fungsi Kabinet
Membuat dan menggubal dasar kerajaan
Memberi arahan bagi melaksanakan dasar
Menentukan dasar kerajaan
Mengatasi masalah kecemasan rakyat dan negara
Ahli Kabinet
Diterajui oleh PM dan Timbalan PM
Mesyuarat diadakan sekali seminggu pada hari Rabu secara tertutup
Setiausaha Kabinet
Ketua Setiausaha Negara akan menjadi setiausaha Kabinet
Jawatankuasa Tetap
mengkaji sesuatu perkara sebelum diputuskan oleh Kabinet
Contohnya Jawatankuasa Perjawatan Mengkaji Keselamatan Jalan Raya
Jawatankuasa Khas/Sementara
mengkaji sesuatu perkara sebelum diputuskan oleh Kabinet
Jabatan Perdana Menteri
Menyelaraskan dasar kerajaan persekutuan
Menentukan corak kepimpinan negara
Menentukan pelaksanaan dasar kerajaan secara cekap dan berkesan melalui kementerian
Diketuai oleh PM
Dibantu oleh Menteri Kabinet
PM dilantik oleh YDPA
Organisasi di bawah Jabatan PM

Majlis Pembangunan Negara
Majlis Perancangan Negara
Majlis Keselamatan Negara
Jabatan Perkhidmatan Awam
Jabatan Perangkaan  Negara
Jabatan Audit Negara
Jabatan Peguam Negara
Badan Pencegah Rasuah
Jabatan Perpaduan Negara
Agensi-agensi pusat
Kementerian,Jabatan
Melaksanakan tugas eksekutif kerajaan pusat
Biasanya menteri yang tidak mengetuai mana-mana kementerian dikenali sebagai Menteri Tanpa Berfortfolio
Jenis-jenis kementerian
Kementerian yang beroperasi di peringkat persekutuan sahaja seperti Kementerian Luar Negara,Kementerian Pertahanan,Kementerian Pengangkutan,Kementerian Pengajian Tinggi,
Kementerian yang beroperasi di peringkat persekutuan dan negeri seperti Kementerian Pelajaran,Kementerian Kesihatan
Tugas Kementerian
Gubal dasar kerajaan
Merancang rancangan pembangunan
Menyelaras rancangan pembangunan
Bidangkuasa Persekutuan
Hanya Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa terhadapnya
Dipanggil Senarai Persekutuan
Bidang kuasa negeri
Hanya Kerajaan Negeri mempunyai kuasa terhadapnya
Dipanggil Senarai Negeri
Bidangkuasa persekutuan + negeri
Hanya Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mempunyai kuasa terhadapnya
Dipanggil Senarai Bersama