Sistem Pemerintahan di Malaysia


SISTEM PEMERINTAHAN
Malaysia ialah sebuah negara persekutuan
Sistem pemerintahan ialah demokrasi berparlimen
Sistem ini berasaskan konsep Raja Berlembagaan
NEGARA PERSEKUTUAN
Ialah negara yang ada pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan(kerajaan pusat) dan Kerajaan Negeri
Kedua-dua kerajaan mentadbir negara berdasarkan kuasa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia
Perlembagaan Malaysia memperuntukkan kuasa pemerintahan berdasarkan Senarai Negeri, Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama
Kerajaan Persekutuan ada 3 peringkat kerajaan iaitu kerajaan pusat,kerajaan negeri dan kerajaan tempatan
DEMOKRASI BERPARLIMEN
Maksudnya pemerintahan secara perwakilan yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya
Sistem ini berasaskan konsep Raja Berlembagaan,yakni YDPA sebagai ketua negara
Kuasa diagihkan antara 3 komponen utama pemerintahan iaitu Badan Perundangan,Badan Kehakiman dan Badan Eksekutif
Kerajaan diketuai oleh Perdana Menteri yang dipilih daripada parti yang mendapat majoriti dalam pilihan raya umum
Perdana Menteri menjalankan kuasa eksekutif dengan dibantu oleh Kabinet atau Jemaah Menteri yang dipilih daripada kalangan ahli Parlimen/ bukan
RAJA BERPERLEMBAGAAN(YDPA)
Ketua negara persekutuan
Hanya boleh didakwa di Mahkamah Khas
Raja Permaisuri Agong menduduki tempat kedua selepas YDPA
Berkuasa dalam memelihara adat istiadat orang Melayu
Mengetuai pentadbiran agama Islam di negeri baginda
Ketua agama Islam di Pulau Pinang,Sabah,Sarawak dan Wilayah Persekutuan
Kuasa pemerintahan terletak di tangan YDPA tetapi kuasa eksekutif dijalankan oleh Perdana Menteri dan kabinetnya
Kuasa setakat diperuntukkan oleh Perlembagaan
Menjadi Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia dengan kuasanya dilaksanakan oleh Majlis Angkatan Tentera
Mengisytiharkan darurat apabila keselamatan negara terancam
Memperkenankan rang undang-undang yang digubal di Parlimen sebelum menjadi undang-undang yang sah


Kuasa Pemerintah Negara


SISTEM & STRUKTUR PEMERINTAHAN MALAYSIA
YDPA-raja berperlembagaan
Badan eksekutif-PM dan kabinet
Badan perundangan-parlimen
Badan kehakiman-mahkamah
SISTEM PEMERINTAHAN
Malaysia ialah sebuah negara persekutuan
Ketua negara ialah YDPA
Sistem pemerintahan ialah demokrasi berparlimen
Agama Islam ialah agama rasmi
Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan
YDPA berada di kemuncak Badan Perundangan,Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman
JENTERA PENTADBIRAN NEGARA
YDPA
Majlis Raja-Raja
Badan pemerintah(eksekutif,perundangan,kehakiman)
Ketua audit negara
Suruhanjaya-suruhanjaya
YANG  DI PERTUAN AGONG
Ketua negara persekutuan
Hanya boleh didakwa di Mahkamah Khas
Raja Permaisuri Agong menduduki tempat kedua selepas YDPA
Berkuasa dalam memelihara adat istiadat orang Melayu
Mengetuai pentadbiran agama Islam di negeri baginda
Ketua agama Islam di Pulau Pinang,Sabah,Sarawak dan Wilayah Persekutuan
Kuasa pemerintahan terletak di tangan YDPA tetapi kuasa eksekutif dijalankan oleh Perdana Menteri dan kabinetnya
Kuasa setakat diperuntukkan oleh Perlembagaan
Menjadi Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia dengan kuasanya dilaksanakan oleh Majlis Angkatan Tentera
Mengisytiharkan darurat apabila keselamatan negara terancam
Memperkenankan rang undang-undang yang digubal di Parlimen sebelum menjadi undang-undang yang sah
KUASA BUDI BICARA YDPA
Melantik Perdana Menteri
Memperkenan atau tidak permintaan Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen
Meminta mesyuarat Raja-Raja Melayu diadakan bagi membincangkan perkara berkaitan dengan kedudukan,keistimewaan dan kehormatan Raja-Raja Melayu


Perlembagaan Persekutuan & Kepentingannya


BAHASA MELAYU
Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi negara tetapi bahasa lain bebas digunakan
AGAMA ISLAM
Agama Islam ialah agama persekutuan/agama rasmi tetapi agama lain juga bebas diamalkan
KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU
Hak istimewa orang Melayu dalam perkhidmatan awam,biasiswa,permit,kuota,ekonomi dan pendidikan adalah di bawah YDPA tetapi kaum bukan Melayu mendapat perlindungan sewajarnya
KEDUDUKAN ISTIMEWA BUMIPUTERA SABAH,SARAWAK
Hak istimewa orang Melayu dalam perkhidmatan awam,biasiswa,permit,kuota,ekonomi dan pendidikan adalah di bawah YDPA tetapi kaum bukan Melayu mendapat perlindungan sewajarnya
KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN
keamanan
perpaduan
kestabilan politik
kestabilan sosial
Keamanan
Hak yang sama kepada semua warganegara
Hak asasi dijamin
Warganegara bebas berpersatuan,beragama dan memiliki harta
Perpaduan
Perlembagaan digubal berdasarkan kontrak sosial yang dipersetujui oleh semua kaum
Bahasa,agama,pemerintahan beraja,kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak dipersetujui bersama
Agama islam ialah agama persekutuan/agama rasmi tetapi agama lain bebas diamalkan
Kestabilan politik/sosial
Perlembagaan menjadi panduan untuk memerintah Malaysia supaya pentadbiran cekap,jujur,adil,telus dan licin


Sekatan-Sekatan Terhadap Hak Asasi


SEKATAN-SEKATAN TERHADAP KEBEBASAN HAK ASASI
Kerajaan berkuasa untuk menahan dan menghukum sesiapa yang mengancam keselamatan negara (Undang-undang subversif)
Kerajaan berkuasa untuk mengenakan perintah berkurung dan menembak serta membunuh sesiapa yang mengingkari undang-undang darurat tanpa perbicaraan (Undang-undang Darurat)
Para pelajar dilarang bergerak aktif dalam politik (Akta Universiti dan Kolej Universiti)
Tidak boleh membocorkan rahsia kerajaan (Akta Rahsia Rasmi)
Badan-badan penerbitan dan media elektronik tiada kebebasan untuk membangkitkan isu-isu sensitive yang boleh mengancam keselamatan negara (Akta Mesin Cetak dan Penerbitan)
Rakyat dilarang menabur fitnah dan membangkitkan isu sensitif, iaitu hak istimewa orang Melayu,bahasa,kuasa raja dan kewarganegaraan (Akta Hasutan dan Penerbitan)
Berkuasa untuk mengawal kemasukan rakyat dari Semenanjung  Malaysia ke Sabah dan Sarawak (Hak Istimewa Sabah dan Sarawak)