Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) (Bahasa Inggeris: Malaysian Communications and Multimedia Commission, MCMC) ialah badan penyeliaan industri komunikasi dan multimedia di Malaysia. Ketika diasaskan, tujuan utamanya ialah untuk mengawal selia industri telekomunikasi dan multimedia berdasarkan kuasa-kuasa yang diberi menurut Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (1998) dan Akta Komunikasi dan Multimedia (1998). Selaras dengan Akta-Akta ini, peranan SKMM ialah untuk melaksanakan dan memupuk objektif dasar kebangsaan Kerajaan Malaysia untuk sektor telekomunikasi dan multimedia. SKMM juga ditugaskan untuk menyelia rangka penyeliaan baru untuk kegiatan industri-industri telekomunikasi, penyiaran dan on-line yang semakin berkait rapat.

Unit Perancang Ekonomi,Unit Penyelarasan,Unit Pemodenan Tadbiran



1 Jabatan Perdana Menteri ialah jabatan yang paling penting antara semua kementerian dalam pentadbiran awam Kerajaan Persekutuan

2 Jabatan Perdana Menteri Berfungsi seperti Pejabat Ketua Setiausaha Negeri atau Pejabat Ketua Menteri yang merupakan jabatan utama di peringkat negeri.

3 Fungsi-fungsi Jabatan Perdana Menteri adalah seperti berikut:
(a) merancang, merumuskan, dan menyelaraskan segala dasar negara
(b) menentukan pelaksanaan dasar negara oleh kementerian lain adalah cekap dan berkesan
(c) mengurus Majlis Perancang Negara, Majlis Pembangunan Negara, Majlis Keselamatan Negara, Majlis Tindakan Ekonomi Negara, dan Majlis Khidmat Negara.

Agensi-Agensi Pusat

1 Agensi-agensi pusat membantu perlaksanaan tugas-tugas di semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.

2 Tugas utama agensi-agensi pusat adalah untuk membantu, menyelaraskan, dan mengawal kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan.

3 Pakar perunding dan pakar penyelidik menjalankan bidang tugas masing-masing dalam agensi-agensi pusat.

4 Terdapat lima buah agensi pusat di bawah Jabatan Perdana Menteri, iaitu:
(a) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
(b) Unit Perancang Ekonomi (EPU)
(c) Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)
(d) Unit Penyelidikan Sosioekonomi (SERU)
(e) Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

5 Agensi pusat yang keenam, iaitu Perbendaharaan Malaysia, terletak di bawah Kementerian Kewangan.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

1 Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berperanan untuk merancang dan melaksanakan dasar kerajaan yang berkenaan dengan perkhidmatan awam.

2 Funsi-fungsi JPA adalah seperti berikut:
(a) menggubal dasar-dasar pengambilan dan penamatan kerja kakitangan kerajaan
(b) mewujudkan kekosongan jawatan kakitangan awam Persekutuan
(c) menggubal gaji skim Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
(d) membincangkan kenaikan gaji, elaun, dan pencen kakitangan kerajaan melalui wakil masing-masing.
(e) berbincang dengan bahagian Perbendaharaan Malaysia tentang penambahan kakitangan kerajaan, kenaikan gaji, bonus, dan insentif
(f) mengelolakan dan mentadbirkan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
(g) menyediakan kemudahan biasiswa dan hadiah latihan untuk kakitangan kerajaan melalui INTAN
(h) memutuskan pertukaran dan penghantaran kakitangan kerajaanke tempat atau jawatan yang sesuai

Unit Perancang Ekonomi (EPU)

Fungsi-fungsi EPU

(a) membantu kerajaan merancang ekonomi negara
(b) menjadi urus setia kepada Majlis Perancang Negara, Jawantankuasa Perancang Pembangunan Negara, Jawantankuasa Pelaburan Antarabangsa
(c) membantu perancangan Rancangan Malaysia Lima Tahun untuk Kabinet
(d) mengkaji kejayaan yang telah dicapai sewaktu Rancangan-Rancangan Lima Tahun dilaksanakan.
(c) menyelaraskan dan memastikan badan-badan kerajaan melaksanakan projek-projek ekonomi yang telah diluluskan
(f) menasihati kerajaan tentang isu-isu ekonomi negara dan antarabangsa
(g) menjadi urus setia kepada Progran Kerjasama Teknikal Malaysia (Malaysian Technical Cooperation Programme - MTCP) untuk negara-negara sedang membangun

Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)

Fungsi-fungsi (ICU)

(a) memastikan dasar-dasar ekonomi kerajaan mencapai matlamat yang diharapkan oleh kerajaan; misalnya Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Penswastaan, dan Dasar Pandang ke Timur
(b) menyelaraskan usaha antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri sewaktu melaksanakan program-program pembangunan
(c) menjadi urus setia kepada Majlis Pembangunan Negara
(d) mengawasi agensi-agensi dan perbadanan awam seperti PETRONAS, PNS, HICOM, dan MISC supaya kegiatannya selaras dengan Dasar Pembangunan Nasional
(e) membantu kerajaan untuk meningkatkan penglibatan bumiputera dalam bidang perdagangan dan perindustrian
(f) melaksanakan tugas-tugas khas seperti:
(i) menyediakan pusat khidmat bagi menyelesaikan masalah kontraktor bumiputera
(ii) membasmikan kemiskinan relatif
(iii) menyusun semula masyarakat dengan meningkatkan keupayaan sektor swasta golongan bumiputera

Unit Penyelidikan Sosioekonomi (SERU)

Fungsi-fungsi SERU
(a) mengkaji kesan-kesan dasar kerajaan dan program-program pembangunan negara terhadap rakyat
(b) mengkaji dan mendapatkan maklumat dan data untuk membolehkan kerajaan merangka program baru
(c)menjalankan penyelidikan tentang pembangunan pertanian, pembangunan luar bandar, kemajuan perindustrian, dan kesan-kesan perbandaran terhadap sosioekonomi negara.
(d) membekalkam maklumat sosioekonomi kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) serta badan-badan kerajaan yang lain untuk perancangan pembangunan negara

UnitPemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Fungsi-fungsi MAMPU
(a) mencadangkan pembaharuan dalam cara-cara pengurusan pejabat-pejabat kerajaan
(b) meningkatkan kecekapan di kalangan kakitangan kerajaan
(c) memodenkan sistem pentadbiran awam dengan memperkenalkan penggunaan komputer dan kaedah komunikasi moden seperti Internet
(d) mengadakan Program Kualiti dan Produktiviti, Program Kerajaan Elektronik, Pembangunan MS ISO 9000, dan sebagainya
(e) memberikan khidmat rundingan pengurusan kepada organisasi kerajaan


Majlis Keselamatan Negara


Insiden 13 Mei 1969 telah membawa kepada pengisytiharan Darurat oleh DYMM YDP Agong pada 15 Mei 1969 di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. Pengisytiharan tersebut telah memberi kuasa kepada Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang telah ditubuhkan untuk membantu YAB Perdana Menteri merangkap Pengarah Gerakan Negara bagi mengukuhkan keselamatan awam, pertahanan negara dan memelihara ketenteraman awam, bekalan-bekalan dan perkhidmatan-perkhidmatan penting negara dalam usaha memulihkan negara kepada keadaan aman dan harmoni.

MAGERAN telah dibubarkan pada tahun 1971. Walau bagaimanapun, ancaman pengganas komunis yang masih berterusan dan bagi mengelakkan berulangnya insiden perselisihan kaum pada masa hadapan, Jemaah Menteri yang bersidang pada 23 Februari 1971 telah bersetuju untuk menubuhkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) secara rasminya pada 7 Julai 1971. Jemaah Menteri dalam mesyuarat Bil. 83/750/71 pada 31 Julai 1971 telah menghuraikan peranan MKN seperti berikut:

“Since the future racial peace in this country depends on how well the government handles the sensitive issues, it is suggested that the NSC shall be the body to look into the matter”.

Oleh yang demikian, MKN bertanggungjawab menyelaraskan dasar-dasar berkaitan keselamatan negara dan arahan mengenai langkah-langkah keselamatan termasuk gerakan-gerakan keselamatan, ketenteraman awam dan perkara-perkara melibatkan keselamatan secara langsung di seluruh negara di peringkat persekutuan, negeri dan daerah. MKN juga menjadi badan bertanggungjawab membantu Majlis Tindakan Negara (MTN) dalam perkara-perkara berkaitan keselamatan.

Sejak penubuhannya, sebanyak 21 Arahan MKN telah dikeluarkan bagi menangani pelbagai ancaman-ancaman keselamatan semasa seperti kebanjiran pelarian Vietnam dan pendatang asing tanpa izin, kerjasama dua hala keselamatan dan pembangunan sempadan, penyeludupan, kawalan keganasan, ketenteraman awam serta pengurusan krisis dan bencana.

MKN adalah sebuah agensi peneraju yang menyelaras dasar berkaitan keselamatan sejak penubuhannya pada 1971. Punca kuasa kepada MKN adalah Arahan MKN No. 1 yang bersandarkan kepada Akta Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1979 yang menjelaskan pembentukan dan tanggungjawab Majlis Keselamatan Negara. Pada asasnya, MKN bertanggungjawab menyelaraskan dasar yang berkaitan untuk keselamatan negara dan arah tuju hal-hal keselamatan. Struktur dan mekanisme keselamatan ini juga diguna pakai di peringkat negeri, daerah dan kampung.

Pada 11 Mac 1982, Arahan MKN No 12: Pemerintahan dan Kawalan Perkara-Perkara Keselamatan dikeluarkan bagi menggantikan Arahan No.9 dan Arahan MKN No 1: Mengenai Penubuhan Majlis Keselamatan Negara. Arahan MKN No. 12 ini adalah Arahan induk terpakai sehingga sekarang dengan disokong oleh beberapa arahan lain bergantung kepada keperluan semasa.

Pelbagai jawatankuasa telah ditubuhkan bagi membantu MKN dalam pelaksanaan fungsi-fungsinya. Jawatankuasa-jawatankuasa ini meliputi semua aspek keselamatan negara. Sebagai contoh, jawatankuasa keselamatan dan pembangunan untuk sempadan Malaysia-Thailand (KESBAN). Matlamat jangka panjang KESBAN adalah bagi melindungi keselamatan dan mengekalkan kestabilan sosio-ekonomi dalam kawasan sempadan Malaysia dan Thailand. Jawatankuasa-jawatankuasa lain adalah Jawatankuasa Perisikan Negara, Jawatankuasa Perancang Gerakan, Jawatankuasa Geraksaraf dan Perangsaraf, Jawatankuasa Kawalan Ketenteraman Awam, Jawatankuasa Am Sempadan (Malaysia-Thailand dan Malaysia-Indonesia) dan Jawatankuasa Kawalan Keganasan.

Tanggungjawab terhadap jawatankuasa-jawatankuasa ini dijalankan oleh sepuluh bahagian yang ditubuhkan di bawah MKN. MKN diketuai oleh Setiausaha dan dibantu oleh Timbalan Setiausaha. Struktur pengurusan atasan ini disokong oleh Penasihat Undang-Undang, Juruaudit Dalaman dan Setiausaha-Setiausaha Bahagian. Satu lagi unit khas MKN adalah Pasukan Petugas Khas Persekutuan untuk Sabah dan Labuan (PPKP S/L) yang ditubuhkan khusus bagi pengurusan pendatang asing tanpa izin di sana. Bagi memastikan keselamatan negara adalah dikendalikan secara holistik, setiap negeri di Malaysia mempunyai Majlis Keselamatan Negara peringkat negeri yang diketuai oleh Setiausaha Keselamatan Negeri dan Setiausaha Keselamatan Daerah (SKD) bagi daerah-daerahnya. Mekanisme ini akan menyediakan MKN dengan kapasiti yang efektif bagi menangani apa jua isu berkaitan keselamatan daripada peringkat akar umbi.

Terdapat 21 arahan dikeluarkan oleh MKN sejak tahun 1971. Arahan yang kerap digunakan adalah Arahan MKN No. 20 yang menggariskan dasar dan mekanisme pengurusan dan bantuan bencana negara. Arahan ini digubal berikutan beberapa peristiwa bencana termasuk tragedi Highland Towers pada Mei 1994.

Antara arahan MKN yang terbaru adalah Arahan MKN No. 21 yang menggariskan mekanisme pengurusan ancaman ketenteraman awam. Ancaman-ancaman ketenteraman awam boleh menjadi pemangkin kepada sesuatu yang lebih berbahaya dan mengancam kestabilan dan keselamatan negara. Dalam arahan ini, ancaman ketenteraman awam adalah ditakrifkan sebagai insiden atau rusuhan-rusuhan sama ada dirancang atau dengan spontan yang dicetuskan oleh kumpulan agama, politik, perkauman, ekonomi atau sosial.

Arahan MKN yang baru akan dikeluarkan dari semasa ke semasa bagi menghadapi ancaman dan cabaran keselamatan pada masa kini dan mendatang seperti ancaman non-traditional antaranya hak asasi manusia, pemanasan global, ancaman ekonomi dan jenayah rentas sempadan.









   

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri merupakan badan kepimpinan negeri yang bertindak menjalankan pemerintahan atau membuat dasar bagi sesebuah negeri di Malaysia. Sebagai perbandingan dengan Kerajaan Persekutuan, fungsinya serupa dengan barisan kabinet. Setiap ahli majlis ini memegang portfolio atau tugas-tugas tersendiri. Ahli majlis dilantik oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri bagi setiap negeri.
Wilayah Persekutuan yang tidak mempunyai Dewan Undangan Negeri tidak mempunyai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Di Sarawak dan Sabah, barisan ini dipanggil kabinet negeri.

Senarai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

Majlis Tanah Negara

 
(1) Maka hendaklah ada suatu Majlis Tanah Negara yang terdiri daripada seorang Menteri sebagai pengerusi, seorang wakil dari setiap Negeri yang hendaklah dilantik oleh Raja atau Yang di-Pertua Negeri, dan apa-apa bilangan wakil Kerajaan Persekutuan yang dilantik oleh Kerajaan Persekutuan tetapi, tertakluk kepada Fasal (5) Perkara 95E, bilangan wakil Kerajaan Persekutuan tidak boleh melebihi sepuluh.

(2) Pengerusi boleh mengundi atas apa-apa soal di hadapan Majlis Tanah Negara tetapi tidaklah mempunyai undi pemutus.

(3) Majlis Tanah Negara hendaklah dipanggil bermesyuarat oleh pengerusi seberapa kerap yang difikirkannya perlu tetapi sekurang-kurangnya satu mesyuarat hendaklah diadakan pada tiap-tiap tahun.

(4) Jika pengerusi atau seseorang wakil sesuatu Negeri atau Kerajaan Persekutuan tidak dapat hadir dalam sesuatu mesyuarat, maka pihak berkuasa yang melantiknya itu boleh melantik seorang lain untuk mengambil tempatnya dalam mesyuarat itu.

(5) Menjadi kewajipan Majlis Tanah Negara untuk membentuk, dari semasa ke semasa, dengan berunding dengan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan-Kerajaan Negeri dan Majlis Kewangan Negara suatu dasar negara untuk memajukan dan mengawal penggunaan tanah di seluruh Persekutuan bagi perlombongan, pertanian, perhutanan atau apa-apa maksud lain, dan untuk mentadbirkan mana-mana undang-undang yang berhubungan dengannya; dan Kerajaan-Kerajaan Persekutuan dan Negeri hendaklah mengikuti dasar yang dibentuk sedemikian.

(6) Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana Negeri boleh merundingi Majlis Tanah Negara berkenaan dengan apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan penggunaan tanah atau berkenaan dengan apa-apa perundangan yang dicadangkan mengenai tanah atau pentadbiran mana-mana undang-undang yang sedemikian, dan menjadi kewajipan Majlis Tanah Negara untuk menasihati Kerajaan itu mengenai mana-mana perkara yang sedemikian.

Majlis Kewangan Negara



(1) Maka hendaklah ada suatu Majlis Kewangan Negara yang terdiri daripada Perdana Menteri, mana-mana Menteri lain yang ditetapkan oleh Perdana Menteri, dan seorang wakil dari setiap Negeri yang dilantik oleh Raja atau Yang di-Pertua Negeri.

(2) Majlis Kewangan Negara hendaklah dipanggil bermesyuarat oleh Perdana Menteri seberapa kerap yang difikirkannya perlu dan apabila wakil-wakil dari tiga Negeri atau lebih menghendaki diadakan mesyuarat, tetapi sekurang-kurangnya satu mesyuarat hendaklah diadakan pada tiap-tiap dua belas bulan.

(3) Dalam mana-mana mesyuarat Majlis Kewangan Negara, Perdana Menteri boleh diwakili oleh seorang Menteri Persekutuan yang lain, dan Perdana Menteri atau, jika Perdana Menteri tidak hadir, Menteri yang mewakilinya itu, hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu.

(4) Menjadi kewajipan Kerajaan Persekutuan untuk berunding dengan Majlis Kewangan Negara berkenaan dengan--
(a) pemberian yang dibuat oleh Persekutuan kepada Negeri-Negeri;
(b) penyerahhakan kepada Negeri-Negeri keseluruhan atau apa-apa bahagian hasil daripada apa-apa cukai atau fi persekutuan;
(c) keperluan pinjaman tahunan Persekutuan dan Negeri-Negeri dan penjalanan kuasa meminjam Persekutuan dan Negeri-Negeri itu;
(d) pembuatan pinjaman kepada mana-mana Negeri itu;
(e) pembuatan rancangan pembangunan mengikut Perkara 92;
(f) perkara-perkara yang disebut dalam Butiran 7(f) dan (g) Senarai Persekutuan;
(g) apa-apa cadangan untuk membawa Rang Undang-Undang bagi suatu undang-undang yang disebut dalam Fasal (2) Perkara 109 atau Fasal (3) atau (3A) Perkara 110;
(h) apa-apa perkara lain yang berkenaan dengannya Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan membuat peruntukan bagi mengadakan rundingan dengan Majlis Kewangan Negara.
(5) Kerajaan Persekutuan boleh merundingi Majlis Kewangan Negara berkenaan dengan apa-apa perkara lain, sama ada atau tidak perkara itu melibatkan soal kewangan, dan kerajaan sesuatu Negeri boleh merundingi Majlis tersebut berkenaan dengan apa-apa perkara yang menyentuh kedudukan kewangan Negeri itu.

Tribunal Tuntutan Pembeli Perumahan

Tribunal Tuntutan Pembeli Perumahan (TTPP) merupakan satu badan bebas yang ditubuhkan
 ekoran pindaan kepada Enakmen Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1978
 sebagaimana yang diperuntukan dibawah Seksyen 19A, Bahagian VII, Enakmen Pemajuan 
Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) (Pindaan) 2005 yang berkuatkuasa mulai 2 Julai 2007.
Objektif 
TTPP menyediakan alternatif untuk mendengar dan mengadili tuntutan pembeli rumah yang
 menuntut gantirugi/pampasan daripada pemaju perumahan dengan cara yang lebih
 mudah, murah dan mesra.
Piagam Pelanggan  
Semua kes tuntutan perumahan yang diterima akan diselesaikan dalam tempoh 60 hari bekerja dari tarikh pemfailan dengan syarat semua dokumen tuntutan lengkap dan teratur.
Peraturan Pemfailan
  • Pihak menuntut mendaftarkan kes dengan mengisi Borang 1 dalam empat salinan 
  • serta melampirkan asas-asas tuntutan dengan bayaran fi sebanyak RM50.
  • Selepas Borang 1 didaftarkan di pejabat TTPP pihak menuntut perlu menyerahkan 
  • sendiri satu salinan Borang 1 kepada Pihak Pemaju.
  • Pihak Pemaju boleh memfailkan pembelaan dalam Borang 2 (4 salinan) beserta
  •  bayaran fi sebanyak RM50 dalam tempoh 14 hari selepas Borang 1 diserahkan
  •  kepadanya.
  • Pihak yang menuntut boleh memfailkan pembelaan kepada tuntutan balas jika perlu 
  • dalam Borang 3.
Peraturan Pendengaran
  • Tribunal boleh menggalakkan pihak-pihak yang menuntut untuk membuat pengantaraan 
  • sebelum pendengaran, dengan mengadakan perbincangan awal secara tidak rasmi
  •  dengan pihak-pihak yang terlibat.

  • Apabila sepersetujuan telah dicapai, pengantara boleh membantu pihak-pihak untuk
  •  meringkaskan dengan jelas persetujuan itu secara bertulis atau boleh menyediakan
  •  suatu ringkasan persetujuan itu bagi tandatangan kedua-dua pihak dan Tribunal 
  • hendaklah seterusnya merekodkan terma-terma persetujuan itu sebagai award.

  • Jika tiada persetujuan dicapai, maka Tribunal akan mengadakan pendengaran dengan 
  • mengeluarkan notis pendengaran (Borang 4) yang menyatakan tarikh, masa dan tempat 
  • pendengaran tuntutan kepada pihak yang menuntut dan pemaju perumahan 
  •  sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh pendengaran.

  • Semasa pendengaran, pihak yang menuntut dan pemaju perumahan tidak boleh 
  • diwakili peguam.

  • Jika mana-mana pihak ingin memanggil saksi bagi menyokong tuntutan masing-masing, 
  • nama saksi haruslah dikemukakan kepada Tribunal selewat-lewatnya 7 hari 
  • sebelum tarikh pendengaran.

  • Selesai proses pendengaran, Tribunal akan membuat perintah dan mengeluarkan Award.

  • Award ini hendaklah dipatuhi dalam tempoh yang ditetapkan oleh Presiden Tribunal.

  • Kegagalan mematuhi Award ini adalah menjadi satu kesalahan jenayah, jika
  •  disabitkan kesalahan boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000 
  • atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali serta boleh 
  • didenda tidak melebihi RM1,000 bagi setiap hari kelewatan selepas sabitan.
Persoalan yang sering diadukan oleh pembeli rumah di Tribunal
  • Apakah bidang kuasa tempatan Tribunal?
    - Tribunal boleh mendengar sebarang kes tuntutan yang hanya melibatkan
  •  projek-projek perumahan yang dijalankan di Sabah sahaja.

  • Apakah bentuk tuntutan yang boleh difailkan di Tribunal?
    - Terdapat dua bentuk tuntutan yang boleh difailkan di Tribunal iaitu :

    i. Tuntutan Teknikal
    ii. Tuntutan Bukan Teknikal.

    Tuntutan Teknikal : Tuntutan Teknikal merangkumi kecacatan mutu kerja 
  • atau tidak mematuhi spesifikasi sebagaimana yang dinyatakan di dalam 
  • Perjanjian Jual Beli (S&P).

    Tuntutan Bukan Teknikal: Tuntutan bukan teknikal merupakan tuntutan selain 
  • dari perkara di atas sebagai contoh: gantirugi bagi kelewatan penyerahan 
  • milikan kosong (Late delivery of Vacant Possession) oleh pemaju.

  • Jika sesuatu projek perumahan itu terbengkalai, bolehkah pembeli
  •  rumah itu memfailkan tuntutan di tribunal?

    - Tidak, ini kerana tuntutan tersebut masih 'premature'. Tuntutan hanya
  •  boleh dibuat setelah rumah berkenaan disiapkan dan milikan kosong
  •  telah diserahkan kepada pembeli. Aduan perkara ini boleh dibuat terus 
  • kepada Unit Kawalan Perumahan dengan menghubungi nombor 088-270526 atau 088-270527.

  • Apakah dokumen-dokumen yang perlu disertakan semasa Tuntutan
  •  (claim) itu difailkan?

    1. Salinan Perjanjian Jual-Beli (S&P).
    2. Surat Penyerahan Milikan Kosong (Delivery of vacant Possession)
    3. /Surat Penyerahan Kunci (Key letter).
    4. Sijil Kelayakan Menduduki (Certificate of Fitness for Occupation (CFO)).
    5. Surat Notis Tuntutan yang dibuat oleh pembeli rumah kepada pemaju (jika ada).
    6. Lain-lain Dokumen yang boleh menyokong tuntutan.
  • Jika pembeli meminjam dari institusi Kewangan atau Kerajaan Malaysia, 
  • perlukah beliau mendapatkan persetujuan sebelum memulakan tindakan 
  • atau menjadikan Pihak Berkenaan sebagai satu pihak dalam tuntutan?

    - Tidak perlu. Pembeli boleh membawa tuntutan di atas nama beliau sendiri.

  • Sekiranya pembeli rumah dipaksa bersetuju secara bertulis untuk 
  • menerima sejumlah pampasan oleh pemaju, bolehkah pembeli 
  • berkenaan menuntut sejumlah baki yang sepatutnya dibayar oleh 
  • pemaju di Tribunal?

    - Boleh. Sekiranya masih boleh memenuhi syarat-syarat-

  • Apakah butir-butir yang diperlukan dalam pengiraan jumlah
  •  tuntutan gantirugi bagi kelewatan penyerahan milikan kosong (late delivery of vacant Possession)?

    1. Tarikh perjanjian Jual Beli.
    2. Tarikh Penyiapan rumah yang dijanjikan dalam perjanjian Jual Beli.
    3. Tarikh Sijil kelayakan menduduki (Certificate of Fitness for occupation (CFO)
    4. Peratus (%) bayaran gantirugi yang dijanjikan dalam perjanjian Jual Beli.
    5. Harga rumah.

Bagaimanakah mengira jumlah tuntutan gantirugi bagi kelewatan penyerahan milikan kosong (late delivery of vacant Possession)?
Peratus (%) x harga rumah x jumlah hari lewat = Jumlah tuntutan gantirugi
                                 365
  • Bolehkah pembeli rumah membuat tuntutan sekiranya tuntutan yang serupa sudah dibuat di Mahkamah Tribunal Pengguna atau di Mahkamah Sivil?

    - Tidak

Tribunal Tuntutan Pengguna


1. Latar Belakang
1.1 Tribunal Tuntutan Pengguna adalah satu badan yang telah ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang mula berkuatkuasa pada 15 November 1999.
1.2 Bahagian XII Akta mengandungi 38 Seksyen yang menyentuh tentang berbagai aspek Tribunal seperti keanggotaan Tribunal, bidangkuasa Tribunal, prosiding Tribunal, award-award Tribunal dan sebagainya.
2. Objektif Penubuhan Tribunal.
2.1 Tribunal Tuntutan Pengguna adalah merupakan sebuah badan bebas untuk mendengar dan mengadili tuntutan-tuntutan pengguna yang dibuat di bawah Akta dan tertakluk kepada peruntukan Akta Perlindungan Pengguna 1999.
2.2 Sebelum penubuhan Tribunal ini, segala tuntutan gantirugi oleh seorang pengguna terhadap seorang pembekal atau pengilang terpaksa di bawa ke Mahkamah Sivil di mana ia melibatkan prosedur yang rumit, kos yang tinggi dan mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan. Ini adalah di antara sebab-sebab mengapa pengguna tidak berminat untuk membuat tuntutan di Mahkamah terhadap pembekal atau pengilang yang tidak bertanggungjawap terutamanya jika sekiranya amaun yang dituntut adalah kecil, walaupun pada masa ini sudah ada Mahkamah Tuntutan Kecil di setiap negeri untuk mendengar tuntutan-tuntutan yang tidak melebihi RM5,000.00.
2.3 Memahami hakikat ini Tribunal Tuntutan Pengguna telah ditubuhkan bagi menyediakan satu saluran atau kemudahan alternatif kepada seorang pengguna untuk menuntut gantirugi dan pampasan daripada seorang pembekal atau pengilang dengan cara mudah, murah dan cepat.
3. Keanggotaan Tribunal
3.1 Seksyen 86 Akta memperuntukkan bahawa Tribunal hendaklah dianggotai oleh seorang pengerusi dan seorang timbalan pengerusi (terdiri daripada pegawai-pegawai daripada Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan) dan tidak kurang daripada 5 orang anggota Tribunal yang lain dilantik oleh Menteri.
4. Bidang Kuasa Tribunal
4.1 Tribunal mempunyai bidang kuasa mendengar -(a) apa-apa tuntutan mengenai apa-apa perkara yang mempunyai bidang kuasa untuk mendengar seperti yang diperuntukkan di bawah Akta;
(b) di mana jumlah amaun yang dituntut tidak melebihi RM25,000.00;
(c) apa-apa perkara lain yang ditetapkan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.
4.2 Bidang kuasa Tribunal hendaklah dilaksanakan oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan mana-mana anggota yang dipilih oleh Pengerusi yang akan bersidang sendirian.
5. Batasan Bidang Kuasa
5.1 Tribunal tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar apa-apa tuntutan:
(a) yang berbangkit daripada kecederaan diri atau kematian;
(b) bagi mendapatkan kembali tanah atau apa-apa estet atau kepentingan mengenai tanah;
(c) yang mempersoalkan hakmilik-hakmilik tanah atau estet atau kepentingan mengenai tanah atau apa-apa francais; dan
(d) yang mengandungi pertikaian mengenai -
i. hak di bawah satu wasiat atau peruntukan, atau disebabkan kematian tak berwasiat;
ii. nama baik (good will);
iii. apa-apa hak dalam tindakan;
iv. rahsia perdagangan atau harta intelek lain
(e) apabila mana-mana tribunal telah ditubuhkan melalui mana-mana undang-undang bertulis lain untuk mendengar dan memutuskan tuntutan-tuntutan tentang perkara yang menjadi hal perkara tuntutan itu.
5.2 Bidang kuasa Tribunal hendaklah terhad kepada suatu tuntutan yang berasaskan pada suatu kuasa tindakan yang terakru dalam masa tiga tahun dari tuntutan itu.
6. Jenis-Jenis Tuntutan Yang Boleh Dikemukakan Ke Tribunal.
(a) Perlakuan mengelirukan dan memperdaya, representasi palsu dan amalan tak saksama, iaitu:
i. perlakuan mengelirukan dan memperdaya berkaitan dengan jenis, proses pengilangan, kesesuaian, kualiti dan kuantiti;
ii. gambaran yang mengelirukan mengenai harga;
iii. tawaran pemberian, hadiah atau benda percuma lain dengan niat untuk tidak mengadakannya;
iv. tuntutan-tuntutan lain mengelirukan seperti:
-selagi stok masih ada;
-barang-barang adalah terhad; dan sebagainya.
v. menerima bayaran tanpa niat untuk membekal barang atau perkhidmatan;
iv. kontrak perkhidmatan hadapan bagi perkhidmatan yang akan diadakan atas dasar berterusan.
(b) Keselamatan barang dan perkhidmatan:
i. standard keselamatan berkaitan dengan apa-apa barang atau kelas barang;
ii. standard keselamatan berkaitan dengan apa-apa perkhidmatan atau kelas perkhimatan.
(c) Hak terhadap pembekal berkenaan dengan gerenti tersirat berkaitan dengan pembekalan barang-barang:
i. mengenai hakmilik;
ii. mengenai kualiti boleh terima;
iii. mengenai kesesuaian bagi maksud tertentu;
iv. bahawa barang mematuhi perihal;
v. bahawa barang mematuhi sample;
vi. mengenai harga munasabah;
vii. mengenai pembaikan dan barang ganti.
(d) Hak terhadap pembekal berkenaan dengan gerenti tersirat berkaitan dengan pembekal perkhidmatan:
i. mengenai ketelitian dan kemahiran munasabah;
ii. mengenai kesesuaian bagi maksud tertentu;
iii. mengenai masa siap munasabah;
iv. mengenai harga munasabah.
(e) Hak terhadap pengilang berkenaan dengan gerenti nyata berkaitan dengan pembekalan barang-barang:
i. mengenai kualiti prestasi atau ciri-ciri barang;
ii. mengenai pemberian perkhidmatan yang diperlukan;
iii. mengenai kebolehdapatan barang yang serupa pada masa hadapan;
iv. mengenai pemulangan wang balasan sekiranya barang tidak memenuhi apa-apa akujanji oleh penggerenti.
(f) Hak terhadap pengilang berkenaan dengan gerenti tersirat berkaitan dengan pembekalan barang-barang:
i. mengenai kualiti yang boleh diterima;
ii. bahawa barang mematuhi;
iii. mengenai pembaikan dan barang ganti.
Untuk tujuan perenggan-perenggan di atas, perkataan 'barang' ertinya barang yang terutamanya dibeli atau digunakan bagi maksud diri, rumah tangga atau isi rumah, dan termasuklah -
(a) barang yang dipasang pada, atau digabungkan dalam, apa-apa harta tak alih atau harta alih;
(b) haiwan, termasuk ikan;
(c) vesel atau kenderaan;
(d) kemudahan; dan
(e) pokok, tumbuhan-tumbuhan dan tanaman sama ada atau tidak di atas, di bawah atau terlekat pada tanah, tetapi tidaklah termasuk hak dalam tindakan, termasuk surat cara boleh niaga, syer, debentur dan wang.
Perkataan 'pengguna' ertinya seorang yang:
(a) memperoleh atau menggunakan barang atau perkhidmatan daripada jenis yang pada lazimnya diperoleh bagi maksud, kegunaan atau penggunaan diri, rumah tangga dan isi rumah; dan
(b) tidak memperoleh atau menggunakan barang atau perkhidmatan itu, terutamanya maksud:
i. membekalkannya semula secara perdagangan;
ii. menggunakannya dalam perjalanan suatu proses pengilangan; atau
iii. dalam hal barang, membaiki atau mengolah, secara perdagangan, barang lain atau lekapan pada tanah.
Perkataan 'perkhidmatan' termasuklah apa-apa hak, faedah, keistimewaan atau kemudahan yang atau yang akan, diberikan atau dianugerahkan di bawah apa-apa kontrak tetapi tidaklah termasuk hak, faedah atau keistimewaan dalam bentuk pembekalan barang atau pelaksanaan kerja di bawah suatu perkhidmatan, atau apa-apa perkhidmatan yang dibekalkan atau akan dibekalkan oleh ahli profesional yang dikawal selia oleh mana-mana undang-undang bertulis (seperti doktor, peguam atau akitek) atau perkhidmatan jagaan kesihatan yang dibekalkan oleh profesional jagaan kesihatan atau kemudahan jagaan kesihatan (seperti perkhidmatan perubatan, pergigian, kejururawatan, perbidanan, farmasi dan ambulans dan sebagainya.)
7. Tatacara Tuntutan
7.1 Tatacara mengenai pemfailan, pendaftaran dan pendengaran tuntutan di Tribunal telah ditetapkan di bawah Bahagian XII Akta serta Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Tribunal Tuntutan Pengguna) 1999 yang dibuat oleh Menteri di bawah seksyen 122 Akta.
7.2 Tertakluk kepada Akta ini dan Peraturan-Peraturan tersebut di atas, Tribunal juga boleh menerima pakai apa-apa tatacara yang difikirkan patut dan wajar.
8. Tatacara Pemfailan Dan Pendaftaran
9. Tatacara Pendengaran
9.1 Apabila suatu tuntutan difailkan di Tribunal, notis pendengaran akan dikeluarkan oleh Setiausaha atau Penolong Setiausaha Tribunal dalam Borang 4 yang menyatakan tarikh, masa dan tempat pendengaran tuntutan kepada pihak yang menuntut dan penentang sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh pendengaran.
9.2 Semasa pendengaran, pihak yang menuntut dan penentang tidak boleh diwakili oleh peguam dan hendaklah mengendalikan pendengaran secara sendiri.
9.3 Jika pihak yang menuntut seorang belum dewasa, atau seorang yang tidak berupaya, beliau boleh diwakili oleh sahabat wakil atau penjaga ad litemnya.
9.4 Jika pihak penentang adalah firma atau syarikat, ianya boleh diwakili oleh seorang pekerjanya yang digaji sepenuh masa.
9.5 Pendengaran tuntutan dalam Tribunal akan dijalankan di hadapan seorang anggota Tribunal (digelar sebagai 'Presiden' semasa pendengaran) yang bersidang sendirian dan beliau boleh pada bila-bila masa membantu kedua-dua pihak dalam menjalankan kes mereka.
9.6 Semasa pendengaran Tribunal hendaklah wajar membantu kedua-dua pihak untuk membuat suatu penyelesaian tuntutan itu melalui persetujuan.
9.7 Semasa pendengaran, kedua-dua pihak berhak untuk mengemukakan keterangan, memanggil mana-mana saksi atau mengemukakan apa-apa dokumen, rekod atau benda bagi menyokong kes masing-masing.
9.8 Semua pendengaran dihadapan Tribunal adalah terbuka kepada orang ramai.
10. Award Tribunal
10.1 Tribunal hendaklah, jika dapat dilaksanakan membuat awardnya dalam enam puluh hari dari hari pertama pendengaran bermula di hadapan di hadapan Tribunal.
10.2 Dalam pendengaran yang dijalankan. Tribunal boleh membuat satu daripada award yang berikut atau lebih:
(a) supaya suatu pihak kepada prosiding itu membayar wang kepada mana-mana pihak yang lain;
(b) supaya barang dibekalkan atau dibekalkan semula;
(c) supaya barang yang dibekalkan atau yang dibekalkan semula kepada pengguna diganti atau dibaiki;
(d) supaya harga atau apa-apa balasan lain yang telah dibayar dibekalkan oleh pengguna atau mana-mana orang lain dibayar balik kepada pengguna atau orang itu;
(e) supaya sesuatu pihak mematuhi gerenti;
(f) supaya wang diawardkan untuk memberikan pampasan bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang ditanggung oleh orang yang menuntut;
(g) supaya kontrak itu diubah atau diketepikan pada keseluruhan atau sebahagiannya;
(h) supaya kos (tidak melebihi RM200.00) untuk atau terhadap mana-mana pihak dibayar;
(i) supaya bunga dibayar di atas apa-apa jumlah wang atau award kewangan pada kadar tidak melebihi 8setahun;
(j) bahawa tuntutan itu ditolak.
11. Penguatkuasaan Award
11.1 Tiap-tiap penyelesaian yang dipersetujui dan direkodkan oleh Tribunal dan tiap-tiap award yang dibuat oleh Tribunal dalam sesuatu prosiding adlah muktamad dan mengikat semua pihak kepada prosiding itu.
11.2 Tiap-tiap award yang dibuat oleh Tribunal hendaklah disifatkan sebagai perintah Mahkamah Majistret dan boleh dikuatkuasakan oleh mana-mana pihak kepada prosiding di Mahkamah Majistret yang mempunyai bidang kuasa di tempat award diperolehi.
12. Penalti Jenayah Kerana Gagal Untuk Patuh
Mana-mana pihak yang gagal mematuhi award selepas 14 hari dari tarikh award dibuat oleh Tribunal adalah melakukan suatu kesalahan jenayah dan jika disabitkan bolehlah -.
(a) didenda tidak melebihi RM5,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya;
(b) jika kesalahan itu berterusan pesalah boleh, sebagai tambahan kepada penalti diatas, didendantidak melebihi RM1,000.00 bagi setiap hari atau sebahagian hari selama mana kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
13. Penutup
Penubuhan Tribunal Tuntutan Pengguna adalah bertujuan untuk memberi satu saluran atau kemudahan alternatif selain daripada Mahkamah untuk seorang pengguna mendapatkan gantirugi dan pampasan yang sewajarnya daripada seorang pembekal atau pengilang dengan prosedur yang mudah, murah dan cepat. Dengan ini diharapkan pengguna akan menggunakan perkhidmatan Tribunal Tuntutan Pengguna sepenuhnya untuk melindungi hak dan kepentingan mereka sebagai pengguna.