Konsep Negara dan Ciri-Ciri Negara Berdaulat


KONSEP NEGARA
1.       ada sempadan
2.       ada sistem pemerintahan
3.       ada rakyat/pemastautin tetap
·         Sempadan
1.       negara yang beradaulat ada sempadan yang jelas
2.       sempadan membolehkan negara yang beradaulat ditadbir dengan sistematik
3.       sempadan menentukan bidangkuasa politik,ekonomi dan mobiliti sosial negara yang berdaulat
·         Sistem pemerintahan
1.       komponen utama negara yang berdaulat ialah badan perundangan,badan eksekutif,dan badan kehakiman
·         Rakyat
·         persamaan bangsa,agama,budaya dan bahasa melahirkan semangat nasionalisme yang tinggi
·         gagasan 1 Malaysia bertujuan satupadukan rakyat
CIRI-CIRI NEGARA BERDAULAT
1.       merdeka
2.       berkuasa
3.       berwibawa
4.       beridentiti
·         Merdeka
1.       bebas daripada belenggu penjajah
2.       bebas membuat keputusan
·         Berkuasa sendiri
1.       berkuasa membuat keputusan
2.       perlembagaan membahagikan kuasa kepada 3 badan iaitu perundangan,eksekutif dan kehakiman
3.       setiap badan tidak boleh dipengaruhi atau dicampuri
4.       badan eksekutif dipilih melalui pilihanraya
5.       badan perundangan yang gubal undang-undang ialah Dewan Rakyat dan Dewan Negara,
6.       badan kehakiman menentukan hukuman ke atas pelanggaran undang-undang
·         Berwibawa
1.       berupaya mempengaruhi dan menguasai rakyat
2.       memiliki kuasa politik yang stabil
3.       mampu menjamin keamanan dan  keselamatan rakyat
4.       mempunyai kekuatan ekonomi
5.       mempunyai modal insan yang berkualiti
6.       ada perpaduan kaum
·         Beridentiti sendiri
1.       contohnya Malaysia negara Islam sederhana
2.       Malaysia bersahabat dengan semua negara
3.       Malaysia berkecuali, tidak menyokong mana-mana blok kuasa besar
4.       asasnya ialah bendera,jata negara dan lagu kebangsaan