Sekatan-Sekatan Terhadap Hak Asasi


SEKATAN-SEKATAN TERHADAP KEBEBASAN HAK ASASI
Kerajaan berkuasa untuk menahan dan menghukum sesiapa yang mengancam keselamatan negara (Undang-undang subversif)
Kerajaan berkuasa untuk mengenakan perintah berkurung dan menembak serta membunuh sesiapa yang mengingkari undang-undang darurat tanpa perbicaraan (Undang-undang Darurat)
Para pelajar dilarang bergerak aktif dalam politik (Akta Universiti dan Kolej Universiti)
Tidak boleh membocorkan rahsia kerajaan (Akta Rahsia Rasmi)
Badan-badan penerbitan dan media elektronik tiada kebebasan untuk membangkitkan isu-isu sensitive yang boleh mengancam keselamatan negara (Akta Mesin Cetak dan Penerbitan)
Rakyat dilarang menabur fitnah dan membangkitkan isu sensitif, iaitu hak istimewa orang Melayu,bahasa,kuasa raja dan kewarganegaraan (Akta Hasutan dan Penerbitan)
Berkuasa untuk mengawal kemasukan rakyat dari Semenanjung  Malaysia ke Sabah dan Sarawak (Hak Istimewa Sabah dan Sarawak)