Kuasa Pemerintah Negara


SISTEM & STRUKTUR PEMERINTAHAN MALAYSIA
YDPA-raja berperlembagaan
Badan eksekutif-PM dan kabinet
Badan perundangan-parlimen
Badan kehakiman-mahkamah
SISTEM PEMERINTAHAN
Malaysia ialah sebuah negara persekutuan
Ketua negara ialah YDPA
Sistem pemerintahan ialah demokrasi berparlimen
Agama Islam ialah agama rasmi
Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan
YDPA berada di kemuncak Badan Perundangan,Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman
JENTERA PENTADBIRAN NEGARA
YDPA
Majlis Raja-Raja
Badan pemerintah(eksekutif,perundangan,kehakiman)
Ketua audit negara
Suruhanjaya-suruhanjaya
YANG  DI PERTUAN AGONG
Ketua negara persekutuan
Hanya boleh didakwa di Mahkamah Khas
Raja Permaisuri Agong menduduki tempat kedua selepas YDPA
Berkuasa dalam memelihara adat istiadat orang Melayu
Mengetuai pentadbiran agama Islam di negeri baginda
Ketua agama Islam di Pulau Pinang,Sabah,Sarawak dan Wilayah Persekutuan
Kuasa pemerintahan terletak di tangan YDPA tetapi kuasa eksekutif dijalankan oleh Perdana Menteri dan kabinetnya
Kuasa setakat diperuntukkan oleh Perlembagaan
Menjadi Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia dengan kuasanya dilaksanakan oleh Majlis Angkatan Tentera
Mengisytiharkan darurat apabila keselamatan negara terancam
Memperkenankan rang undang-undang yang digubal di Parlimen sebelum menjadi undang-undang yang sah
KUASA BUDI BICARA YDPA
Melantik Perdana Menteri
Memperkenan atau tidak permintaan Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen
Meminta mesyuarat Raja-Raja Melayu diadakan bagi membincangkan perkara berkaitan dengan kedudukan,keistimewaan dan kehormatan Raja-Raja Melayu