Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)


Akta SPAN bertujuan untuk mewujudkan badan kawal selia yang mantap di peringkat nasional bagi industri perkhidmatan air negara. Ia mengandungi enam Bahagian dan 44 Seksyen. Bahagian-bahagian berkenaan adalah seperti berikut:
Bahagian I

Bahagian ini memberi kuasa kepada Y.B. Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi untuk menentukan tarikh berkuat kuasanya Akta ini dan juga ianya terpakai hanya kepada Semenanjung Malaysia, Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya.

Bahagian II

Bahagian ini memperincikan penubuhan SPAN termasuk peruntukan mengenai kuasa Y.B Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi untuk melantik anggota SPAN yang terdiri daripada seorang pengerusi, seorang ketua pegawai eksekutif dan tidak kurang daripada lapan tetapi tidak melebihi daripada 10 orang anggota SPAN yang lain.

Bahagian III

Bahagian ini menyentuh mengenai fungsi dan kuasa SPAN termasuk kuasa kepada Y.B Menteri Tenaga, Air Dan Komunikasi untuk memberi arahan kepada SPAN.

Bahagian IV

Bahagian ini menyentuh mengenai peruntukan yang berhubung dengan pekerja-pekerja SPAN termasuk tugas-tugas yang perlu dilaksanakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SPAN dan pelantikan pekerja-pekerja serta syarat perkhidmatan.

Bahagian V

Bahagian ini berkaitan dengan penubuhan Kumpulan Wang Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara dan perbelanjaan yang dipertanggungjawabkan kepada Kumpulan Wang tersebut. Ianya juga memperuntukkan kuasa untuk meminjam oleh SPAN dan pelaburan yang boleh dilakukan oleh Kumpulan Wang Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara tertakluk kepada kelulusan Y.B Menteri Kewangan.