Mahkamah Jenayah Antarabangsa


Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) ditubuhkan pada 2002 sebagai satu tribunal tetap untuk membicarakan kes pembasmian kaum, jenayah hak asasi manusia, jenayah perang, jenayah kekerasan dan sebagainya. Mahkamah ini bermula pada 1 Julai 2002 apabila perjanjian Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa mula berkuatkuasa.[1]
Pejabat rasmi mahkamah ialah di The Hague, Belanda tetapi perbicaraan boleh diadakan di mana-mana lokasi jika difikirkan perlu, cekap, cepat dan selamat.[2] Mahkamah ini berbeza dengan Mahkamah Keadilan Antarabangsa / mahkamah dunia. Mahkamah Keadilan Antarabangsa dikendalikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menyelesaikan pertikaian / krisis antara dua negara.
Setakat Februari 2012, 120 negara telah menjadi ahli / mengiktiraf Mahkamah Jenayah Antarabangsa. Sebanyak 32 negara belum menandatangani Statut Rome, termasuklah China, India dan Amerika Syarikat kerana banyak mengkritik kelemahan Mahkamah Jenayah Antarabangsa ini yang tidak memenuhi citarasa dan keperluan mereka.
Sehingga kini, mahkamah ini telah memulakan tujuh siasatan berhubung situasi di Afrika: Utara Uganda, Konflik Darfur, Republik Demokratik Congo, Republik Afrika Tengah, Republik Kenya, Libya dan Côte d'Ivoire.
Setakat Mac 2012, perbicaraan Lubanga berkaitan situasi di RD Congo telah berakhir dengan tertuduh didapati bersalah pada 14 Mac 2012. Ia merupakan keputusan pertama mahkamah ini sejak ia ditubuhkan.[3] Hukuman dan pampasan akan dibincangkan kemudian.
Sejarah
Pada 1948 selepas Perbicaraan Nuremberg, Tribunal Tokyo Perhimpunan Agung PBB telah mengiktiraf mahkamah tetap antarabangsa untuk menyelesaikan / membicarakan jenayah semasa Perang Dunia Kedua. Di atas permintaan Perhimpunan Agung PBB, Jawatankuasa Undang-Undang Antarabangsa telah merangka dua draf pada awal 1950-an tetapi terbantut akibat Perang Dingin.
A. N. R. Robinson yang kemudian menjadi Perdana Menteri Trinidad dan Tobago telah mengungkit semula penubuhan Mahkamah Jenayah Antarabangsa semasa Perhimpunan Agung PBB ke-44 pada 1989 kerana jenayah pengedaran dadah antabangsa semakin tidak terkawal. Kemudian mahkamah ini dibentuk secara ad hoc untuk cuba membicarakan kes jenayah bekas Yugoslavia dan Rwanda.
Statut Rome
Selepas perundingan, persidangan yang diadakan di Rome, Itali pada Jun 1998 setuju untuk membuat keputusan akhir. Pada 17 Julai 1998 Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa telah diundi dengan 120 setuju, 7 menentang dan 21 berkecuali. Tujuh negara yang menentang itu ialah Iraq, Israel, Republik Rakyat China, Qatar, Amerika Syarikat dan Yaman.
Statut Rome berjaya ditandatangani pada 11 April 2002 dengan asalnya 60 negara sahaja.[1] Mahkamah Jenayah Antarabangsa hanya boleh boleh berfungsi selepas tarikh itu.
Peringkat awal, 18 hakim dipilih pada Februari 2003. Mereka memulakan sesi pada 12 Mac 2003. Isu waran tangkap menjadi isu pertama pada 8 Julai 2005.
Keahlian
Setakat Februari 2012, 120 negara telah menerima mahkamah ini, termasuk semua Amerika Selatan, sebahagian besar Eropah dan kira-kira separuh Afrika.
Sebanyak 32 negara telah menandatangani tetapi masih belum memeterainya.