Mahkamah Keadilan Antarabangsa


Mahkamah Keadilan Antarabangsa (Bahasa Inggeris: International Court of Justice; Bahasa Perancis: Cour internationale de justice) (dikenali secara ringkas sebagai Mahkamah Dunia atau ICJ) adalah organ utama kehakiman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Tempat perbicaraannya adalah di Istana Keamanan di Den Haag, Belanda. Didirikan pada tahun 1945 oleh Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Mahkamah ini mula beroperasi pada tahun 1946 sebagai pengganti kepada Mahkamah Tetap Keadilan Antarabangsa. Statut Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang serupa dengan yang digunapakai oleh mahkamah tetap yang lalu, adalah dokumen utama perlembagaan mahkamah ini yang menggariskan regulasi Mahkamah.[1] ICJ tidak seharusnya dikelirukan dengan Mahkamah Jenayah Antarabangsa atau Undang-undang Jenayah Perang (Belgium, yang keduanya juga mempunyai bidang kuasa "global". Bahasa rasmi mahkamah ini adalah bahasa Inggeris dan bahasa Perancis.
Kerja yang dijalankan mahkamah dicirikan pelbagai aktiviti kehakiman. Fungsi-fungsi utamanya adalah untuk menyelesaikan pertikaian undang-undang yang dirujuk kepada ia oleh negara dan memberi pendapat berkenaan persoalan berkait undang-undang yang timbul kepada organ dan agensi yang dibenarkan merujuk kepadanya untuk mendapat jawapan. Jumlah keputusan yang diselesaikan ICJ masih kecil bilangannya, akan tetapi terdapat kesukarelaan menggunakan Mahkamah ini semenjak 1980an, terutama di kalangan negara membangun, walaupun Amerika Syarikat telah mengundurkan dirinya daripada bidang kuasa wajib keatasnya pada tahun 1986. Ini bermakna bahawa ia hanya menerima bidang kuasa mahkamah keatasnya mengikut dasar kes-ke-kes
CJ dianggotai oleh lima belas hakim yang dipilih oleh Perhimpunan Agung PBB dan Majlis Keselamatan PBB daripada suatu senarai mereka yang dicadangkan oleh kumpulan-kumpulan kebangsaan di Mahkamah Tetap Timbangtara. Proses pilihan adalah termaktub dalam Artikel 4-12 statut ICJ. Hakim berkhidmat untuk tempoh sembilan tahun sekali dan boleh dilantik semula. Pilihanraya perlantikan berlaku setaip tiga tahun, dengan satu pertiga daripada hakim berundur setiap kali, untuk memastikan penerusan dalam mahkamah itu sendiri.
Jika adanya hakim yang meninggal dalam perkhidmatannya, amalan biasa secara lazimnya adalah untuk melantik satu hakim baru daripada negara yang sama untuk menggantikannya. Tidak lebih daripada satu hakim boleh datang daripada negara yang sama pada suatu masa. Mengikut Artikel 9, keanggotaan Mahkamah seharusnya mewakili "tamadun-tamadun utama dan sistem perundangan utama di dunia". Secara hakikatnya, ini bermaksud common law, undang-undang sivil dan undang-undang sosialis (kini undang-undang pos-komunis). Semenjak dekad 1960an, setiap daripada lima anggota tetap Majlis Keselamatan (Perancis, China, Russia, United Kingdom dan Amerika Syarikat) telah sentiasa mempunyai satu hakim mereka sendiri di Mahkamah ini. Kebercualian adalah China (Republik China sehingga 1971, Republik Rakyat China daripada tahun 1971 dan kemudiannya), yang tidak mempunyai hakim di Mahkamah dari tahun 1967-1985 kerana ia tidak mencalonkan satu wakil. Peraturan komposisi geopolitik wujud meskipun tiada bahagian ia dalam Statut ICJ.
Artikel 2 daripada Statut memberi provisi kepada semua hakim sebagai "dipilih dengan tidak mengira kewarganegaraan mereka daripada manusia yang punyai sifat moral yang tinggi", yang berkelayakan untuk pejabat kehakiman tertinggi di negara mereka sendiri atau peguam yang punyai kebolehan yang mencukupi dalam undang-undang antarabangsa. Kebebasan kehakiman dihuraikan sepenuhnya dalam Artikel-Artikel 16-18. Hakim-hakim ICJ tidak boleh memegang sebarang jawatan lain, mahupun mewakili mana-mana kepentingan. Satu hakim boleh dibuang hanya dengan undian sebulat suara ahli Mahkamah lain. Walaupun terdapat provisi-provisi ini, kebebasan hakim daripada mahkamah masih dipertikai. Misalnya semasa kes Nicaragua lwn Amerika Syarikat, Amerika Syarikat mengeluarkan suatu kenyataan yang mencadangkan bahawa ia tidak boleh mengemukakan bukti sensitif kepada Mahkamah oleh sebab kehadiran hakim-hakim daripada negara-negara blok Timur. [2]
Hakim-hakim boleh memberi keputusan bersama atau memberikan pendapat mereka sendiri secara berasingan. Keputusan dan Pendapat Nasihat adalah mengikut majoriti, dan, jika adanya divisi yang sama, undi Presiden menjadi penentu.[3] Para hakim juga boleh memberi pendapat bertentangan secara berasingan.
Hakim-hakim Ad hoc
Artikel 31 daripada statut berkenaan satu prosidur dimana hakim-hakim ad hoc menduduki kes-kes yang biasa menimbulkan perbalaman di hadapan Mahkamah. Sistem ini membenarkan mana-mana pihak dalam satu kes perbalahan untuk mencalonkan satu hakim pilihan mereka (biasanya berwarganegara negara berkenaan), jika tiada hakim yang berwarganegara negara-negara dalam pertikaian terbabit membicarakan kes berkenaan. Hakim-hakim Ad hoc terlibat secara keseluruhan dalam kes dan semua pertimbangannya, bersama dengan anggota tetap. Maka, ia mungkin untuk sebanyak tujuhbelas hakim bersidang dalam satu kes sekali.
Sistem begini mungkin nampak aneh apabila dibandingkan dengan proses mahkamah domestik tetapi tujuannya adalah untuk menggalakkan negara-negara merujuk kepada ia untuk penyelesaian pertikaian mereka. Sebagai contoh, jika suatu negara mengetahui yang ia ada satu pegawai kehakiman yang boleh terlibat dalam pertimbangan dan memberikan maklumat tentang perspektif negara berkenaan, negara itu lebih berkenan untuk mensabitkan diri pada bidang kuasa Mahkamah. Walaupun sistem ini merugikan sifat kehakiman badan ini, ia biasanya tidak memberikan kesan praktikal. Hakim-hakim ad hoc biasanya (tetapi bukan selalunya) mengundi untuk negara yang mencalonkan mereka, dan seterusnya membatalkan undian mereka sesama sendiri.
Kamar
Secara umumnya mahkamah bersidang sebangku, tetapi dalam limabelas tahun kebelakangan ini ia telah juga bersidang sebagai kamar. Artikel 26-29 daripada statut membenarkan Mahkamah membentuk kamar-kamar yang lebih kecil, dengan tiga atau lima hakim, untuk mendengar kes. Dua jenis kamar dikontemplasikan oleh Artikel 26: pertamanya, kamar untuk kategori kes-kes khas, dan kedua, pembentukan kamar ad hoc untuk mendengar pertikaian khusus. Pada tahun 1993 satu kamar yang istimewa ditubuhkan dibawah Artikel 26(1) daripada statut ICJ untuk mendengar kes berkenaan perkara-perkara alam sekitar (tetapi setakat ini kamar ini tidak pernah digunakan).
Kamar ad hoc lebih banyak bersidang. Sebagai contoh, kamar digunakan untuk mendengar Kes Teluk Maine (Amerika Syarikat lwn Kanada)[4] Dalam kes berkenaan, pihak-pihak terlibat memperjelaskan bahawa mereka akan menarik balik kes berkenaan sehingga Mahkamah melantik hakim-hakim kepada kamar yang boleh diterima oleh semua pihak terlibat. Keputusan mahkamah mungkin mempunyai kurang beratnya jika berbanding keputusan Mahkamah penuh, atau mungkin mengurangkan tafsiran wajar undang-undang antarabangsa universal yang disusuli pelbagai perspektif budaya dan undang-undang dunia. Pada sebelah yang lainnya pula, penggunaan Kamar mungkin menggalakkan penggunaan Mahkamah yang lebih kerap dan sekaligus meningkatkan resolusi pertikaian antarabangsa.[5]

Bidang kuasa

Seperti termaktub dalam Artikel 93 Piagam PBB, kesemua 191 ahli PBB secara automatik menjadi pihak kepada statut Mahkamah. Negara yang bukan ahli PBB juga boleh menjadi pihak kepada statut Mahkamah dibawah prosidur Artikel 93(2). Sebagai contoh, Switzerland menggunakan prosidur ini sehingga tahun 1948 untuk menjadi pihak; Nauru juga menjadi satu pihak pada tahun 1988. Apabila suatu negara menjadi pihak kepada statut Mahkamah, ia berhak melibatkan diri kepada kes-kes yang dibicarakan dihadapan Mahkamah. Akan tetapi, menjadi pihak kepada statut tidak secara automatik memberikan Mahkamah bidang kuasa keatas pertikaian yang melibatkan pihak berkenaan. Isu bidang kuasa dikira dalam dua jenis kes ICJ: iaitu isu perbalahan dan pendapat nasihat.

Isu-isu hangat dipertikai

Dalam kes-kes perbalahan, ICJ mengeluarkan suatu keputusan yang mengikat pada negara-negara yang sudi menerima bidang kuasa mahkamah. Hanya negara boleh menjadi pihak dalam kes-kes perbalahan. Individu, badan koperat, bahagian-bahagian negara persekutuan, NGO, organ-organ PBB dan kumpulan-kumpulan penentu nasib sendiri tidak terlibat secara langsung dalam kes-kes, walaupun Mahkamah sendiri boleh menerima maklumat daripada organisasi antarabangsa umum. Ini tidak bermakna kepentingan bukan negara tidak menjadi subjek perbicaraan jika suatu negara membawa tindakan pada suatu negara yang lain. Sebagai contoh, satu negara boleh, dalam kes "lindungan diplomatik", membawa kes yang mewakili salah seorang warganegara atau syarikat negaranya.[6]
Bidang kuasa sering menjadi persoalan kritikal untuk mahkamah dalam isu perbalahan. (Lihat Prosidur di bawah.) Prinsip utama merupakan bahawa ICJ mempunyai bidang kuasa hanya pada dasar kesukarelaan. Artikel 36 menggariskan empat dasar dimana bidang kuasa Mahkamah tertahluk.
  • Pertama, 36(1) memberi provisi dimana pihak-pihak boleh merujuk kes-kes kepada Mahkamah (bidang kuasa didasarkan "persetujuan istimewa" atau "compromis"). Cara ini berlandaskan kesukarelaan terangan berbanding bidang kuasa wajib seperti dalam mahkamah biasa tempatan. Ia merupakan kemungkinan dasar yang paling berkesan untuk bidang kuasa Mahkamah kerana pihak-pihak berkenaan telah menyatakan dengan jelas hasrat mereka untuk pertikaian diselesaikan oleh Mahkamah dan sekaligus lebih cenderung untuk mengikut keputusan yang dicapai.
  • Kedua, 36(1) juga memberikan Mahkamah bidang kuasa keatas "perkara yang termasuk dalam... triti dan konvensyen yang sedang berkuatkuasa". Kebanyakan triti moden akan mempunyai fasal kompromi yang memberikan provisi suatu resolusi pertikaian oleh ICJ.[7]Kes yang didasarkan fasal kompromi tidak begitu berkesan berbanding kes yang berdasarkan persetujuan istimewa kerana negara berkenaan mungkin tidak mempunyai kepentingan dalam perkara dalam pertikaian dikaji oleh Mahkamah dan mungkin menolak keputusan yang dicapainya. Sebagai contoh, semasa Krisis tebusan Iran, Iran enggan menyertai kes yang dibawa oleh Amerika Syarikat keatasnya yang didasarkan suatu fasal kompromi dalam Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik, dan seterusnya tidak mengikut keputusan yang dicapai.[8]Semenjak dekad 1970an, penggunaan fasal begini beransur tidak dipakai. Kebanyakan triti moden kini terdapat regim resolusi pertikaian sendiri, yang sering didasarkan bentuk-bentuk timbangtara.[9]
  • Ketiga, Artikel 36(2) membenarkan negara-negara memasukkan fasal deklarasi pilihan menerima bidang kuasa Mahkamah. Teg "wajb" yang kadangkala termasuk dalam bidang kuasa Artikel 36(2) mengelirukan kerana deklarasi yang dibuat oleh negara-negara adalah secara sukarela. Tambahan pula, banyak deklarasi memasukkan fasal menghadkan bidang kuasa, seperti mengecualikan sesetengah jenis pertikaian ("ratione materia").[10]Prinsip kesalingan mungkin menghadkan lagi bidang kuasa Mahkamah. Dari bulan Disember 2005, enampuluh lima negara mempunyai deklarasi yang sedang berkuatkuasa.[11]Dari kesemua anggota tetap Majlis Keselamatan, hanya United Kingdom mempunyai deklarasi. Dalam tahun-tahun awal Mahkamah, kebanyakan deklarasi-deklarasi dibuat oleh negara-negara maju. Semenjak kes Nicaragua lwn Amerika Syarikat, deklarasi yang dilakukan oleh negara-negara membangun bertambah mencerminkan keyakinan kebolehan Mahkamah menyelesaikan pertikaian secara adil, semenjak dekad 1980-an. Negara-negara maju kini kian menambah pengecualian atau terus mengundurkan diri daripada bidang kuasa ICJ, sebagai contoh Amerika Syarikat sebagaimana dinyatakan diatas dan Australia yang telah bertindak mengecualikan perihal persempadanan marintim untuk menggelakkan daripada disaman Timor Timur dua bulan sebelum kemerdekaan negara berkenaan.[12]
  • Akhirnya, 36(1) memberi provisi untuk bidang kuasa diasaskan deklarasi yang dibuat dibawah statut Mahkamah Tetap Keadilan Antarabangsa. Artikel 37 daripada statut ICJ secara samanya memindahkan bidang kuasa dibawah apa-apa fasal kompromi dalam satu triti yang memberi bidang kuasa kepada Mahkamah Tetap.
  • Sebagai tambahan, Mahkamah mungkin ada bidang kuasa berdasarkan persetujuan tersirat (forum prorogatum). Jika tiada bidang kuasa jelas sebagaimana ditetapkan Artikel 36, bidang kuasa akan didirikan jika responden menerima bidang kuasanya atau hanya merayui berdasarkannya. Usul ini muncul dalam Kes Teluk Corfu (UK lwn Albania) dimana ia diputuskan yang suatu surat dari Albania mengatakan bahawa ia berserah kepada bidang kuasa ICJ telah cukup untuk mendirikan bidang kuasa keatasnya.

Pendapat nasihat

Satu pendapat nasihat adalah satu fungsi mahkamah yang terbuka hanya untuk badan dan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dalam penerimaan satu permintaan, Mahkamah menentukan Negara dan organisasi mana yang memberi maklumat berguna dan memberikan mereka peluang untuk mengemukakan kenyataan bertulis atau percakapan. Pendapat nasihat secara asalnya adalah untuk cara dimana agensi PBB boleh mendapat bantuan Mahkamah dalam menentukan isui-isu undang-undang yang kompleks yang mungkin dibawah mandat tersendiri mereka. Sebagai prinsip, pendapat nasihat Mahkamah bersifat nasihat dalam cirinya, namun mereka berpengaruh dan dihormati secara meluas. Sementara sesetengah regulasi memberi kuasa untuk keputusan yang dicapai secara ini mengikat kepada agensi atau negara secara khusus, mereka secara amnya tidak mengikat dibawah Statut Mahkamah.
Pendapat nasihat sentiasa bersifat kontroversi, oleh sebab persoalan yang ditanyakan adalah berkontroversi atau kes telah dikejar sebagai cara "pintu belakang" untuk membawa apa yang sebenarnya merupakan perbalahan ke muka Mahkamah.
Contoh kes meliputi:

ICJ dan Majlis Keselamatan

Artikel 94 mendirikan tugas semua ahli PBB untuk mengikut keputusan Mahkamah yang melibatkan mereka. Jika pihak terlibat enggan, isu ini mungkin dibawa ke muka Majlis Keselamatan untuk tindakan penguatkuasaan. Terdapat masalah ketara dengan penguatkuasaan cara begini. Jika keputusan yang dicapai bertentangan dengan salah satu daripada lima ahli Majlis Keselamatan atau sekutunya, apa-apa resolusi berkenaan penguatkuasaan akan diveto. Ini berlaku, sebagai contoh, selepas kes Nicaragua lwn Amerika Syarikat, dengan tindakan Nicaragua membawa isu keengganan AS untuk mengikuti keputusan Mahkamah ke hadapan Majlis Keselamatan.[13] Lagipun, jika Majlis Keselamatan enggan menguatkuasakan suatu keputusan pada mana-mana negara lain, tiada cara untuk memastikan penguatkuasaan.
Hubungan antara ICJ dan Majlis Keselamatan dan pembahagian kuasa mereka dinotakan oleh Mahkamah pada tahun 1992, dalam [[Kes Pan Am|Kes Pan Am] Mahkamah terpaksa menimbangi suatu permohonan oleh Libya untuk satu perintah mengenakan langkah-langkah sementara untuk melindungi haknya yang ia telah kata sedang dicabuli ugutan pengenaan sekatan ekonomi oleh United Kingdom dan Amerika Syarikat. Masalahnya merupakan bahawa sekatan ini telah diluluskan oleh Majlis Keselamatan dan berpotensi mewujudkan konflik antara Bahagian VII fungsi Majlis Keselamatan dan fungsi pengadilan Mahkamah. Mahkamah memutuskan, dengan undian sebelas undi menentang lima, yang ia tidak boleh memerintahkan langkah-langkah sementara berkenaan kerana hak-hak yang dituntuk Libya sekalipun sah dibawah Konvensyen Montreal tidak lagi boleh ditegakkan kerana tindakan itu diluluskan oleh Majlis Keselamatan. Mengikut Artikel 103 Piagam PBB, kewajiban dibawah Piagam itu mengatasi kewajiban yang dituntut triti-triti.
Terdapat unsur ketara keenggannan majoriti Mahkamah untuk terlibat dalam satu pertikaian dengan Majlis. Mahkamah menyatakan dalam kes Nicaragua bahawa tiada keperluan percanggahan dengan tindakan oleh Majlis Keselamatan dan pengadilan ICJ. Sekalipun demikian, apabila terdapat ruangan untuk suatu konflik, timbangan berberat pada Majlis Keselamatan.
Jika salah-suatu pihak gagal "untuk melakukan kewajiban yang dituntut keatasnya dibawah keputusan yang dicapai Mahkamah", Majlis Keselamatan boleh dipanggil untuk "membuat cadangan atau menentukan tindakan" jika Majlis Keselamatan berpendapat bahawa tindakan atau cadangan berkenaan perlu. Dalam pengamalan, bidang kuasa Mahkamah dihadkan dengan keengganan pihak yang kalah perbicaraan untuk mengikut keputusannya, dan keengganan Majlis Keselamatan untuk menekankan akibatnya. Akan tetapi, dalam teori, "dimana berkenaan pihak-pihak kepada kes, suatu keputusan oleh Mahkamah adalah mengikat, akhir dan tampa rayuan," dan "dengan menandatangani Piagam, suatu Negara Ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu akan mengikut apa-apa keputusan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa dalam suatu kes dimana ia menjadi satu pihak."
Sebagai contoh, dalam kes Nicaragua lwn Amerika Syarikat negara berkenaan yang telah sebelumnya menerima bidang kuasa wajib mahkamah apabila diwujudkan pada tahun 1946, mengundurkan diri daripadanya selepas keputusan Mahkamah pada tahun 1984 mengarahkan Amerika Syarikat "berhenti dan bertegah" daripada "penggunaan kekerasan haram" keatas kerajaan Nicaragua. Dalam keputusan yang terbahagi dua, majoriti daripada Mahkamah telah membuat kesimpulan bahawa Amerika Syarikat telah "melanggar kewajibannya dibawah undang-undang adat antarabangsa untuk tidak menggunakan kekerasan bertentangan dengan satu negara lain" dan mengarahkan AS membayar ganti rugi (lihat nota 2), sekalipun negara ini tidak pernah berbuat begitu.
Contoh kes-kes perbalahan merangkumi:
Secara amnya Mahkamah paling menampakkan kejayaan dalam menyelesaikan pertikaian sempadan dan penggunaan lautan dan selat. Dimana Mahkamah telah, dalam sesetengah situasi, menyelesaikan tuntutan oleh satu Negara yang dibawa berdasarkan keinginan rakyatnya, Mahkamah secara amnya mengelak daripada mendagar kes perbalahan yang bersifat politik, oleh sebab tiadanya mekanisme penguatkuasaan padanya dan kekurangan bidang kuasanya. Mahkamah telah secara amnya memutuskan bahawa ia tiada bidang kuasa untuk mendengar kes berkenaan penggunaan kekerasan.

Undang-undang diaplikasi

Apabila memutuskan kes, Mahkamah mengaplikasi undang-undang antarabangsa sebagaimana dihuraikan dalam Artikel 38 daripada Statut ICJ. Artikel berkenaan memberi provisi bahawa dengan membuat keputusan, Mahkamah akan mengaplikasi konvensyen antarabangsa, adat antarabangsa, dan "prinsip-prinsip am undang-undang yang diiktiraf dalam negara-negara bertamadun". Ia juga boleh merujuk pada tulisan akademik dan keputusan lepasnya untuk bantuan mentafsirkan undang-undang, walaupun Mahkamah tidak secara formal diikat oleh keputusannya yang lepas berdasarkan doktrin stare decisis. Artikel 59 berkata secara jelas bahawa usul common law duluan mengikat atau stare decisis tidak diaplikasi kepada keputusan ICJ. Keputusan Mahkamah mengikat hanya yang terlibat dalam kes berkenaan sahaja. Akan tetapi dibawah 38(1)(d), Mahkamah boleh menimbangi keputusannya yang lepas. Dalam realiti, ICJ amat jarang melanggari keputusan lepasnya dan menanggap mereka sebagai duluan mengikat serupa dalam mahkamah agong dalam sistem common law. Sebagai tambahan, peguam antarabangsa sering beroperasi dengan andaian bahawa keputusan lepas ICJ punyai usul mengikat.
Jika pihak-pihak bersetuju, mereka juga boleh memberi Mahkamah kebebasan untuk menentukan ex aequo et bono ("dengan adil dan saksama"), sejurus itu memberi ICJ kebebasan untuk membuat keputusan saksama didasari apa yang adil dalam situasi berkenaan. Mahkamah yang beroperasi dibawah ex aequo et bono akan berlaku dalam sesetengah hal seperti pengantara. Tetapi provisi ini tidak pernah digunakan dalam sejarah kewujudan Mahkamah.

Prosidur

ICJ punyai kuasa menentukan peraturannya sendiri. Prosidur Mahkamah terhurai dalam Peraturan Mahkamah Keadilan Antarabangsa 1978 (sebagaimana dipinda pada tarikh 29 September 2005).[14]
Kes yang dihadapkan ke ICJ akan mengikuti suatu corak standard. Kes difailkan oleh seorang pemohon yang menulis suatu memorial bertulis menggariskan dasar bidang kuasa Mahkamah dan kebaikan tuntutannya. Responden boleh menerima bidang kuasa Mahkamah dan mengfailkan memorialnya yang tersendiri berkenaan kebaikan kesnya.

Bantahan awal

Responden yang tidak mahu menyerah kepada bidang kuasa Mahkamah boleh menaikkan bantahan awal. Apa-apa bantahan mesti diputuskan kesahannya sebelum Mahkamah boleh menimbangkan kebaikan tuntutan pemohon. Biasanya suatu perbicaraan umum yang berasingan akan diadakan mengenai bantahan awal kepada bidang kuasa Mahkamah atau pertimbangan kes berkenaan. Ketidakbolehkan pertimbangan merujuk kepada suatu julat argumentasi mengenai faktor-faktor yang patut dipertimbangkan Mahkaah dalam menentukan bidang kuasa; sebagai contoh, bahawa isu berkenaan tidak boleh diadili dalam sifatnya atau ia bukanlah suatu "pertikaian perundangan".
Tambahan pula, bantahan boleh dibuat kerana semua pihak yang terlibat tidak berada dihadapan Mahkamah. Jika kes berkenaan memestikan Mahkamah membuat keputusan mengenai hak dan kewajipan suatu negara yang tidak menerima bidang kuasa Mahkamah, Mahkamah tidak akan mengeluarkan suatu keputusan mengenai meritnya.
Jika Mahkamah menentukan bahawa ia mempunyai bidang kuasa dan kes berkenaan boleh diterima, responden kemudiannya dimestikan menfailkan suatu Memorial berkenaan merit/kebaikan tuntutan pemohon. Selepas semua argumentasi bertulis difailkan, Mahkamah akan mengadakan suatu perbicaraan umum mengenai kebaikan-kebaikan.
Apabila satu kes difailkan, mana-mana pihak (tetapi biasanya si pemohon) boleh memohon suatu perintah daripada Mahkamah untuk melindungi status quo sementara menunggu perbicaraan kes. Perintah-perintah begini dikenali sebagai Langkah Sementara (atau Interim) dan serupa sifatnya pada injunksi interlokutori dalam undang-undang domestik (Malaysia). Artikel 41 daripada statut membenarkan Mahkamah mengeluarkan perintah berkenaan. Persoalan undang-undang yang timbul daripada permohonan-permohonan sebegini adalah sejauh mana Mahkamah mesti puas yang ia punyai bidang kuasa untuk mendegar merit kes sebelum memberikan langkah sementara berkenaan.

Permohonan campur tangan

Dalam kes dimana kepentingan negara ketiga terlibat, negara berkenaan boleh dibenarkan untuk masuk campur dalam kesnya, dan terlibat sebagai suatu pihak sepenuhnya. Dibawah Artikel 62, suatu negara "dengan kepentingan bersifat perundangan" boleh diaplikasi; tetapi, ia adalah terpulang kepada Mahkamah untuk membenarkannya. Campur tangan yang diluluskan buat kali pertama berlaku pada tahun 1990.
Apabila kesemua bicara telah berlangsung, Mahkamah akan mengeluarkan suatu pendapat majoriti. Hakim individu boleh mengeluarkan pendapat perasingan (jika mereka bersetuju dengan keputusan yang dicapai tetapi berbeza taakulannya) atau pendapat bercanggah (jika mereka tidak bersetuju dengan majoriti). Tiada rayuan dimungkinkan.