Pengajian Am Penggal 2-Nota Ringkas



MALAYSIA NEGARA MAJU DAN SEJAHTERA
CABARAN TERHADAP AGAMA DAN KEPERCAYAAN
Cabaran LGBT
·         LGBT dilarang oleh Islam dan semua agama
·         LGBT bertentangan dengan kemanusiaan
·         Mereka anggap ini hak asasi manusia
·         Mereka berkahwin sejenis
Langkah membendungnya-
·         Kaunseling, bantuan psikologi, bantuan perubatan percuma
·         Saintis, ahli sosiologi dan agamawan kena cari jalan
·         Adakan tempat pemulihan
·         Ada NGO yang beri bimbingan
Langkah jaga sensitiviti agama
·         Saling menghormati
·         Ada sikap sensitif
·         Jaga pengucapan
·         Jaga kependidikan
Sebab berlaku sikap kurang sensitiviti agama
·         Jahil
·         Tiada pendedahan tentang agama dan budaya lain
·         Kurangnya perbincangan etika hubungan kaum
CABARAN TERHADAP EKONOMI
Keadaan ekonomi Malaysia
·         Pesat membangun
·         Inflasi semakin meningkat
·         Aliran modal naik turun
Langkah meningkatkan ekonomi
·         Permintaan dalam negeri yang tinggi
·         Perbelanjaan pengguna tinggi
·         Penglibatan swasta tinggi
·         Perkhidmatan awam cepat,  cekap,  kurang birokrasi
·         Permintaan luar negeri meningkat
·         Sektor perkhidmatan meningkat
·         Sektor perkilangan meningkat
·         Sektor pembinaan swasta meningkat
·         Sektor pertanian makanan  kekal dan tanaman perindustrian meningkat
·         Sektor perlombongan gas asli meningkat kerana diimport oleh Jepun,Taiwan dan C ina
·         Peluang kerja  meningkat, pengangguran rendah
·         Eksport meningkat
Sebab Kemelesetan Ekonomi Malaysia
·         Kerana ekonomi dunia gawat
·         Kerana ekonomi Amerika Syarikat  gawat
·         Krisis kewangan berlaku
·         Kesannya eksport menurun
·         Pelaburan menurun
·         Harga komoditi minyak, gas, kelapa sawit menurun
·         Pasaran saham menurun
·         Gunatenaga sektor industri elektrik dan elektronik menurun, pekerja diberhenti kerana permintaan menurun
Langkah mengatasinya
·         Majikan berhentikan pekerja untuk kurangkan kos dan kerugian
·         Majikan tingkatkan produktiviti
·         Majikan potong 10-20% gaji pekerja
·         Kerajaan belanjakan RM 2 billion untuk latihan kemahiran dan peluang pekerjaan
·         Kementerian Sumber Manusia laksanakan 7 program untuk kurangkan pengangguran
·         Kementerian Sumber Manusia tubuhkan Jobs Malaysia yang menjadi hab pekerjaan swasta dan awam
·         Pemindahan teknologi, kepakaran, pengetahuan dan kaedah pengurusan luar
·         Liberalkan sektor  kewangan untuk tingkatkan pekerjaan
·         Kerajaan belanjakan RM 60 billion  untuk Pakej Rangsangan Ekonomi supaya kurangkan pengangguran, tambah peluang pekerjan, ringankan beban rakyat, bantu swasta 
INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA/IKS
Jenis-jenis IKS
·         Industri  berskala kecil-tugas dilkukan oleh pemilik dan keluarganya
·         Industri sederhana-pekerja 50-199 orang
·         Industri berskala besar-.>200 orang pekerja
 Peranan IKS
·         Membekalkan bahan separa siap kepada industri  berat
·         Mengurangkan import komponen kereta nasional, jimatkan pertukaran wang asing
·         Kurangkan kos pengeluaran industri  berat
·         Menyediakan 45% peluang pekerjaan
·         Membasmi kemiskinan
·         Meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara
·         85% kilang di Malaysia
·         Jadikan Malaysia sebuah negara industri
·         Memajukan industri  kesenian sekaligus majukan pelancongan
·         Lahirlah pusat latihan kemahiran
·         Lahirkan usahawan baru
·         Latihan sebelum buka industri  skala  besar
·         Pemindahan teknologi daripada industri  besar
·         Kurangkan kesan inflasi
·         Tabungan meningkat kerana hanya 30% pemilik meminjam
Cabaran IKS
·         Kurang modal kerana bank enggan beri pinjaman
·         Pekerja berpindah randah kerana gaji yang lebih baik
·         IKS  berebut pekerja
·         Saingan daripada industri  lain yang lebih murah, berkualiti
·         Kurang guna teknologi- jadi hasil rendah, mutu rendah, tak cekap, kuno, tidak  boleh eksport
·         Industri  besar enggan bekerjasama dan pandang rendah
·         Saingan IKS  Singapura, Taiwan, Korea
·         Industri  besar suka IKS di atas
·         Syarikat luar tidak mahu majukan  IKS tempatan
Langkah penyelesaian
·         bekerjasama dengan industri besar
·         industri  besar bekalkan bahan mentah dan kepakaran kepada IKS
·         cari pasaran baru di dalam dan di luar negeri
·         promosi produk IKS
·         cari lokasi strategik  untuk tempatkan  IKS
·         bina pusat latihan kemahiran untuk IKS
·         guna teknologi
·         beri  bantuan/pinjaman, subsidi
·         naikkan cukai import
·         bebas cukai untuk IKS
·         tingkatkan nilai tambah produk IKS
INDUSTRI  KRAF TANGAN
Masalah Industri Kraf Tangan-Batik,Songket,Tekat,Tembikar,Perak
·         industri  oleh keluarga sahaja,   industri warisan
·         golongan muda tidak minat
·         dijalankan oleh golongan tua,   oleh itu produktiviti lembab,   mutu rendah,   modal tak cukup
·         saingan dengan barangan tiruan-contohnya batik tiruan
·         harga tidak selaras,   pelancong tak mahu beli
Langkah Mengatasi
·         perbadanan kemajuan kraftangan kerajaan ditubuhkan untuk menganjurkan latihan, kawalan mutu, pemasaran, tingkat pengeluaran kepada pengusaha
·         membuka pusat latihan untuk belia
·         menjual hasil kraf di gerai karyaneka, kedai perbadanan pelancongan dan hotel
·         luaskan pasaran
·         tubuh pusat perusahaan tangan di desa
·         penyelidikan dan pembangunan
·         bantuan kewangan/kredit  oleh Bank Rakyat, MARA
·         perubahan sikap pengusaha ingin berubah dan sikap swasta yang mahu melabur
INDUSTRI MAKANAN
Perubahan pendapatan, perubahan permintaan dan liberalisasi perdagangan dunia telah mendorong permintaan industri makanan

Industri makanan yang diutamakan adalah
·         makanan mudah dimakan,
·         makanan berfungsi,
·         ramuan makanan,
·         industri memproses makanan  dan
·          perkhidmatan sokongan

Malaysia akan jadi  pusat pengeluaran dan pengedaran makanan halal serantau
INDUSTRI MAKANAN HALAL
Malaysia akan jadi hab halal bagi
·         pengeluaran dan perdagangan barangan  spt makanan dan kosmetik
·         perkhidmatan halal spt pelancongan
·         penyedia produk halal
·         rujukan standard halal
·         R & D halal

Strategi /potensi untuk jadikan Malaysia hab halal adalah
·         meningkatkan kesedaran Malaysia sebagai hab halal dgn mempromosikan logo halal
·         memanfaatkan standard halal Malaysia
·         memastikan kualiti
·         bangunkan taman halal
·         sistem pensijilan logo halal diiktiraf dunia
·         pengesahan logo halal diiktiraf dunia
·         pelabelan logo halal diiktiraf dunia
·         Malaysia negara Islam dan anggota OIC
·         Kerajaan beri sokongan dengan sediakan infrastruktur industri yang baik spt rangkaian sambungan pengangkutan dan bekalan kemudahan
·         Pengilang promosikan logo halal 
INDUSTRI ASAS TANI
Ciri-ciri industri asas tani
·         Pengeluaran makanan
·         Penyediaan pekerjaan
·         Pendapatan
·         Pentingkan persekitaran
·         Penggunaan sumber lestari
·         Mengekalkan nilai murni
Pertanian dalam RMK 9
·         Pertanian komersil berskala besar
·         Teknologi moden secara meluas
·         Pengeluaran berkualiti
·         Nilai tambah yang tinggi
·         Guna bioteknologi
·         Guna ICT
·         Libatkan usahawan tani dan tenaga kerja mahir
·         Ada industri  luar Bandar
·         Ada agro makanan iaitu penghasilan daging kambing, lembu serta pengeluaran akuakultur
·         Ada industri  pemprosesan hiliran
CABARAN  terhadap POLITIK
Ada pihak tuntut hak asasi manusia spt bersuara,  beragama,  pelajaran,  beribadat.
Semua perlu ikut perlembagaan
PRASARANA
Kepentingan transit awam/sistem pengangkutan awam
·         Jadi alternatif
·         Memupuk perpaduan
·         Meningkatkan hubungan sosial
·         Merealisasikan gagasan 1 Malaysia
·         Jimatkan kos rakyat
·         Jimatkan perbelanjaan isi rumah
·         Kecilkan jumlah kenderaan persendirian
·         Kurangkan kesesakan
·         Kurangkan jumlah kemalangan
·         Menyokong pertumbuhan ekonomi
·         Memenuhi pertambahan ekonomi
·         Menyokong aktiviti rutin manusia
Cabaran Sistem Pengangkutan Awam
·         Jumlah yang menggunakan pengangkutan awam semakin menurun.cabaran kerajaan adalah meningkatkannya
Punca-punca kurang penumpang
·         Perkhidmatan yang kurang cekap dan tidak teratur-contohnya bas
·         Lewat
·         Pembatalan perjalanan
·         Tiada jadual perjalanan
·         Perjalanan tidak menyeluruh,  ada yang tiada laluan bas
·         Memandu laju
·         Kurang kemudahan untuk OKU
·         Kurang tempat duduk
Penyelesiannya
·         NKRA kerajaan adalah menambahbaikan sistem pengangkutan awam
·         Tepati masa
·         Tingkatkan kualiti perjalanan
·         Sistem tiket tanpa tunai
·         Diskaun tambang untuk tanpa tunai
·         Konsep I tiket perjalanan
·         Gerabak khas untuk OKU
·         Lampu amaran di pintu kecemasan
·         Tingkap kecemasan untuk OKU
·         Cukupkan jumlah pengangkutan dan laluan
·         Wujudkan sistem pengangkutan awam bersepadu
·         Wujudkan SPAD, sistem pengangkutan awam darat di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk merancang dasar dan mencadangkan penambahbaikan
·         Penguatkuasaan oleh PBT, JPJ, LPKP, PDRM
·         Laluan ditambah, guna konsep hub and spoke, ada 4 laluan iaitu,  express, utama, Bandar,  tempatan
·         Halang kenderaan berat masuk Bandar
Cabaran Penggunaan Tenaga elektrik yang tidak cekap,tidak bijak
·         Sumber tenaga seperti minyak,gas dan arang batu berkurangan
·         Pembakaran sumber fosil menghasilkan karbon dioksida,  karbon monoksida, nitrogen dioksida, sulfur dioksida partikel, logam toksik yang menyebabkan pencemaran
·         Karbon dioksida adalah sejenis rumah hijau yang menyebabkan pemanasan globa
·         Gas larut dalam air hujan dan mebentuk hujan asid
·         Hujan asid musnahkan organism akuatik
Kegunaan Tenaga Nuklear
·         Bidang perubatan-dignosis penyakit dengan alat pengimbas CAT dan laser, bunuh kanser dengan kobalt-60, rawat tumor otak dengan radiosotop fosforus, steril alatan perubatan
·         Bidang pertanian-kesan pengambilan baja oleh tumbuhan, mandulkan serangga perosak dengan sinaran gamma, hasilkan baka tanaman yang baik dengan mutasi aruhan, ubah gen tanaman dengan sinaran nuklear
·         Bidang perindustrian-kesan kebocoran paip bawah tanah, ukur kehausan enjin, kawal ketebalan paip, satelit dan internet guna nuklear, lebur besi keluli
·         Tenaga-tenaga alternatif  yang murah, kawasan lojinya tak luas
Keburukan tenaga nuklear
·         Bahaya radiasi menyebabkab mati atau mutasi genetik
·         Kanser
·         Bahan radioaktif ancam kesihatan
·         Senjata nuklear
·         Bom netron
·         Kerosakan sistem peredaran
·         Penyusutan fungsi organ
·         Kematian sel
·         Rosakkan bahan genetik  sel
SOSIAL  DAN BUDAYA
Pendidikan VT
·         Untuk lahirkan pekerja mahir dan separa mahir
Peranan pendidikan VT
·         Lahirkan ramai jurutera dan juruteknik
·         Untuk seimbangkan antara keperluan dan pengeluaran
Cabaran dalam pendidikan VT
·         Untuk melahirkan tenaga kerja yg berkualiti
·         Kurikulum gagal lahirkan pekerja mahir benar
·         Pendidik kurang ilmu dan pengalaman
·         Perubahan semasa-semua kena berubah
Langkah untuk memantapkan pendidikan VT
·         Pendidik perlu ilmu dan pengalaman yang tinggi
·         Guru baru dihantar untuk latihan industri untuk belajar teknologi baru
·         Kurikulum VT perlu ada aspek kerohanian supaya pelajar seimbang dan yang berkaitan dengan industrt dan selari dengan kehendak industri
·         Sistem penilaian berdasarkan kecekapan,secara individu dan lebih ketat
Pendidikan bertaraf dunia
·         agar Malaysia jadi pusat kecemerlangan pendidikan di rantau Asia dan dunia
·         KP tingkatkan imej cemerlang dan kualiti pendidikan
·         Pembangunan tenaga manusia
·         Ekonomi pesat
·         Tingkatkan kualiti kebajikan sosial
·         Pemodenan masyarakat
·         Budaya fikir yang cemerlang
·         Tingkatkan sains dan teknologi
·         Celik huruf tinggi
Cabaran ke arah pendidikan bertaraf dunia
·         Pensyarah IPTA berpindah ke IPTS
·         Wanita menguasai perguruan-masalah disiplin meningkat
·         Peperiksaan mengikut keupayaan
Langkah –langkah pendidikan bertaraf dunia
·         Pendidikan yang berkualiti
·         Universiti dikorporatkan yang  boleh mencari keuntungan,ikut budaya pengurusan swasta,pentingkan produktiviti,ada kuasa autonomi,ambil pelajar luar,guna BI,
·         Semua aspek berkualiti,contohnya pengajaran,pensyarah,sijil dll
·         Sistem pendidikan kena berubah
·         Universiti  digredkan
·         Program berkembar dengan universiti luar negara
·         Longgarkan sistem pendidikan,contohnya fast track
·         Guru guna ICT dalam pengajaran
·         Skim gaji dan kenaikan pangkat yang menarik hati pensyarah
·         Geran penyelidikan diberi kepada pensyarah yang ingin hasilkan inovasi
·         Sistem peperiksaan yang berkualiti dan berterusan
Masalah remaja
·         Membazir masa
·         Melepak
·         Merempit
·         Perbuatan maksiat
·         dll
Punca masalah sosial remaja
·         keluarga-kurang asuhan, kurang didikan, kurang bimbingan, kurang kawalan, kurang perhatian, sikap materialistik, sibuk cari kemewahan, kurang masa dengan anak, terlalu mewah, manjakan anak tidak bahagia, pertengkaran,  perpisahan,  ekonomi yang sempit
·         pengaruh persekitaran-akhlak buruk, terikut-ikut,  bergaul dengan orang dewasa,   merayau-rayau di pusat hiburan
·         pengaruh media-cara  pertuturan, tingkah laku yang kasar,  pakaian yang mencolok mata,  cara berpakaian,  gaya rambut artis, pergaulan bebas
·         pengaruh di sekolah-tekanan akademik, guru  dan guru disiplin yang kurang professional dalam menyelesaikan masalah pelajar
Cara mengatasinya
·         ibu bapa-beri perhatian,   beri kasih sayang, luangkan masa bersama anak, selami masalah dan  beri jalan, memerhati gerak geri anak, beri sokongan moral, terima pandangan anak,
·         pendekatan akademik dan kokurikulum-P&P yang menarik, aktiviti yang menarik,  wajibkan kokurikulum,  ibubapa beri sokongan kpd anak yang aktif
·         sistem perundangan di sekolah-hukuman dan denda yang tegas
·         peranan polis-pelajar yang ponteng, lepak dirujuk kepada polis
·         guru kaunseling-bimbingan, nasihat berterusan, kenalpasti pelajar yang risiko tinggi,  beri kursus motivasi
·         PIBG-pertemuan ibubapa dan guru kerap, bincang masalah akademik dan sahsiah, ibubapa pelajar yang bermasalah dijemput ke sekolah untuk bincang, kerjasama erat
EKOLOGI
Jenis pencemaran alam sekitar
Pencemaran air-
·         kilang buang sisa toksid organik dan tak organik ke dalam parit dan sungai
·         bahan buangan spt ammonia menyebabkan hidupan sungai dan laut keracunan
·         pembuangan sisa pertanian spt najis haiwan dan racun makhluk perosak ke dalam sungai dan tasik
·         tumpahan minyak dari kapal
pencemaran udara
·         udara dikotorkan dengan bahan cemar yang pekat
pencemaran tanah
·         tumpahan minyak
·         tumpahan sisa kimia
·         hakisan tanah akibat bukit ditarah
pencemaran bunyi
·         kilang,kuari,kenderaan
pencemaran sinaran
·         pembakaran terbuka, jerebu
·         radioaktif  daripada letupannya
·         pembinaan bangunan yang tinggi-cahaya tak sampai ke pokok
pencemaran haba
·         sebab suhu meningkat daripada industri
Cara mengatasi pencemaran
·         pendidikan alam sekitar-dalam kurikulum di institusi pendidikan dan untuk orang awam di media
·         undang-undang-gubal dan kuatkuasakan
·         amalan harian di rumah-tidak buang sisa minyak ke dalam sinki, minyak dibungkus dan dibuang ke dalam tong sampah, jangan bakar sampah
·         kitar semula-
·         teknologi kumbahan-air dan sisa najis dirawat, guna mikrobiologi seperti spyrogra dan chorella
·         pertanian persekitaran terkawal dan kawalan biologi- penanaman dalam kelambu untuk elak guna racun , guna burung hantu untuk kawal tikus, guna bakteri untuk kawal serangga
·         guna bioteknologi-guna bakteria untuk atasi pencemaran oleh tumpahan minyak, ubahsuai tanaman untuk tahan penyakit, kurang guna racun
·         kenderaan mesra alam- guna tenaga solar
·         bina tempat bakar tertutup
Gangguan kesihatan berkaitan alam sekitar
·         alergi-kanak-kanak sangat sensitif terhadap debu, buku halus, bahan kimia jenis sintetik menyebabkan bersin, mata gatal dan hidung berair
·         beguk-iodin dalam makanan menyebabkan pembesaran kelenjar tiroid di leher
·         cacat-racun makhluk perosak, pengganggu endokrin, logam berat, pencemar organik menyebabkan kerosakan pada sistem pembiakan manusia, cacat fizikal dan neurologi pada kanak-kanak baru lahir dan dewasa
·         kerosakan ginjal-logam seperti kromium, plumbum, raksa, kadmium, kuprum, racun makhluk perosak, pelarut organik menyebabkan kerosakan ginjal
·         gangguan hormon-jika terdedah kepada dioksin, PCB, racun makhluk perosak, phthalate
·         kelemahan sistem imunisasi- badan mudah dapat penyakit
·         penyakit jantung- hisap rokok, minum alkohol
·         kanser-terdedah kepada asbestos, asap rokok, pelarut organik, logam berat ,racun serangga
·         keracunan plumbum daripada cat, alat tulis, air tercemar oleh sisa industri-tandanya seperti sakit kepala, kejang otot, sawan, sukar belajar
·         keracunan raksa dalam ikan yang tercemar-menyebabkan kerosakan ginjal, hati, saraf, menyebabkan kebas, lemah otot, mata kabur, lumpuh dan kematian
·         kerosakan sistem saraf-kerana terdedah kepada kimia seperti racun makhluk perosak, logam berat, pelarut organik
·         tumbuhan beracun-
·         jangkitan virus bawaan udara, makanan air dan tanah-contohnya virus nipah menyebabkan meningitis
Punca pemanasan global
·         penebangan hutan
·         pencemaran industri
·         penggunaan bahan bakar fosil
·         pelepasan gas rumah hijau
·         penerokaan hutan
·         penipisan ozon oleh CFC
Kesan pemanasan global
·         cairkan ais dikutub > paras air laut naik, pulau kecil tenggelam, tanaman rosak, haiwan musnah, bekalan makanan kurang
·         air laut yang meningkat menyebabkan habitat asli rosak dan merosakkan hidupan akuatik seperti ketam, udang
·         penyakit
·         menyebabkan banjir dan kemarau, ini dipanggil kesan El Nino
·         perubahan arah angin dan arus menyebabkan ribut taufan
·         heatwave dan heartstroke berlaku
·         lemahkan sistem imunisasi
·         penyakit barah kerana mutasi genetik
·         jejaskan pertanian
Masalah biodiversiti
·         kegiatan pembangunan dan eksploitasi ekonomi-telah menghapuskan habitat dan kesimbangan biodiversiti
·         penerokaan hutan-menjejaskan biodiversiti
·         eko pelancongan –
·         pertanian, perlombongan, penempatan, pembinaan, pembangunan-musnahkan biodiversiti
·         perubahan iklim, tanah runtuh, banjir, kemarau, tsunami –musnahkan pelbagai biologi daratan dan akuatik dunia
·         pembalakan dan pemburuan-pupuskan pelbagai biologi
Langkah untuk pelihara biodiversiti
·         bengkel pengurusan biodiversiti-beri maklumat dan pendedahan kepada orang ramai
·         banyakkan pusat R&D- untuk buat penyelidikan pelbagai biologi
·         kawalan ketat pembalakan dan pemburuan haram
·          pemantauan melalui satelit
Kepentingan biodiversiti
·         Kekalkan kitaran hidrologi kerana hidupan menyerap
·         Air dari tanah dibebaskan melalui transpirasi.
·         hutan, padang rumput dan tanah lembab serap air apabila jumlahnya banyak dan membebaskannnya sedikit sedikit
·         Mengawal banjir, tanah runtuh, banjr lumpur
·         Mengatur perjalanan cuaca dan iklim,
·         menyerap radiasi daripada cahaya matahari dan membebaskan wap
·         Mempengaruhi iklim dan menyederhanakan suhu, iklim jadi stabil
·         Menghalang hakisan tanah-daun dan sampah hutan menyerap dan mengurangkan impak air hujan dan  sekaligus menghalang tanah jadi pecah dan halang hakisan di tanah tinggi
·         Mengawal daripada bencana alam-tumbuhan, haiwaan kecil dan mikroorganisma membentuk tanah, paya bakau kurangkan kesan ribut
·         Menghasilkan oksigen untuk pernafasan dan respirasi-
·         Mikrob menyuburkan tanah dan menstabilkan kandungan nitrogen dalam tanah
·         Selenggara    kitaran oksigen dan nitrogen
·         Sumber perubatan   
SAINS DAN TEKNOLOGI
Tenaga diperbaharui
·         Seperti tenaga solar, tenaga biomas, tenaga geothermal, tenaga hidroelektrik
Jenis tenaga alternatif
·         Tenaga hidroelektrik-daripada air sungai yang deras, air terjun yang menggerakkan turbin dan menyebabkan generator elektrik menghasilkan tenaga elektrik
·         Tenaga suria/solar-daripada cahaya matahari yang bersih, tidak cemarkan alam, tidak terhad, tidak habis, contohnya di India
·         Tenaga biomas/tenaga biogas/tenaga biojisim-mudah diperoleh daripada hasil pembakaran yang mengeluarkan gas metana yang menghasilkan tenaga elektrik
Masalah untuk memajukan tenaga alternatif
·         Tahap teknologi-masih rendah di negara membangun
·         Modal-kewangan negara membangun terhad untuk beli kepakaran dan teknologi luar
·         Kurang buruh mahir-kos meningkat jika buruh terlatih dan mahir dari luar
·         Pasaran-sukar untuk dimajukan kerana tenaga alternatif  tidak komersil
Kebaikan tenaga keterbaharuan
·         Mesra alam-kurang mencemarkan alam,contohnya air terjun
·         Tak habis-contohnya air hujan yang banyak
·         Mengatasi  masalah tenaga
Cabaran pelaksanaan teknologi hijau
·         Untuk mengukuhkan kerangka institusi-dengan cara menubuhkan Majlis Tenaga Hijau untuk menyelaraskan kemesterian, agensi, swasta  dan pelaksana. Agensi  Teknologi Hijau ditubuhkan untuk menyelaraskan dan melaksanakan program. Penguatkuasaan undang-undang untuk mempercepatkannya. Penyelarasan fungsi agar semua agensi tahu peranan dan tanggungjawab masing-masing
·         Menyediakan persekitaran-memberi kefahaman kepada orang ramai.Menubuhkan hab teknologi hijau di seluruh negara
·         Untuk memperkukuhkan pembangunan modal insan yang mahir berkelayakan,cekap dan produktif dengan cara latihan,pendidikan,bantuan kewangan,biasiswa,program melatih semula,skim pelapis
·         Penyelidikan dan inovasi-untuk hasilkan teknologi baru,teknik,kurangkan kos,promosi
·         Promosi dan kesedaran awam-supaya pemikiran orang ramai berubah
Faedah pelaksanaan teknologi hijau
·         Menangani masalah alam sekitar-contohnya fenomena perubahan cuaca
·         Tingkatkan kualiti hidup-apabila alam sekitar juga berkualiti kerana pencemaran udara, air dan bunyi adalah minima
·         Peluang pekerjaan dalam industri yang menghasilkan produk yang guna teknologi hijau
Sumbangan cahaya laser
·         Hiburan-pertunjukan cahaya dalam temasya
·         Percetakan-untuk mengimbas drum fotokonduktif  spt kamera rakam imej negatif
·         Imformasi/tekonologi maklumat-hasilkan kabel sebatian optik,  maklumat dihantar dalam bentuk digital yang sangat laju
·         Perniagaan-kod bar pada barangan bagi harga,  jenis dan  kod barang
·         Keselamatan-betulkan bidikan senjata, kesan kelajuan kenderaan dengan menembak kenderaan yang bergerak
·         Perubatan-bedah mata, rawat kukit, buang tahi lalat, rawat ulser gastrik, kawal pendarahan dalam perut
INTEGRASI  DAN PERPADUAN
Halangan integrasi nasional dan perpaduan
·         Nilai masyarakat yang negatif-berprasangka, perkauman, etnosentrisme
·         Aspek sosial-tidak faham cara hidup dan masalah hidup kaum lain, tidak hormat kaum lain, tidak hargai kaum lain
·         Aspek budaya-tidak tahu adat, budaya etnik lain kerana tidak bermasyarakat
·         Pemisahan fizikal-masalah jarak antara wilayah seperti Sabah, Sarawak, Semenanjung Malaysia
Usaha/strategi/langkah memantapkan integrasi dan perpaduan
·         Pendidikan-bahasa pengantar yang sama,Bahasa Melayu,kurikulum yang sama
·         Ekonomi-DEB,basmi kemiskinan,tambah peluang pekerjaan kepada semua kaum,susun semula masyarakat
·         Politik-pemuafakatan politik
·         Sosial dan budaya-SPBT, RMT, projek susu sekolah kepada semua kaum, perubatan percuma, perumahan untuk semua