Latarbelakang
Di
dalam dekad 50-an dan 60-an, program perindustrian di negara ini dijalankan
sebagai usaha untuk mempelbagaikan ekonomi negara yang pada masa itu amat
bergantung kepada getah dan bijih timah. Memandangkan harga kedua-dua
komoditi ini tidak stabil, kerajaan telah melancarkan program perindustrian
untuk mencetuskan perkembangan ekonomi yang lebih pesat dan stabil. Dasar
pembangunan perindustrian pada masa itu adalah tertumpu kepada
industri-industri yang bercorak gantian import.
Sejak
tahun 70-an, kerajaan di samping mempelbagaikan ekonomi telah menitikberatkan
pertumbuhan industri yang lebih pesat untuk menampung keperluan pekerjaan dan
Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalam hal ini, tumpuan telah diberikan kepada industri-industri
yang berasaskan eksport dan industri yang mengunakan ramai buruh.
Mulai
tahun 80-an pula, program perindustrian negara mengalami satu lagi
perkembangan meneeusi penggalakan industri berat. Ini bertujuan untuk
memperkukuhkan lagi asas perindustrian negara dan menambahkan kemahiran
rakyat di bidang teknologi yang lebih tinggi. Ia juga bertujuan untuk
mempercepatkan lagi proses perindustrian. Kerajaan memainkan peranan secara
langsung di dalam merancang, melaksana, membiayai dan mengurus industri-industri
berat memandangkan sektor swasta tidak mampu menanggung perbelanjaan atau
menghadapi risiko dalam mengendalikan projek-projek yang bukan sahaja
melibatkan modal yang besar, tetapi juga hanya dapat memberi pulangan dalam
tempoh masa yang panjang.
Walaupun
pada keseluruhannya perkembangan industri negara dalam tahun-tahun 60-an,
70-an dan awal 80-an adalah memuaskan tetapi banyak masalah dan kelemahan
masih wujud di dalam sektor ini. Misalnya, pertumbuhan sektor eksport adalah
tidak begitu memuaskan jika dibandingkan dengan sektor dalam negeri. Eksport
barang-barang pembuatan Malaysia terlalu bergantung kepada segelintir
industri sahaja seperti elektrik dan elektronik dan tekstil. Mutu keluaran
juga pada keseluruhannya tidak begitu memuaskan dan tidak dapat bersaing
dengan keluaran negara-negara asing. Ini disebabkan tahap teknologi yang
masih rendah dan kurangnya kemahiran rakyat tempatan untuk mempertingkatkan
atau memperbaharui teknologi yang diterima dari luar. Satu masalah besar
ialah kurangnya hubungkait di antara sektor perindustrian dengan
sektor-sekctor lain menyebabkan tidak wujudnya integrasi ke hadapan dan ke
belakang (back-ward and forward integration.) Industri-industri yang
ditubuhkan juga kurang mempunyai nilai ditambah (value added) kerana banyak
menumpukan kepada aktiviti pemasangan sahaja. Oleh itu, sekiranya sektor
perindustrian dikehendaki terus memainkan peranan utama dalam pembangunan
negara, perlulah diwujudkan matlamat-matlamat jangka panjang yang disokong
dengan dasar dan strategi pembangunan yang baru.
Selaras
dengan hasrat untuk mengenalpasti kelemahan ciri-ciri struktur serta
mengatasinya, kerajaan telah melancarkan dua kajian utama pada tahun 1983,
iaitu Kajian Dasar Perindustrian Malaysia (KDPM) dan Pelan Induk Perindustrian
(PIP). KDPM benujuan untuk menyemak dan mengubahsuai dasar-dasar
perindustrian negara yang sedia ada dan mengkaji semula galakan-galakan
pelaburan dan dasar-dasar peningkatan eksport. PIP pula bertujuan untuk
menggubal objektif pembangunan perindustrian secara am dalam mengenalpasti
strategi-strategi untuk sektor-sektor kecil yang berpotensi untuk tumbuh
dengan pesat. Dasar utama perindustrian telah mengambil kira beberapa prinsip
asas yang terkandung di dalam perakuan-perakuan kedua-dua kajian ini.
Rasional
Penggubalan
dasar perindustrian negara melambangkan keazaman kerajaan untuk mempergiatkan
lagi proses industrialisasi negara agar sektor pembuatan menjadi punca utama
pertumbuhan ekonomi negara. Kemelesetan ekonomi yang melanda negara pada
tahun 1985-1986 telah menunjukkan kelemahan dalam struktur industri negara.
Pengalaman dalam dekad 80-an di mana semua harga komoditi utama telah jatuh
secara serentak mendorong kerajaan memikirkan strategi-strategi ekonomi
jangka panjang untuk mengenalpasti dan mengatasi kelemahan-kelemahan struktur
sektor pembuatan ini. Seandainya masalah-masalah ini dapat diatasi, kerajaan
yakin sektor ini boleh memainkan peranan yang lebih dinamik lagi melalui
sumbangan-sumbangan yang lebih besar dari segi menambah eksport, mengadakan
lebih banyak peluang-peluang pekerjaan serta memperbanyakkan peluang-peluang
latihan teknikal dan kemahiran.
Pada
jangka panjangnya, PIP diharapkan dapat meletakkan asas yang kukuh bagi
negara ini menjadi sebuah negara perindustrian yang maju. Jelas di
negara-negara perindustrian yang ada sekarang, sektor perkilangan (selain
daripada sektor perkhidmatan) merupakan sektor yang terpenting dalam
menggerakkan jentera pembangunan negara. Banyak negara maju dan negara
perindustrian dahulunya merupakan negara-negara pertanian yang mundur, tetapi
oleh kerana mereka memasuki bidang perindustrian dengan bersungguh-sungguh,
hari ini mereka telah maju.
Walaupun
bidang pertanian di Malaysia merupakan satu kegiatan ekonomi yang penting
namun demikian pertanian tidak mungkin dapat mewujudkan peluang-peluang
pekerjaan bagi puluhan ribu lulusan sekolah dan institusi pengajian tinggi
setiap tahun.
Objektif
Objektlf Pelan Induk Perindustrian
(PIP)
Pelan Induk Perindustrian yang telah diumumkan oleh Menteri Perdagangan dan Perindustrian pada 3 Februari, 1986 telah menggariskan tiga matlamat iaitu:
Pelan Induk Perindustrian yang telah diumumkan oleh Menteri Perdagangan dan Perindustrian pada 3 Februari, 1986 telah menggariskan tiga matlamat iaitu:
(a) Menjadikan sektor
perkilangan sebagai catalyst pertumbuhan
perindustrian negara;
(b) Menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber asli negara; dan
(c) Meninggikan tahap penyelidikan dan pembangunan (R & D) teknologi
tempatan sebagai asas bagi Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian
perindustrian negara;
(b) Menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber asli negara; dan
(c) Meninggikan tahap penyelidikan dan pembangunan (R & D) teknologi
tempatan sebagai asas bagi Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian
Strategi Pelaksanaan
Strategi Pelan Induk Perindustrian
Untuk mencapai matlamat-matlamat tersebut, PIP telah mengenalpasti 12 sektor industri yang patut diberi penekanan. Tujuh daripada sektor-sektor ini adalah yang berasaskan sumber tempatan iaitu industri yang berasaskan getah, kelapa sawit, kayu-kayan, makanan, kimia, logam bukan ferus dan keluaran-keluaran galian bukan logam. Lima sektor lagi merupakan industri yang bukan berasaskan sumber iaitu eletrik dan eletronik, peralatan pengangkutan, mesin dan kejuruteraan, logam-logam ferus, dan tekstil dan pakaian. Kesemua industri ini telah dipilih berasaskan kepada potensi untuk mencapai matlamat memperluaskan asas industri negara. PIP juga telah mencadangkan langkah-langkah berikut diambil supaya Malaysia dapat mencapai taraf sebuah negara perindustrian:
Untuk mencapai matlamat-matlamat tersebut, PIP telah mengenalpasti 12 sektor industri yang patut diberi penekanan. Tujuh daripada sektor-sektor ini adalah yang berasaskan sumber tempatan iaitu industri yang berasaskan getah, kelapa sawit, kayu-kayan, makanan, kimia, logam bukan ferus dan keluaran-keluaran galian bukan logam. Lima sektor lagi merupakan industri yang bukan berasaskan sumber iaitu eletrik dan eletronik, peralatan pengangkutan, mesin dan kejuruteraan, logam-logam ferus, dan tekstil dan pakaian. Kesemua industri ini telah dipilih berasaskan kepada potensi untuk mencapai matlamat memperluaskan asas industri negara. PIP juga telah mencadangkan langkah-langkah berikut diambil supaya Malaysia dapat mencapai taraf sebuah negara perindustrian:
(a) Melaksanakan dasar
perindustrian yang berpandangan ke luar. Untuk mengekalkan kadar
pertumbuhan perindustrian yang tinggi, Malaysia harus menumpukan kepada
pengeksportan keluaran-keluaran perkilangan secara besar-besaran. Masalah
pasaran yang kecil telah menjadi satu faktor penghalang bagi
industri-industri tempatan mencapai produktiviti yang lebih tinggi dan lebih
kompetitif;
(b) Memajukan secara intensif industri-industri berasaskan sumber untuk eksport dan mempelbagai serta meningkatkan industri bukan berasaskan sumber untuk eksport. Dari 12 sektor industri yang terpilih, beberapa keluaran/industri telah dikenalpasti sebagai keluaran/industri keutamaan untuk dimajukan;
(c) Memajukan industri-industri berat terpilih untuk menyokong industri-industri eksport. Strategi ini dipilih memandangkan kerajaan sudahpun membuat pelaburan yang banyak dalam beberapa jenis industri berat. Usaha-usaha perlu ditumpukan kepada memastikan kejayaan projek-projek itu dahulu sebelum menceburi bidang-bidang industri berat yang lain;
(d) Memaju dan menggunakan sistem perkhidmatan maklumat yang
bersepadu;
(e) Membangunkan teknologi dan tenaga rakyat;
(f) Mengurangkan perbelanjaan dalam pembinaan infrastruktur dengan
memberi tumpuan kepada pertumbuhan industri-industri di kawasan yang telah sedia mempunyai kemudahan infrastruktur yang diperlukan. Penubuhan industri-industri diutamakan di sepanjang western corridor di pantai barat Semenanjung yang mempunyai hampir 75-80 peratus penduduk dan di mini corridor di pantai timur. Semenanjung, dengan tumpuan di kawasan sekitar Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Kuantan, dan di bandar-bandar di Sabah dan Sarawak seperti Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Labuan, Kuching, Sibu dan Bintulu;
(g) Memoden dan menyusun semula struktur perindustrian dengan
mempertingkatkan pembangunan industri-industri kecil dan sederhana kerana sektor ini merupakan tulang belakang proses perindustrian seperti yang ternyata di negara Taiwan dan menyusun semula industri-industri yang kurang berkesan tetapi penting dalam ekonomi negara;
(h) Memperkukuhkan institusi-institusi yang bertanggungjawab kepada
pembangunan sektor pembuatan; dan
(i) Menyusun semula sistem galakan perindustrian yang sedia ada
untuk memupuk kecekapan dan daya bersaing yang lebih tinggi
Penutup
PIP merangkumi strategi-strategi dan
langkah-langkah yang boleh membawa Malaysia ke dalam era sebuah negara
perindustrian dan seterusnya menjadi teras kepada sebuah negara maju.
Melaluinya, pertumbuhan ekonomi Malaysia akan lebih diterajui oleh
pertumbuhan dalam sektor eksport yang berlandaskan strategi industrialisasi
yang outward-looking. Sejauh mana ini akan mencapai hasil yang baik
bergantung kepada keupayaan pekilang-pekilang di Malaysia mengekal, jika
tidakpun meningkatkan lagi, daya saing di pasaran antarabansa yang penuh
cabaran itu.