Latarbelakang
Matlamat kependudukan 70 juta
telah disarankan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Seri Dr. Mahathir Mohammad
ketika beliau berucap di Perhimpunan Agung UMNO dalam bulan September 1982.
Beliau berpendapat bahawa Malaysia akan lebih berjaya dengan penduduk
sebanyak 70 juta.
Saranan ini kemudiannya telah
dijelaskan dan dikemukakan sekali lagi oleh beliau dalam ucapannya semasa
membentangkan kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Keempat pada 29hb.
Mac 1984. Matlamat kependudukan ini diharapkan dicapai dalam tempoh 115
hingga 120 tahun.
Rasional
Jumlah penduduk Malaysia adalah
masih kecil dan ada faedah-faedah besar jika kependudukan Malaysia dibesarkan
dalam jangka perancangan di atas. Jika dibandingkan dengan negara-negara
lain, Malaysia dengan kawasan yang seluas 334,000 km persegi mempunyai
penduduk sebanyak 45 juta, Negeri Thai dengan kawasan seluas 514,000 km
persegi mempunyai penduduk sebanyak 50 juta dan Republik Indonesia dengan
kawasan tanah 2,027,087 km persegi mempunyai sebanyak 150 juta.
Rasional untuk mencapai matlamat
kependudukan 70 juta adalah untuk menyediakan satu asas permintaan dan
pasaran bagi keluaran industri industri tempatan. Ini akan mengujudkan
keadaan persaingan dalam pasaran dan selanjutnya akan meninggikan daya dan
mutu pengeluaran untuk eksport. Pertumbuhan adalah dianggap sebagai modal
yang utama untuk kemajuan ekonomi dan sosial sesebuah negara, disamping itu
ianya juga dapat meningkatkan daya pengeluaran ekonomi. Dengan yang demikian,
adalah wajar angkubah-angkubah demografik ini diambil kira di dalam
perancangan pembangunan untuk mempastikan kemajuan ekonomi dan pertumbuhan
kebajikan yang berterusan.
Malaysia masakini mengalami kadar pertumbuhan kependudukan sebanyak 2.5%* bagi jangkamasa 1981-1985. Mengikut kadar ini, jumlah penduduk dianggarkan menjadi 15.279 juta dalam tahun 1984, iaitu pertambahan sebanyak 11.2% daripada jumlah 13.745 juta pada tahun 1980. Kadar pertumbuhan bagi jangkamasa-jangkamasa tertentu adalah seperti yang berikut:-
Malaysia masakini mengalami kadar pertumbuhan kependudukan sebanyak 2.5%* bagi jangkamasa 1981-1985. Mengikut kadar ini, jumlah penduduk dianggarkan menjadi 15.279 juta dalam tahun 1984, iaitu pertambahan sebanyak 11.2% daripada jumlah 13.745 juta pada tahun 1980. Kadar pertumbuhan bagi jangkamasa-jangkamasa tertentu adalah seperti yang berikut:-