Latarbelakang
Sektor
perindustrian memberi sumbangan yang besar kepada ekonomi negara setanding
dengan sektor pertanian. Sumbangan sektor perindustrian dalam KDNK telah
meningkat dari 13.4% pada tahun 1970 kepada 20.5% dalam tahun 1980 sementara
sumbangan sektor pertanian menurun dari 30.8% kepada 22.2% dalam tempuh yang
sama. Begitu juga dengan peluang pekerjaan yang diwujudkan di mana
peraturannya dalam sektor perindustrian telah bertambah dari 11.4% pada tahun
1970 kepada 15.8% pada tahun 1980 sedangkan di sektor pertanian peratusannya
menurun dari 50.5% kepada 40.6%. Pertumbuhan sektor perindustrian dalam dekad
tersebut ialah 12.5% setahun berbanding dengan hanya 4.3% bagi sektor
pertanian.
Proses
perindustrian telah melalui tahap-tahap yang diperlukan bermula dengan
industri tradisional berasaskan pertanian sebelum tahun 1960an kepada
industri gantian-import pada tahun 1960an dan seterusnya industri-industri
intensif buruh dan eksport pada tahun-tahun 1970an. Langkah seterusnya yang
paling wajar dalam proses perindustrian ini ialah dengan mengamalkan dasar
industri berat iaitu perindustrian yang memerlukan modal yang besar,
teknologi yang tinggi dan menggunakan tenaga pekerja mahir yang ramai.
Rasional
Rasional
Industri
berat mempunyai potensi jangka panjang dalam proses rancangan perindustrian
negara kerana dasar ini adalah merupakan satu langkah ke arah satu ekonomi
yang lebih kukuh dengan memperluas dan mengukuhkan asas dan struktur
perkilangan agar ianya terus mampu menghadapi pertumbuhan dan kematangan.
Selama
ini, Kerajaan adalah merupakan pelabur yang terbesar sementara sektor swasta
kurang memainkan peranan dan pelaburannya adalah terlalu lembap. Sektor ini
tidak dinamik di mana ia lebih bertindak balas kepada galakan dan
perlindungan tanpa memberi perhatian kepada 'new areas' dan berbelanja untuk
penyelidikan dan pembangunan. Pada masa-masa yang lepas sektor swasta lebih
memandang ke dalam (inward-looking) dan polisi ditujukan ke arah itu iaitu
gantian import dan galakan perlindungan tanpa memikirkan persaingan dalam
pasaran dunia. Dasar perindustrian berat diharap dapat mengubah keadaan ini
agar sektor swasta meningkatkan pelaburan mereka dan mengambil bahagian
cergas dalam pembangunan ekonomi melalui program perindustrian berat yang
lebih sophisticated yang akan mengwujudkan industri-industri sokongan dan
berkemampuan untuk bersaingan dalam pasaran dunia.
Kebanyakan
pelaburan sehingga hari ini, adalah 'assembly of packaging type'yang gagal
memberi peluang untuk 'forward or backward linkages'. Akibatnya, walaupun
proses perindustrian telah berlangsung selama 25 tahun, Malaysia masih belum
mempunyai 'industrial elite' dan masyarakat perindustriannya sendiri.
Malaysia perlu mempunyai kedua-dua ini jika mahu terus maju setanding dengan
negara-negara perindustrian yang lain.
Objektif
Dasar
Industri Berat dijangka akan mencapai objektif-objektif berikut:
(1)
Mengimport dan menyerap teknologi yang lebih sophisticated
untuk memajukan teknologinya sendiri. Dengan itu, perindustrian di Malaysia tidaklah hanya setakat memproses dan menghasilkan barang-barang pengguna yang mudah, tetapi sebaliknya dapat mengeluarkan bahan-bahan mentah serta jentera-jentera perindustrian dan barang-barang gantian import untuk keperluan negara secara kompetitif.
untuk memajukan teknologinya sendiri. Dengan itu, perindustrian di Malaysia tidaklah hanya setakat memproses dan menghasilkan barang-barang pengguna yang mudah, tetapi sebaliknya dapat mengeluarkan bahan-bahan mentah serta jentera-jentera perindustrian dan barang-barang gantian import untuk keperluan negara secara kompetitif.
(2) Mengelakkan pergantungan berterusan kepada barangan dan teknologi asing. Dengan ini, negara boleh menyelamatkan tukaran wang asing dan seterusnya mengasaskan langkah berjaga-jaga ke atas ketidak-tentuan harga dan bekalan bahan-bahan keperluan strategik.
(3) Mempelbagaikan dan memperkukuhkan eksport barangan Malaysia
untuk mengatasi dasar perlindungan yang ada di negara-negara maju terhadap barangan yang dihasilkan oleh perindustrian intensif buruh negara-negara membangun.
(4) Industri berat dijangka dapat meningkatkan keupayaan
industri-industri kecil dan industri sokongan di samping mengwujudkan industri-industri pertengahan yang baru. Pengalaman di negara-negara lain menunjukkan bahawa pelaburan dan gunatenaga yang diwujudkan oleh industri-industri pertengahan, sokongan dan kecil ini adalah lebih besar dari yang ditimbulkan oleh industri-industri berat itu sendiri.
(5) Mengwujudkan peluang untuk para pekerja dilatih dalam
bidang-bidang kejuruteraan dan kemahiran-kemahiran berkaitan.
Strategi Pelaksanaan
Industri
berat memerlukan modal besar, teknologi yang tinggi dan sophisticated dan
pekerja mahir. Selain dari Kerajaan, tidak ada pelabur-pelabur tempatan yang
sanggup melabur modal dalam projek-projek yang sebegini besar.
Pelabur-pelabur tempatan juga tidak mempunyai teknologi yang diperlukan.
Dengan demikian, pelaburan dalam bidang ini terpaksa diusahakan oleh Kerajaan
dan pelabur-pelabur asing.
Bagi
tujuan ini, Kerajaan telah menubuhkan Perbadanan Industri Berat Malaysia
(HICOM) pada tahun 1980. Peranan HICOM adalah untuk mengenalpasti, memulakan,
melaksanakan dan menguruskan projek-projek dalam bidang industri berat.
Berikutan dari ini beberapa projek tajaan Kerajaan dengan usaha sama pelabur
asing telah dilancarkan. Ini termasuk logi simen, besi panas dan pancang
keluli, projek kereta nasional, logi enjin kecil, palpa dan kertas dan
kompleks kejuruteraan.
Kesemua
projek-projek ini adalah memerlukan bahan-bahan atau komponen-komponen
tertentu dalam pengeluarnnya. Di sini timbullah peranan yang patut dimainkan
oleh industri-industri sokongan dan kecil untuk membekalkan bahan-bahan
tersebut. Dengan itu, perlaksanaan program industri berat mempunyai serampang
dua mata; iaitu mengwujudkan projek industri berat itu sendiri dan meningkat
keupayaan industri sokongan atau mengwujudkan industri-industri baru. Di sini
pelabur-pelabur tempatan (swasta) haruslah memainkan peranan aktif bagi
mengwujudkan 'secondary industries' yang berasaskan 'high-teknologi' dan
berkeupayaan mempercepatkan pertumbuhan industri pertengahan dan sederhana.
Dengan tidak secara langsung ianya akan mengwujudkan industri gantian import
pusingan kedua dan 'resource-based industries' untuk eksport.
Oleh
kerana industri berat memerlukan teknologi yang sophisticated dan kemahiran
yang tinggi di mana ianya menjadi masalah di Malaysia, dasar ini memerlukan
pengimportan kedua-dua sumber itu secara mengadakan usahasama dengan pelabur
asing. Rakan perkongsian asing dimestikan menyediakan kerjasama dan bantuan
dalam melatih pekerja, pengendalian dan pengurusan projek. Ini adalah bagi
menentukan pemindahan teknologi berjalan dengan berkesan dan projek mencapai
kejayaan.
Insentif
berbentuk kredit, tariff atau subsidi patutlah diberi kepada projek-projek
ini bagi membolehkan industri ini berdiri buat permulaannya.
Pengeluaran
juga haruslah bukan sahaja untuk pasaran dalam negara tetapi hendaklah juga
ditujukan kepada pasaran dunia. Dari segi ini, tindakan pemasaran yang
agresif hendaklah dijalankan dan usaha-usaha dibuat dalam penyelidikan dan
pembangunan demi mengurangkan kos pengeluaran agar barangan menjadi lebih
kompetitif.
Kajian
juga hendaklah dibuat bagi mengenalpasti projek-projek yang sesuai dan paling
bermunafaat kepada Malaysia dan menentukan pilihan teknologi yang akan
digunakan.
Penutup
Penutup
Oleh
kerana bentuk perindustrian berat yang rumit itu tidak menggalakkan
penglibatkan sektor swasta dalam negeri, maka Kerajaan nampaknya terpaksa
mengambil daya utama untuk menjalankan industri ini dan membiarkan pelabur swasta
menjalankan industri sampingan bagi komplimen industri berat itu. Ini dengan
sendirinya akan mempertingkatkan proses perindustrian dan memperluaskan asas
perindustrian yang diperlukan bagi industri berat. Buat beberapa ketika
pergantungan kepada teknologi asing tidak dapat dielakkan, tetapi dengan
penyusunan cara pemindahan teknologi yang teratur, ianya akan dapat
dikurangkan sedikit demi sedikit sehingga akhirnya Malaysia boleh
mengwujudkan teknologinya sendiri. Selain dari itu, langkah yang patut diambil
ialah dengan memberikan intensif yang sesuai kepada industri dalam negeri
bagi membolehkan ia merangka 'capital saving equipment' melalui aktiviti
penyelidikan dan pembangunan mereka. Berdasarkan pencapaian yang telah
diperolehi dalam dasar perindustrian negara selama ini, dasar industri berat
ini juga akan mencapai kejayaan yang sama jika pendekatan yang sesuai dibuat.