MUKADIMAH
Kehidupan
masyarakat kian menjadi rumit akibat perubahan sosial yang semakin pesat.
Keadaan ini mengakibatkan tekanan hidup bagi individu, keluarga, kelompok dan
komuniti dalam manghadapi berbagai-bagai masalah sosial. Masalah sosial yang
mendesak, yang boleh mengganggu kesejahteraan negara semakin bertambah dengan
meningkatnya kadar penjenayahan, pelacuran, penderaan kanak-kanak, keciciran
dan kenakalan di kalangan murid sekolah, kenakalan juvana, keganasan dalam
keluarga, penceraian, pengangguran, pelarian kanak-kanak, penganiyaan
terhadap orang tua, penyalahgunaan dadah, belia berpeleseran dan sebagainya.
Untuk
mengatasi masalah ini, maka nilai keninsafan dan tahap kemampuan golongan
tersebut perlu dipertingkatkan supaya berkeupayaan menghadapi cabaran semasa.
Jika tidak dibendung besar kemungkinan ianya akan tercetus menjadi wabak yang
sukar dikawal kelak serta menjejaskan kesanbaik yang sekian lama dilaksanakan
oleh negara ini. pendekatan serta peranan yang bercorak rawatan dan pemulihan
tidak mencukupi dan harus juga merangkumi segala aspek pencegahan dan
pembangunan.
Ketepatan
pendekatan dan segala arah yang jelas perlu diutarakan dengan penggubalan
Dasar Kebajikan Masyarakat Negara yang bertujuan untuk menggalakkan
kesejahteraan rakyat serta kestabilan masyarakat menuju ke arah pewujudan
keadilan sosial.
MATLAMAT
"MASYARAKAT
SEJAHTERA DAN TEGUH UNTUK KEMAJUAN NEGARA "
TUJUAN
Untuk
mewujudkan masyarakat yang:
a. Bersemangat Berdikari
b. Menikmati Peluang Yang Sama
c. Mengamalkan Budaya Ikram
b. Menikmati Peluang Yang Sama
c. Mengamalkan Budaya Ikram
STRATEGI
a.
Membangunkan potensi manusia ke tahap ptimum serta meningkatkan daya
ketahanan masyarakat untuk menghaddapi cabaran kemasyarakatan semasa;
b.
Menwujudkan berbagai-bagai kemudahan supaya dapat meningkatkan tahap
keupayaan untuk kemajuan diri dan individu;
c.
Membina dan memupuk semangat tolong-menolong, Bantu-membantu untuk
mengukuhkan budaya ikram
STRATEGI
KHUSUS
1. PEMBANGUNAN
POTENSI MANUSIA
a. Norma
dan nilai hidup berkomuniti yang positif diberikan tumpuan sebagai asas
sokongan dan jagaan dalam komuniti.
b. Kemahiran
hidup sebagai asas pembelajaran untuk meningkatkan ketahanan diri.
c. Asas
utama dalam penyelesaian berbagai-bagai masalah sosial diberikan tumpuan pada
pembangunan potensi individu dan kelompok.
d. lnstitusi
sosial diperkukuh dan diperkembangkan untuk memainkan peranan sokongan bagi
jagaan, bimbingan dan kemahiran hidup untuk kesejahteraan ahli-ahlinya.
2. PENINGKATAN
PENYAMAAN PELUANG
a. Berbagai-bagai
jenis kemahiran dipertingkat, diperpesat dan dipergiat dipergiat untuk
memajukan diri serta menambahkan daya pernyesuaian terhadap suasana
persekitaran.
b. Infrastruktur
sosial dan perundangan diwujudkan bagi penglibatan aktif dan kelompok dalam
kegiatan komuniti.
c. Berbagai-bagai
kemudahan dalam masyarakat diwujudkan untuk mengurangkan rintangan yang
menghalang kemajuan golongan tertentu.
d. Polisi
dan program yang inovatif diwujudkan supaya setiap anggota masyarakat dapat
dibantu agar mereka dapat hidup dengan lebih produktif.
3. BUDAYA TOLONG MENOLONG
a. Kesedaran,
minat dan semangat budaya tolong menolong disemai dan dipupuk di semua
peringkat masyarakat, khususnya di kalangan anak muda.
b. Kegiatan
bergotong-royong dipertingkat dan diperluaskan untuk kebajikan masyarakat.
c. Tatasusila
dan disiplin diri yang sempurna dipupuk bagi masyarakat seluruhnya untuk
meningkatkan hubungan kemasyarakatan.
d. Berbagai-bagai
sumber komuniti diadakan untuk membantu golongan tertentu.
PELAKSANAAN
Setiap
individu dan kelompok, pertubuhan sukarela, masyarakat tempatan, agensi
Kerajaan dan organisasi swasta perlu menghayati serta menyumbangkan fikiran
yang kreatif dan mengamalkan peranan aktif secara menyeluruh di semua
peringkat bagi menjayakan DKMN. Antaranya ialah:
?
Diperlukan usahasama antara individu dan kelompok, pertubuhan sukarela,
masyarakat tempatan, agensi Kerajaan dan organisasi swasta untuk menggunakan
sepenuhnya sumber komuniti yang terdapat di dalam masyarakat.
?
Diperlukan hubungan bersepadu di kalangan agensi yang terlibat dalarn
kebajikan masyarakat untuk mendapat faedah yang maksimum.
?
Pekerja sosial dilengkapkan dengan berbagai–bagai pengetahuan dalam bidang
pembangunan manusia serta kemahiran kerja sosial untuk meningkatkan tahap
prestasi kerja.
• Diperlukan
kepimpinan yang berkesan dan kawalan Kerajaan bagi perubahan dasar serta
perkembangan dalam bidang kebajikan masyarakat melalui penyelarasan semua
aktiviti dan penyelenggaraan piawaian minimum.
• Diperlukan
peningkatan program penyelidikan sebagai asas penting dalam pembentukan dasar
sosial, pengwujudan program baru serta penilaian program yang sedia ada.
• Diperlukan
pengukuhan semangat bersepadu di kalangan penubuhan sukarela untuk kemajuan
kebajikan masyarakat.