Latarbelakang
Di
dalam Perlembagaan Malaysia, Islam ialah agama rasmi Negara dan hak
mengendalikan hal ehwal Islam diberikan kepada Raja-raja dan
Kerajaan-kerajaan Negeri. Sungguhpun demikian, penganut-penganut agama lain
adalah bebas mengamalkan agama masing-masing.
Penglibatan
Raja-raja, Kerajaan-kerajaan Negeri dan Persekutuan dalam bidang ini bermula
sebelum merdeka lagi. Antara aktiviti dan program penting yang dikelolakan
oleh mereka termasuklah sistem sekolah agama, sistem undang-undang mahkamah
syariah, pembinaan surau dan masjid, pungutan dan pengurusan zakat fitrah dan
Baitulmal. Dalam tahun-tahun awal selepas kemerdekaan, aktiviti dan program
ini telah dipergiat dan ditambah pula dengan perkara-perkara baru, antaranya
termasuklah tilawah Al-Quran yang telah mengharumkan nama negara di kalangan
negara-negara Islam.
Sementara
langkah-langkah ini sedang dikelolakan, dunia Islam sejagat telah bangun
semula, didorong oleh satu kesedaran baru tentang kemurnian Islam dan peranan
yang boleh dan patut dimainkannya dalam hal ehwal negara dan peribadi.
Kesedaran baru ini, yang menjadi ketara dalam dekad tujuh puluhan, juga
dirasai di Malaysia. Dalam keadaan ini, Kerajaan Persekutuan sendiri telah terdorong
untuk meluas dan mengukuhkan programnya mengenai hal ehwal Islam. Sehubungan
dengan ini, usaha-usaha baru telah diambil, antaranya termasuklah penubuhan
sekolah-sekolah menengah agama berasrama penuh, Universiti Islam
Antarabangsa, Bank Islam, Syarikat Insurans Islam dan pengukuhan Bahagian
Hal-Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri. Selaras dengan usaha-usaha ini,
satu lagi usaha yang dipanggil 'Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam
Pentadbiran' telah diperkenalkan pada tahun 1985.
Rasional
Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran adalah sebahagian daripada pelbagai usaha Kerajaan Malaysia untuk memasukkan unsur-unsur Islam dalam pentadbiran dan kehidupan rakyat Malaysia. Rasional Kerajaan memberi perhatian kepada nilai-nilai khususnya nilai-nilai Islam ialah:

"Dalam
usaha untuk memelihara maruah Warganegara Malaysia, maka perlulah ia
mempunyai satu identiti yang kukuh. Dalam konteks ini, unsur yang terpenting
sekali dalam pembentukan identiti Warganegara Malaysia ialah nilai. Ia merupakan
satu faktor utama yang boleh memastikan kelahiran sesebuah masyarakat yang
disegani. Sesuatu bangsa yang tidak mempunyai nilai kehidupan yang tertentu
akan mudah menjadi mangsa kepada bangsa lain yang sentiasa berusaha
mengembangkan nilai-nilainya dan dengan perkembangan ini akan dapat menguasai
bangsa yang tidak mempunyai nilai-nilai yang kukuh."
Bagi
masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbagai kaum dan agama dan
menjalani cara hidup yang berbeza-beza, pengamalan nilai-nilai yang dapat
diterima oleh semua rakyat adalah menjadi asas penting dalam usaha ke arah
membentuk identiti dan perpaduan. Tanpa nilai yang universal ini rakyat akan
terdorong untuk menerima dan menyanjung nilai-nilai lain yang sangat asing
bagi masyarakat Malaysia. Ini akan menyebabkan kesetiaan rakyat Malaysia
serta identitinya sebagai satu warganegara akan menjadi kabur dan maruah
bangsa tidak dijunjung tinggi dan mungkin mereka akan memperkecil-kecilkan
negara dan bangsa sendiri. Dengan itu rakyat Malaysia haruslah mempunyai
identitinya sendiri dengan setiap individu, organisasi dan semua sektor yang
melaksanakan pelbagai aktiviti menjalankan kerja yang boleh memberikan
sumbangan kepada kesejahteraan negara. Urusan-urusan yang dijalankan dengan
penuh rapi, teliti, amanah dan rasa bertanggungjawab boleh membawa kepada
pembentukan identiti yang diperlukan oleh sesebuah negara seperti Malaysia
ini. Tanpa penerimaan nilai-nilai hidup yang mulia tidak mungkin identiti
yang membanggakan dapat dicapai.
Sebagaimana
yang sedia dimaklumi 'identiti' tidak boleh pisahkan daripada nilai.
Persoalannya ialah; "Apakah nilai yang boleh digunakan bagi mengukuhkan
sesuatu identiti?" Ramai yang berpendapat masalah nilai lebih sesuai
diserahkan kepada individu-individu dan komuniti-komuniti yang berkenaan
untuk menentukannya. Tetapi ini tidak akan menyelesaikan masalah, malah ia
akan berakhir dengan kekeliruan yang berterusan di dalam
masyarakat. Oleh itu adalah sangat wajar sekiranya dijelaskan secara langsung
nilai yang perlu diterima dan diterapkan dalam masyarakat. Bagi masyarakat
Malaysia adalah tepat sekiranya nilai itu diasaskan kepada
kehendak dan pengajaran Islam bagi membentuk sebuah negara yang
produktif dan bermoral tinggi. Mungkin pada awalnya ia akan dipersoalkan menerusi
kacamata agama atau budaya lain kerana memilih nilai yang diasaskan kepada
satu agama sahaja. Tetapi dengan merenung kembali dan memahami negara
Malaysia itu sendiri, setiap rakyat akan mendapati dan menyedari bahawa
langkah untuk memilih nilai Islam itu adalah langkah yang wajar. Sebaliknya
pula mereka yang tidak memahami tentang kedudukan Negara Malaysia dari segi
geografi, sejarah, kebudayaan, perlembagaan dan lain-lainnya akan terus
mempertikaikan perkara ini. Walaubagaimanapun, setelah melihat secara objektif,
maka tidak akan ada satu sebab pun untuk menolak bahawa nilai yang berasaskan
kepada agama Islam itu ialah yang paling sesuai untuk membangunkan masyarakat
Malaysia umumnya. Nilai-nilai Islam itu boleh menjadi penggerak ke arah
membanteras unsur-unsur keburukan yang menjadi musuh utama negara ini seperti
fahaman komunis, kemiskinan, rasuah, kecuaian, kejahilan,
penyelewengan dan sebagainya yang sentiasa mengancam usaha-usaha
perpaduan rakyat dan pembangunan negara.
Al-Quran
juga telah menamakan agama Islam sebagai agama yang bernilai. Penamaan ini
memberikan keyakinan kepada semua orang bahawa kandungan yang terdapat di
dalam kitab suci Al-Quran itu adalah merupakan nilai-nilai yang mulia kerana
ia merupakan bimbingan-bimbingan (hidayah) yang datang daripada Allah s.w.t.
dan ditujukan kepada semua manusia, bukan sahaja kepada yang beragama Islam.
Di antara bimbingan-bimbingan yang terpenting ialah perkara-perkara yang
berkaitan dengan moral (akhlak). Ini bererti bahawa apa yang dimaksudkan
dengan Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran ialah bimbingan
pembentukan akhlak yang berfaedah dan berfungsi dalam kehidupan setiap rakyat
menuju ke arah ketinggian maruah di samping menanam nilai-nilai yang murni
dan membina ke dalam sistem pentadbiran negara.
Pemilihan
pentadbiran negara sebagai komponen yang pertama dalam penerapan nilai-nilai
Islam adalah antara lain berasaskan tanggungjawab Kerajaan memastikan
kelicinan jentera pentadbiran Kerajaan yang merupakan saluran terpenting
dalam pelaksanaan sesuatu dasar. Kejayaan rancangan-rancangan yang diatur
oleh Kerajaan sebahagian besarnya bergantung kepada penjawat-penjawat dalam
perkhidmatan awam. Penghayatan nilai-nilai Islam oleh mereka akan menjamin
kelancaran dan kecekapan jentera Kerajaan yang besar dan menghindarkan
perbuatan rasuah, penyelewengan dan sebagainya.
Bagi
menjayakan pentadbiran Kerajaan, nilai-nilai Islam yang diutamakan boleh
diamalkan oleh semua rakyat Malaysia, sama ada mereka Islam atau bukan Islam.
Menurut YAB. Perdana Menteri, nilai-nilai yang diutamakan untuk pentadbiran
yang boleh diterima oleh orang Islam dan bukan Islam ialah amanah kejujuran,
tanggungjawab, rajin, ikhlas, tertib, disiplin, mengutamakan masyarakat lebih
daripada diri sendiri, sanggup berkorban, tidak tamak, berpandangan jauh,
bermoral dan berkelakuan baik dan lain-lain.
Objektif
Objektif dasar ini adalah seperti berikut:
(i) Membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bermaruah, beridentiti
kukuh dan disegani oleh masyarakat lain;
(ii) Menubuhkan sebuah 'negara bahagia';
(iii) Menghapuskan sikap yang negatif dalam menjalankan tugas yang
dipertanggungjawabkan; dan
(iv) Menghasilkan perkhidmatan yang bermutu.
Berdasarkan kepada objektif-objektif ini adalah jelas bahawa dasar ini bukannya bertujuan mengislamisasikan rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam, tetapi sebenarnya memupuk amalan nilai-nilai murni yang boleh diterima oleh semua pihak dan golongan kerana agama-agama lain juga menitikberatkan amalan nilai-nilai seperti ini.

Nilai-nilai Islam
Hanya sebelas daripada nilai-nilai Islam yang banyak telah dipilih untuk dijadikan asas dasar ini. Nilai-nilai tersebut ialah:
Amanah;
Tanggungjawab;
Ikhlas;
Dedikasi;
Sederhana;
Tekun;
Bersih;
Berdisiplin;
Bekerjasama;
Berbudi Mulia; dan
Bersyukur.
Sebelas nilai ini dipilih kerana ia merupakan unsur-unsur yang boleh diterima sebagai kunci kepada kejayaan dalam menjalankan urusan-urusan kehidupan terutamanya dalam pentadbiran sesebuah negara.

Bagaimanakah
nilai-nilai Islam ini boleh dihayati? Berikut ialah takrif/pandangan mengenai
sikap dan budaya kerja berdasarkan nilai-nilai Islam yang ingin diterapkan ke
dalam pentadbiran awam.
Amanah
(i) Menyedari hakikat bahawa tugas adalah amanah yang perlu
dilaksanakan dengan sebaik-baiknya;
(ii) Mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan bagi menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan;
(iii) Menghindarkan dengan rela hati kepentingan diri dari mengatasi
kepentingan tugas;
(iv) Menentukan tiada penyelewengan dalam tugas sama ada dari segi
masa, kuasa, sumber wang dan peralatan serta tenaga kerja; dan
(v) Mengutamakan kepentingan awam sebagai teras perkhidmatan.
Tanggungjawab
(i) Menerima hakikat akauntabiliti akhir adalah terhadap Tuhan, di
samping pekerjaan dan majikan;
(ii) Melakukan tugas dengan kesedaran terhadap implikasi baik dan
buruknya iaitu sentiasa waspada dan jujur;
(iii) Bersedia berkhidmat dan menghulurkan bantuan bila-bila sahaja
diperlukan;
(iv) Bercita-cita untuk tidak mengkhianati kepentingan organisasi/
instutusi/awam dalam menjalankan tugas; dan
(v) Bersedia menjaga maruah agama, bangsa dan negara.
Ikhlas
(i) Berhati mulia dalam melaksanakan tugas tanpa mengharapkan
balasan dari manusia;
(ii) Mempunyai niat bertugas kerana Tuhan, kerana mencari rezeki yang
halal serta mencari keredhaannya; dan
(iii) Mengikis sebarang unsur "kepentingan diri" dalam melaksanakan
tugas sebagai asas pengisian amanah.
Dedikasi
(i) Kesetiaan yang tinggi kepada tujuan organisasi di bawah
peraturan-peraturan yang ada;
(ii) Komited kepada sebarang perubahan yang positif dan kepada
kebaikan;
(iii) Sedia mengubah sikap demi kebaikan bersama dan tugas;
(iv) Sedia memulakan pembaikan; dan
(v) Berinisiatif dan proaktif dalam melaksanakan tugas harian.
Sederhana
(i) Menjamin perseimbangan equilibrium dalam diri dan tugas;
(ii) Keseimbangan dalam membuat keputusan dengan mengambil kira fakta
fakta yang terdapat dalam alam sekitar;
(iii) Rajin mempelajari pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan untuk
membaiki cara bekerja;
(iv) Berusaha gigih untuk menghasilkan kerja yang memuaskan pihak-
pihak yang berharap kepadanya; dan
(v) Berusaha gigih bagi memperbaiki hasil kerja sehingga mencapai
tahap cemerlang.
Tekun
(i) Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kesempurnaan dalam
tugas dan kehidupan;
(ii) Berusaha meninggikan imej perkhidmatan dan organisasi;

Bersih
(i) Mengamalkan kebersihan hati dalam menjalankan tugas seharian;
(ii) Mengamalkan kebersihan pakaian, bangunan dan alam sekitar
sebagai satu cara hidup;
(iii) Bersih dalam pemilikan harta dan perjalanan tugas;
(iv) Membuat pertimbangan yang teliti dan adil dalam membuat
keputusan;
(v) Berkhidmat demi kebajikan semata-mata; dan
(vi) Menjauhi hawa nafsu dan emosi dari mempengaruhi pekerjaan dan
pemikiran dalam membuat keputusan.
Berdisiplin
(i) Mengetahui priority dan mengutamakan yang lebih utama;
(ii) Menilai tinggi masa dan janji;
(iii) Mengamalkan cara bekerja yang kemas dan terancang; dan
(iv) Mempunyai etika kerja dan profesionalisme yang tinggi.
Bekerjasama
(i) Mengamalkan sikap tolong-menolong dalam melaksanakan kerja;
(ii) Sentiasa secara sukarela menyertai aktiviti-aktiviti organisasi
sebagai sebahagian daripada usaha mempertingkatkan semangat kerjasama;
(iii) Mengutamakan kepentingan organisasi dan pasukan di tempat kerja
daripada kepentingan peribadi;
(iv) Mengamalkan permuafakatan dalam semua perkara kepentingan
bersama; dan
(v) Mengelakkan konflik kepentingan berdasarkan peribadi:
Mengorbankan kepentingan diri yang bercanggah dengan kepentingan organisasi, agama, bangsa dan negara.
Berbudi Mulia
(i) Bermanis muka sepanjang masa;
(ii) Bertimbang rasa dan bertolak-ansur;
(iii) Menghormati rakan sejawat dan pelanggan/pelawat; dan
(iv) Sentiasa memulakan 'pertanyaan' dengan tujuan untuk menolong
pelanggan/pelawat.
Bersyukur
(i) Bersyukur kerana dapat melakukan tugas untuk menjamin
kesejahteraan hidup sebagai seorang anggota masyarakat;
(ii) Berkecenderungan melihat keadaan dengan lebih positif sehingga
menggerakkan untuk lebih berusaha gigih;
(iii) Menghayati budaya kerja yang bersopan dan tidak bertentangan
dengan kehendak agama (nilai-nilai agama dan kerohanian);
(iv) Tidak berbangga dengan kedudukan dan pangkat;
(v) Tidak membazirkan perbelanjaan untuk perkara yang sia-sia;
(vi) Berkhidmat sebagai ibadah; dan
(vii) Bercita-cita menjadi manusia yang mempunyai sumbangan yang
banyak kepada masyarkat, negara dan agama.
Penghayatan terhadap nilai-nilai akhlak yang murni dan membina itu akan memudahkan usaha-usaha untuk memajukan berbagai-bagai bidang yang diperlukan oleh sesebuah negara seperti kesihatan, pendidikan, ekonomi, pembangunan, undang-