Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) (Bahasa Inggeris: Malaysian Communications and Multimedia Commission, MCMC) ialah badan penyeliaan industri komunikasi dan multimedia di Malaysia.
Ketika diasaskan, tujuan utamanya ialah untuk mengawal selia industri
telekomunikasi dan multimedia berdasarkan kuasa-kuasa yang diberi
menurut Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (1998) dan
Akta Komunikasi dan Multimedia (1998). Selaras dengan Akta-Akta ini,
peranan SKMM ialah untuk melaksanakan dan memupuk objektif dasar
kebangsaan Kerajaan Malaysia untuk sektor telekomunikasi dan multimedia.
SKMM juga ditugaskan untuk menyelia rangka penyeliaan baru untuk
kegiatan industri-industri telekomunikasi, penyiaran dan on-line yang semakin berkait rapat.
Unit Perancang Ekonomi,Unit Penyelarasan,Unit Pemodenan Tadbiran
1 Jabatan Perdana Menteri ialah
jabatan yang paling penting antara semua kementerian dalam pentadbiran awam
Kerajaan Persekutuan
2 Jabatan Perdana Menteri Berfungsi
seperti Pejabat Ketua Setiausaha Negeri atau Pejabat Ketua Menteri yang
merupakan jabatan utama di peringkat negeri.
3 Fungsi-fungsi Jabatan Perdana
Menteri adalah seperti berikut:
(a) merancang, merumuskan, dan
menyelaraskan segala dasar negara
(b) menentukan pelaksanaan dasar
negara oleh kementerian lain adalah cekap dan berkesan
(c) mengurus Majlis Perancang
Negara, Majlis Pembangunan Negara, Majlis Keselamatan Negara, Majlis Tindakan
Ekonomi Negara, dan Majlis Khidmat Negara.
Agensi-Agensi Pusat
1 Agensi-agensi pusat membantu perlaksanaan
tugas-tugas di semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.
2 Tugas utama agensi-agensi pusat
adalah untuk membantu, menyelaraskan, dan mengawal kementerian-kementerian dan
jabatan-jabatan.
3 Pakar perunding dan pakar
penyelidik menjalankan bidang tugas masing-masing dalam agensi-agensi pusat.
4 Terdapat lima buah agensi pusat di
bawah Jabatan Perdana Menteri, iaitu:
(a) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
(b) Unit Perancang Ekonomi (EPU)
(c) Unit Penyelarasan Pelaksanaan
(ICU)
(d) Unit Penyelidikan Sosioekonomi
(SERU)
(e) Unit Pemodenan Tadbiran dan
Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
5 Agensi pusat yang keenam, iaitu
Perbendaharaan Malaysia, terletak di bawah Kementerian Kewangan.
Jabatan Perkhidmatan
Awam (JPA)
1 Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
berperanan untuk merancang dan melaksanakan dasar kerajaan yang berkenaan
dengan perkhidmatan awam.
2 Funsi-fungsi JPA adalah seperti
berikut:
(a) menggubal dasar-dasar
pengambilan dan penamatan kerja kakitangan kerajaan
(b) mewujudkan kekosongan jawatan
kakitangan awam Persekutuan
(c) menggubal gaji skim Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri
(d) membincangkan kenaikan gaji,
elaun, dan pencen kakitangan kerajaan melalui wakil masing-masing.
(e) berbincang dengan bahagian
Perbendaharaan Malaysia tentang penambahan kakitangan kerajaan, kenaikan gaji,
bonus, dan insentif
(f) mengelolakan dan mentadbirkan
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
(g) menyediakan kemudahan biasiswa
dan hadiah latihan untuk kakitangan kerajaan melalui INTAN
(h) memutuskan pertukaran dan
penghantaran kakitangan kerajaanke tempat atau jawatan yang sesuai
Unit Perancang Ekonomi
(EPU)
Fungsi-fungsi EPU
(a) membantu kerajaan merancang
ekonomi negara
(b) menjadi urus setia kepada Majlis
Perancang Negara, Jawantankuasa Perancang Pembangunan Negara, Jawantankuasa
Pelaburan Antarabangsa
(c) membantu perancangan Rancangan
Malaysia Lima Tahun untuk Kabinet
(d) mengkaji kejayaan yang telah
dicapai sewaktu Rancangan-Rancangan Lima Tahun dilaksanakan.
(c) menyelaraskan dan memastikan
badan-badan kerajaan melaksanakan projek-projek ekonomi yang telah diluluskan
(f) menasihati kerajaan tentang
isu-isu ekonomi negara dan antarabangsa
(g) menjadi urus setia kepada
Progran Kerjasama Teknikal Malaysia (Malaysian Technical Cooperation
Programme - MTCP) untuk negara-negara sedang membangun
Unit Penyelarasan
Pelaksanaan (ICU)
Fungsi-fungsi (ICU)
(a) memastikan dasar-dasar ekonomi
kerajaan mencapai matlamat yang diharapkan oleh kerajaan; misalnya Dasar
Pembangunan Nasional, Dasar Penswastaan, dan Dasar Pandang ke Timur
(b) menyelaraskan usaha antara
Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri sewaktu melaksanakan
program-program pembangunan
(c) menjadi urus setia kepada Majlis
Pembangunan Negara
(d) mengawasi agensi-agensi dan
perbadanan awam seperti PETRONAS, PNS, HICOM, dan MISC supaya kegiatannya
selaras dengan Dasar Pembangunan Nasional
(e) membantu kerajaan untuk
meningkatkan penglibatan bumiputera dalam bidang perdagangan dan perindustrian
(f) melaksanakan tugas-tugas khas
seperti:
(i) menyediakan pusat khidmat bagi
menyelesaikan masalah kontraktor bumiputera
(ii) membasmikan kemiskinan relatif
(iii) menyusun semula masyarakat
dengan meningkatkan keupayaan sektor swasta golongan bumiputera
Unit Penyelidikan
Sosioekonomi (SERU)
Fungsi-fungsi SERU
(a) mengkaji kesan-kesan dasar
kerajaan dan program-program pembangunan negara terhadap rakyat
(b) mengkaji dan mendapatkan
maklumat dan data untuk membolehkan kerajaan merangka program baru
(c)menjalankan penyelidikan tentang
pembangunan pertanian, pembangunan luar bandar, kemajuan perindustrian, dan
kesan-kesan perbandaran terhadap sosioekonomi negara.
(d) membekalkam maklumat
sosioekonomi kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) serta badan-badan kerajaan
yang lain untuk perancangan pembangunan negara
UnitPemodenan Tadbiran Dan Perancangan
Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Fungsi-fungsi MAMPU
(a) mencadangkan pembaharuan dalam
cara-cara pengurusan pejabat-pejabat kerajaan
(b) meningkatkan kecekapan di kalangan
kakitangan kerajaan
(c) memodenkan sistem pentadbiran
awam dengan memperkenalkan penggunaan komputer dan kaedah komunikasi moden
seperti Internet
(d) mengadakan Program Kualiti dan
Produktiviti, Program Kerajaan Elektronik, Pembangunan MS ISO 9000, dan sebagainya
(e) memberikan khidmat rundingan
pengurusan kepada organisasi kerajaan
Majlis Keselamatan Negara
|
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri merupakan badan kepimpinan negeri yang bertindak menjalankan pemerintahan atau membuat dasar bagi sesebuah negeri di Malaysia. Sebagai perbandingan dengan Kerajaan Persekutuan, fungsinya serupa dengan barisan kabinet. Setiap ahli majlis ini memegang portfolio atau tugas-tugas tersendiri. Ahli majlis dilantik oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri bagi setiap negeri.
Wilayah Persekutuan yang tidak mempunyai Dewan Undangan Negeri tidak mempunyai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Di Sarawak dan Sabah, barisan ini dipanggil kabinet negeri.
Wilayah Persekutuan yang tidak mempunyai Dewan Undangan Negeri tidak mempunyai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Di Sarawak dan Sabah, barisan ini dipanggil kabinet negeri.
Senarai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
- Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis
- Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah
- Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang
- Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak
- Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor
- Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan
- Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka
- Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor
- Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang
- Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu
- Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan
Majlis Tanah Negara
(1) Maka hendaklah ada suatu Majlis Tanah Negara yang terdiri daripada seorang Menteri sebagai pengerusi, seorang wakil dari setiap Negeri yang hendaklah dilantik oleh Raja atau Yang di-Pertua Negeri, dan apa-apa bilangan wakil Kerajaan Persekutuan yang dilantik oleh Kerajaan Persekutuan tetapi, tertakluk kepada Fasal (5) Perkara 95E, bilangan wakil Kerajaan Persekutuan tidak boleh melebihi sepuluh.
(2) Pengerusi boleh mengundi atas apa-apa soal di hadapan Majlis Tanah Negara tetapi tidaklah mempunyai undi pemutus.
(3) Majlis Tanah Negara hendaklah dipanggil bermesyuarat oleh pengerusi seberapa kerap yang difikirkannya perlu tetapi sekurang-kurangnya satu mesyuarat hendaklah diadakan pada tiap-tiap tahun.
(4) Jika pengerusi atau seseorang wakil sesuatu Negeri atau Kerajaan Persekutuan tidak dapat hadir dalam sesuatu mesyuarat, maka pihak berkuasa yang melantiknya itu boleh melantik seorang lain untuk mengambil tempatnya dalam mesyuarat itu.
(5) Menjadi kewajipan Majlis Tanah Negara untuk membentuk, dari semasa ke semasa, dengan berunding dengan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan-Kerajaan Negeri dan Majlis Kewangan Negara suatu dasar negara untuk memajukan dan mengawal penggunaan tanah di seluruh Persekutuan bagi perlombongan, pertanian, perhutanan atau apa-apa maksud lain, dan untuk mentadbirkan mana-mana undang-undang yang berhubungan dengannya; dan Kerajaan-Kerajaan Persekutuan dan Negeri hendaklah mengikuti dasar yang dibentuk sedemikian.
(6) Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana Negeri boleh merundingi Majlis Tanah Negara berkenaan dengan apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan penggunaan tanah atau berkenaan dengan apa-apa perundangan yang dicadangkan mengenai tanah atau pentadbiran mana-mana undang-undang yang sedemikian, dan menjadi kewajipan Majlis Tanah Negara untuk menasihati Kerajaan itu mengenai mana-mana perkara yang sedemikian.
Majlis Kewangan Negara
(1) Maka hendaklah ada suatu Majlis Kewangan Negara yang terdiri daripada Perdana Menteri, mana-mana Menteri lain yang ditetapkan oleh Perdana Menteri, dan seorang wakil dari setiap Negeri yang dilantik oleh Raja atau Yang di-Pertua Negeri.
(2) Majlis Kewangan Negara hendaklah dipanggil bermesyuarat oleh Perdana Menteri seberapa kerap yang difikirkannya perlu dan apabila wakil-wakil dari tiga Negeri atau lebih menghendaki diadakan mesyuarat, tetapi sekurang-kurangnya satu mesyuarat hendaklah diadakan pada tiap-tiap dua belas bulan.
(3) Dalam mana-mana mesyuarat Majlis Kewangan Negara, Perdana Menteri boleh diwakili oleh seorang Menteri Persekutuan yang lain, dan Perdana Menteri atau, jika Perdana Menteri tidak hadir, Menteri yang mewakilinya itu, hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu.
(4) Menjadi kewajipan Kerajaan Persekutuan untuk berunding dengan Majlis Kewangan Negara berkenaan dengan--
(a) pemberian yang dibuat oleh Persekutuan kepada Negeri-Negeri;
(b) penyerahhakan kepada Negeri-Negeri keseluruhan atau apa-apa bahagian hasil daripada apa-apa cukai atau fi persekutuan;
(c) keperluan pinjaman tahunan Persekutuan dan Negeri-Negeri dan penjalanan kuasa meminjam Persekutuan dan Negeri-Negeri itu;
(d) pembuatan pinjaman kepada mana-mana Negeri itu;
(e) pembuatan rancangan pembangunan mengikut Perkara 92;
(f) perkara-perkara yang disebut dalam Butiran 7(f) dan (g) Senarai Persekutuan;
(g) apa-apa cadangan untuk membawa Rang Undang-Undang bagi suatu undang-undang yang disebut dalam Fasal (2) Perkara 109 atau Fasal (3) atau (3A) Perkara 110;
(h) apa-apa perkara lain yang berkenaan dengannya Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan membuat peruntukan bagi mengadakan rundingan dengan Majlis Kewangan Negara.
(5)
Kerajaan Persekutuan boleh merundingi Majlis Kewangan Negara berkenaan
dengan apa-apa perkara lain, sama ada atau tidak perkara itu melibatkan
soal kewangan, dan kerajaan sesuatu Negeri boleh merundingi Majlis
tersebut berkenaan dengan apa-apa perkara yang menyentuh kedudukan
kewangan Negeri itu.(b) penyerahhakan kepada Negeri-Negeri keseluruhan atau apa-apa bahagian hasil daripada apa-apa cukai atau fi persekutuan;
(c) keperluan pinjaman tahunan Persekutuan dan Negeri-Negeri dan penjalanan kuasa meminjam Persekutuan dan Negeri-Negeri itu;
(d) pembuatan pinjaman kepada mana-mana Negeri itu;
(e) pembuatan rancangan pembangunan mengikut Perkara 92;
(f) perkara-perkara yang disebut dalam Butiran 7(f) dan (g) Senarai Persekutuan;
(g) apa-apa cadangan untuk membawa Rang Undang-Undang bagi suatu undang-undang yang disebut dalam Fasal (2) Perkara 109 atau Fasal (3) atau (3A) Perkara 110;
(h) apa-apa perkara lain yang berkenaan dengannya Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan membuat peruntukan bagi mengadakan rundingan dengan Majlis Kewangan Negara.
Tribunal Tuntutan Pembeli Perumahan
Tribunal Tuntutan Pengguna
1. Latar Belakang
1.1 Tribunal Tuntutan Pengguna adalah satu badan yang telah ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang mula berkuatkuasa pada 15 November 1999. 1.2 Bahagian XII Akta mengandungi 38 Seksyen yang menyentuh tentang berbagai aspek Tribunal seperti keanggotaan Tribunal, bidangkuasa Tribunal, prosiding Tribunal, award-award Tribunal dan sebagainya.
2. Objektif Penubuhan Tribunal.
2.1 Tribunal Tuntutan Pengguna adalah merupakan sebuah badan bebas untuk mendengar dan mengadili tuntutan-tuntutan pengguna yang dibuat di bawah Akta dan tertakluk kepada peruntukan Akta Perlindungan Pengguna 1999. 2.2 Sebelum penubuhan Tribunal ini, segala tuntutan gantirugi oleh seorang pengguna terhadap seorang pembekal atau pengilang terpaksa di bawa ke Mahkamah Sivil di mana ia melibatkan prosedur yang rumit, kos yang tinggi dan mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan. Ini adalah di antara sebab-sebab mengapa pengguna tidak berminat untuk membuat tuntutan di Mahkamah terhadap pembekal atau pengilang yang tidak bertanggungjawap terutamanya jika sekiranya amaun yang dituntut adalah kecil, walaupun pada masa ini sudah ada Mahkamah Tuntutan Kecil di setiap negeri untuk mendengar tuntutan-tuntutan yang tidak melebihi RM5,000.00. 2.3 Memahami hakikat ini Tribunal Tuntutan Pengguna telah ditubuhkan bagi menyediakan satu saluran atau kemudahan alternatif kepada seorang pengguna untuk menuntut gantirugi dan pampasan daripada seorang pembekal atau pengilang dengan cara mudah, murah dan cepat.
3. Keanggotaan Tribunal
3.1 Seksyen 86 Akta memperuntukkan bahawa Tribunal hendaklah dianggotai oleh seorang pengerusi dan seorang timbalan pengerusi (terdiri daripada pegawai-pegawai daripada Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan) dan tidak kurang daripada 5 orang anggota Tribunal yang lain dilantik oleh Menteri.
4. Bidang Kuasa Tribunal
4.1 Tribunal mempunyai bidang kuasa mendengar -(a) apa-apa tuntutan mengenai apa-apa perkara yang mempunyai bidang kuasa untuk mendengar seperti yang diperuntukkan di bawah Akta; (b) di mana jumlah amaun yang dituntut tidak melebihi RM25,000.00; (c) apa-apa perkara lain yang ditetapkan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta. 4.2 Bidang kuasa Tribunal hendaklah dilaksanakan oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan mana-mana anggota yang dipilih oleh Pengerusi yang akan bersidang sendirian.
5. Batasan Bidang Kuasa
5.1 Tribunal tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar apa-apa tuntutan: (a) yang berbangkit daripada kecederaan diri atau kematian; (b) bagi mendapatkan kembali tanah atau apa-apa estet atau kepentingan mengenai tanah; (c) yang mempersoalkan hakmilik-hakmilik tanah atau estet atau kepentingan mengenai tanah atau apa-apa francais; dan (d) yang mengandungi pertikaian mengenai - i. hak di bawah satu wasiat atau peruntukan, atau disebabkan kematian tak berwasiat; ii. nama baik (good will); iii. apa-apa hak dalam tindakan; iv. rahsia perdagangan atau harta intelek lain (e) apabila mana-mana tribunal telah ditubuhkan melalui mana-mana undang-undang bertulis lain untuk mendengar dan memutuskan tuntutan-tuntutan tentang perkara yang menjadi hal perkara tuntutan itu. 5.2 Bidang kuasa Tribunal hendaklah terhad kepada suatu tuntutan yang berasaskan pada suatu kuasa tindakan yang terakru dalam masa tiga tahun dari tuntutan itu.
6. Jenis-Jenis Tuntutan Yang Boleh Dikemukakan Ke Tribunal.
(a) Perlakuan mengelirukan dan memperdaya, representasi palsu dan amalan tak saksama, iaitu:
i. perlakuan mengelirukan dan memperdaya berkaitan dengan jenis, proses pengilangan, kesesuaian, kualiti dan kuantiti; ii. gambaran yang mengelirukan mengenai harga; iii. tawaran pemberian, hadiah atau benda percuma lain dengan niat untuk tidak mengadakannya; iv. tuntutan-tuntutan lain mengelirukan seperti: -selagi stok masih ada; -barang-barang adalah terhad; dan sebagainya. v. menerima bayaran tanpa niat untuk membekal barang atau perkhidmatan; iv. kontrak perkhidmatan hadapan bagi perkhidmatan yang akan diadakan atas dasar berterusan.
(b) Keselamatan barang dan perkhidmatan:
i. standard keselamatan berkaitan dengan apa-apa barang atau kelas barang; ii. standard keselamatan berkaitan dengan apa-apa perkhidmatan atau kelas perkhimatan.
(c) Hak terhadap pembekal berkenaan dengan gerenti tersirat berkaitan dengan pembekalan barang-barang:
i. mengenai hakmilik; ii. mengenai kualiti boleh terima; iii. mengenai kesesuaian bagi maksud tertentu; iv. bahawa barang mematuhi perihal; v. bahawa barang mematuhi sample; vi. mengenai harga munasabah; vii. mengenai pembaikan dan barang ganti.
(d) Hak terhadap pembekal berkenaan dengan gerenti tersirat berkaitan dengan pembekal perkhidmatan:
i. mengenai ketelitian dan kemahiran munasabah; ii. mengenai kesesuaian bagi maksud tertentu; iii. mengenai masa siap munasabah; iv. mengenai harga munasabah. (e) Hak terhadap pengilang berkenaan dengan gerenti nyata berkaitan dengan pembekalan barang-barang: i. mengenai kualiti prestasi atau ciri-ciri barang; ii. mengenai pemberian perkhidmatan yang diperlukan; iii. mengenai kebolehdapatan barang yang serupa pada masa hadapan; iv. mengenai pemulangan wang balasan sekiranya barang tidak memenuhi apa-apa akujanji oleh penggerenti.
(f) Hak terhadap pengilang berkenaan dengan gerenti tersirat berkaitan dengan pembekalan barang-barang:
i. mengenai kualiti yang boleh diterima; ii. bahawa barang mematuhi; iii. mengenai pembaikan dan barang ganti.
Untuk
tujuan perenggan-perenggan di atas, perkataan 'barang' ertinya barang
yang terutamanya dibeli atau digunakan bagi maksud diri, rumah tangga
atau isi rumah, dan termasuklah -
(a) barang yang dipasang pada, atau digabungkan dalam, apa-apa harta tak alih atau harta alih; (b) haiwan, termasuk ikan; (c) vesel atau kenderaan; (d) kemudahan; dan (e) pokok, tumbuhan-tumbuhan dan tanaman sama ada atau tidak di atas, di bawah atau terlekat pada tanah, tetapi tidaklah termasuk hak dalam tindakan, termasuk surat cara boleh niaga, syer, debentur dan wang.
Perkataan 'pengguna' ertinya seorang yang:
(a) memperoleh atau menggunakan barang atau perkhidmatan daripada jenis yang pada lazimnya diperoleh bagi maksud, kegunaan atau penggunaan diri, rumah tangga dan isi rumah; dan (b) tidak memperoleh atau menggunakan barang atau perkhidmatan itu, terutamanya maksud:
i. membekalkannya semula secara perdagangan;
ii. menggunakannya dalam perjalanan suatu proses pengilangan; atau iii. dalam hal barang, membaiki atau mengolah, secara perdagangan, barang lain atau lekapan pada tanah.
Perkataan
'perkhidmatan' termasuklah apa-apa hak, faedah, keistimewaan atau
kemudahan yang atau yang akan, diberikan atau dianugerahkan di bawah
apa-apa kontrak tetapi tidaklah termasuk hak, faedah atau keistimewaan
dalam bentuk pembekalan barang atau pelaksanaan kerja di bawah suatu
perkhidmatan, atau apa-apa perkhidmatan yang dibekalkan atau akan
dibekalkan oleh ahli profesional yang dikawal selia oleh mana-mana
undang-undang bertulis (seperti doktor, peguam atau akitek) atau
perkhidmatan jagaan kesihatan yang dibekalkan oleh profesional jagaan
kesihatan atau kemudahan jagaan kesihatan (seperti perkhidmatan
perubatan, pergigian, kejururawatan, perbidanan, farmasi dan ambulans
dan sebagainya.)
7. Tatacara Tuntutan
7.1 Tatacara mengenai pemfailan, pendaftaran dan pendengaran tuntutan di Tribunal telah ditetapkan di bawah Bahagian XII Akta serta Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Tribunal Tuntutan Pengguna) 1999 yang dibuat oleh Menteri di bawah seksyen 122 Akta. 7.2 Tertakluk kepada Akta ini dan Peraturan-Peraturan tersebut di atas, Tribunal juga boleh menerima pakai apa-apa tatacara yang difikirkan patut dan wajar.
8. Tatacara Pemfailan Dan Pendaftaran
9. Tatacara Pendengaran
9.1
Apabila suatu tuntutan difailkan di Tribunal, notis pendengaran akan
dikeluarkan oleh Setiausaha atau Penolong Setiausaha Tribunal dalam
Borang 4 yang menyatakan tarikh, masa dan tempat pendengaran tuntutan
kepada pihak yang menuntut dan penentang sekurang-kurangnya 14 hari
sebelum tarikh pendengaran.
9.2 Semasa pendengaran, pihak yang menuntut dan penentang tidak boleh diwakili oleh peguam dan hendaklah mengendalikan pendengaran secara sendiri. 9.3 Jika pihak yang menuntut seorang belum dewasa, atau seorang yang tidak berupaya, beliau boleh diwakili oleh sahabat wakil atau penjaga ad litemnya. 9.4 Jika pihak penentang adalah firma atau syarikat, ianya boleh diwakili oleh seorang pekerjanya yang digaji sepenuh masa. 9.5 Pendengaran tuntutan dalam Tribunal akan dijalankan di hadapan seorang anggota Tribunal (digelar sebagai 'Presiden' semasa pendengaran) yang bersidang sendirian dan beliau boleh pada bila-bila masa membantu kedua-dua pihak dalam menjalankan kes mereka. 9.6 Semasa pendengaran Tribunal hendaklah wajar membantu kedua-dua pihak untuk membuat suatu penyelesaian tuntutan itu melalui persetujuan. 9.7 Semasa pendengaran, kedua-dua pihak berhak untuk mengemukakan keterangan, memanggil mana-mana saksi atau mengemukakan apa-apa dokumen, rekod atau benda bagi menyokong kes masing-masing. 9.8 Semua pendengaran dihadapan Tribunal adalah terbuka kepada orang ramai.
10. Award Tribunal
10.1 Tribunal hendaklah, jika dapat dilaksanakan membuat awardnya dalam enam puluh hari dari hari pertama pendengaran bermula di hadapan di hadapan Tribunal. 10.2 Dalam pendengaran yang dijalankan. Tribunal boleh membuat satu daripada award yang berikut atau lebih: (a) supaya suatu pihak kepada prosiding itu membayar wang kepada mana-mana pihak yang lain; (b) supaya barang dibekalkan atau dibekalkan semula; (c) supaya barang yang dibekalkan atau yang dibekalkan semula kepada pengguna diganti atau dibaiki; (d) supaya harga atau apa-apa balasan lain yang telah dibayar dibekalkan oleh pengguna atau mana-mana orang lain dibayar balik kepada pengguna atau orang itu; (e) supaya sesuatu pihak mematuhi gerenti; (f) supaya wang diawardkan untuk memberikan pampasan bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang ditanggung oleh orang yang menuntut; (g) supaya kontrak itu diubah atau diketepikan pada keseluruhan atau sebahagiannya; (h) supaya kos (tidak melebihi RM200.00) untuk atau terhadap mana-mana pihak dibayar; (i) supaya bunga dibayar di atas apa-apa jumlah wang atau award kewangan pada kadar tidak melebihi 8setahun; (j) bahawa tuntutan itu ditolak.
11. Penguatkuasaan Award
11.1 Tiap-tiap penyelesaian yang dipersetujui dan direkodkan oleh Tribunal dan tiap-tiap award yang dibuat oleh Tribunal dalam sesuatu prosiding adlah muktamad dan mengikat semua pihak kepada prosiding itu. 11.2 Tiap-tiap award yang dibuat oleh Tribunal hendaklah disifatkan sebagai perintah Mahkamah Majistret dan boleh dikuatkuasakan oleh mana-mana pihak kepada prosiding di Mahkamah Majistret yang mempunyai bidang kuasa di tempat award diperolehi.
12. Penalti Jenayah Kerana Gagal Untuk Patuh
Mana-mana pihak yang gagal mematuhi award selepas 14 hari dari tarikh award dibuat oleh Tribunal adalah melakukan suatu kesalahan jenayah dan jika disabitkan bolehlah -. (a) didenda tidak melebihi RM5,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; (b) jika kesalahan itu berterusan pesalah boleh, sebagai tambahan kepada penalti diatas, didendantidak melebihi RM1,000.00 bagi setiap hari atau sebahagian hari selama mana kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
13. Penutup
Penubuhan Tribunal Tuntutan Pengguna adalah bertujuan untuk memberi satu saluran atau kemudahan alternatif selain daripada Mahkamah untuk seorang pengguna mendapatkan gantirugi dan pampasan yang sewajarnya daripada seorang pembekal atau pengilang dengan prosedur yang mudah, murah dan cepat. Dengan ini diharapkan pengguna akan menggunakan perkhidmatan Tribunal Tuntutan Pengguna sepenuhnya untuk melindungi hak dan kepentingan mereka sebagai pengguna. |
Subscribe to:
Posts (Atom)