Sistem Pentadbiran Kerajaan Negeri


KERAJAAN NEGERI
Pemerintah Negeri
Di negeri beraja ialah sultan
Di Perlis ialah Yang diPertuan Besar
Di Sabah,Sarawak,Melaka,Pulau Pinang ialah Yang diPertua Negeri
Pentadbiran Negeri dilakukan oleh
Menteri Besar/Ketua Menteri
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Jabatan Negeri
Bidangkuasa Kerajaan Negeri/Senarai Negeri
Hukum syarak
Undang-undang diri dan keluarga Islam
Tanah pertanian
Perhutanan
Kerajaan tempatan
Kerja air
Hari kelepasan am negeri
Penyu
Penangkapan ikan di sungai
Undang-undang dan adat istiadat bumiputera
Perbadanan
Pihak berkuasa negeri
Ukuran tanah
Perpustakaan
Muzium
Senarai Bersama
Kebajikan masyarakat
Biasiswa
Perlindungan binatang
Perlindungan burung liar
Taman negara
Penternakan
Perancangan Bandar dan kampong
Kutu rayau
Penjaja beredar
Kesihatan awam
Kebersihan dan pencegahan penyakit
Perparitan
Pengairan
Pemilihan tanah lombong
Perkahwinan
Penjagaan anak
SISTEM PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI
Sistem Pentadbiran Kerajaan Negeri
Sultan/Yang Dipertua Negeri
Dewan Undangan Negeri
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri/Kabinet/Majlis Tertinggi
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri
SULTAN/YANG DIPERTUA NEGERI
Kuasa Eksekutif Sultan/YDP Negeri
Bertindak atas nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (yang diketuai oleh Menteri Besar/Ketua Menteri)
Melantik Menteri Besar
Melantik ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atas nasihat MB
Sultan menjadi ketua agama Islam di negerinya
YDPA menjadi ketua agama Islam di negeri yang tidak beraja
Kuasa Perundangan Sultan/YDP
Sebahagian daripada badan perundangan negeri
Merasmikan persidangan penggal pertama DUN
Boleh membubarkan DUN atas nasihat MB/KM
Boleh menolak permintaan pembubaran DUN
Kuasa Kehakiman Sultan/YDP
Melantik majistret
Mengampun kesalahan yang dibuat di negerinya atas nasihat Jemaah Pengampunan Negeri
Sultan yang bersalah didakwa di Mahkamah Khas Raja-Raja
Jika didapati bersalah sultan tidak boleh memerintah negerinya
Yang Dipertua Negeri yang bersalah di dakwa di mahkamah awam
Kuasa Budibicara Sultan
Melantik Menteri Besar berbangsa Melayu yang beragama Islam
Bersetuju atau menolak pembubaran DUN
Meminta diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja untuk membincangkan hak istimewa raja-raja
Melantik waris
Melantik permaisuri
Melantik pemangku raja
Melantik jemaah pemangku raja
Menentukan peraturan istana
Melaksanakan tugas sebagai Ketua Agama Islamdi negerinya
Menganugerahkan bintang kehormatan,pangkat dan kemuliaan 
Kuasa Budibicara YDPNegeri
Melantik Ketua Menteri
Bersetuju atau tidak permintaan pembubaran DUN
Sekatan ke atas Sultan/YDP Negeri
Tidak boleh berniaga
Tidak boleh berpolitik
Tidak boleh memegang jawatan berpendapatan
DEWAN UNDANGAN NEGERI
Dewan Undangan Negeri
Berfungsi sebagai parlimen di peringkat kerajaan negeri
Pemilihan ahli DUN
Melalui pilihan raya,mereka dipilih oleh rakyat
Kuasa DUN
Membuat undang-undang atas perkara yang terdapat dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama
MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI (MMK)
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK)
Menyerupai kabinet/Jemaah Menteri di peringkat persekutuan
Di Sabah dipanggil Kabinet
Di Sarawak dipanggil Majlis Tertinggi
Ketua MMK
Di negeri beraja ketua MMK ialah Menteri Besar
Di negeri Sabah,Sarawak,Melaka,Pulau Pinang ketua MMK ialah ketua menteri
Pelantikan Menteri Besar
Sultan akan melantik ahli DUN dari parti yang mendapat undi majoriti semasa pilihan raya
Pelantikan Ketua Menteri
YDN akan melantik ahli DUN dari parti yang mendapat undi majoriti semasa pilihan raya
Bilangan ahli MMK
4-12 orang ahli DUN
Pelantikan ahli MMK
Dilantik oleh sultan/YDN
Fungsi MMK
Membuat dasar-dasar negeri
Menggubal undang-undang dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama
Mentadbir negeri dalam hal Senarai Negeri
Ahli MMK yang tidak menang pilihan raya
Dipanggil ex-officio
Mereka ialah pegawai kerajaan
Mereka ialah Setiausaha Kerajaan Negeri
Mereka ialah Pegawai Kewangan Negeri
Mereka ialah Penasihat Undang-Undang Negeri
Bidangkuasa ex-officio di negeri  beraja
Boleh mengambil bahagian dalam prosiding DUN
Tidak boleh mengundi
Bidangkuasa ex-officio di Pulau Pinang dan Melaka
Hanya Penasihat Undang-Undang boleh mengambil bahagian dalam prosiding DUN
Tidak boleh mengundi
Bidangkuasa ex-officio di Sabah dan Sarawak
Tidak dibenarkan prosiding
Tempohmasa menjadi ahli MMK
Selama mana dibenarkan oleh sultan/YPN
Larangan terhadap ahli MMK
Berniaga
Pekerjaan bergaji
Ahli MMK di Sabah dan Sarawak
Mengamalkan sistem menteri
JABATAN NEGERI
Jabatan Negeri
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Pejabat Kewangan Negeri
Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri
Unit Perancang Ekonomi Negeri
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Merupakan jabatan negeri yang utama
Ketuanya ialah Setiausaha Kerajaan Negeri
Setiausaha Kerajaan Negeri ialah Ketua Pentadbir Negeri
Fungsi nya sama seperti Jabatan Perdana Menteri
Di Pulau Pinang,Melaka,Perak,Pahang,Selangor,Negeri Sembilan,Sabah dan Sarawak pejabat SUK di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam Persekutuan
Di negeri lain,pejabat SUK di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri
Tugas Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Merancang dasar kerajaan negeri
Menyelaras dasar kerajaan negeri
Menentukan pelaksanaan dasar pada peringkat daerah
Memastikan agensi negeri melaksanakan dasar kerajaan negeri
Tugas Setiausaha Kerajaan Negeri
Ketua pentadbir utama negeri
Ketua perkhidmatan awam negeri
Penasihat pentadbir utama kepada Menteri Besar/Ketua Menteri
Pengerusi Jawatankuasa MMK
Pengerusi jawatankuasa peringkat negeri untuk menyelaraskan agensi negeri
Ahli jawatankuasa perhubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri
Pejabat Kewangan Negeri
Ketuanya ialah Pegawai Kewangan Negeri
Fungsi Pejabat KEW Negeri
Sebagai perbendaharaan
Merancang kewangan negeri
Menguruskan kewangan negeri
Tugas Pejabat KEW Negeri
Melaksanakan dasar kewangan negeri
Menyediakan belanjawan Kerajaan Negeri
Memeriksa belanjawan tahunan negeri
Mengagihkan sumber kewangan kepada agensi Kerajaan Negeri
Merancang penggunaan wang melalui cukai dan pinjaman negeri
Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri
Ketuanya ialah Penasihat Undang-Undang Negeri
Tugasnya
Memberi nasihat undang-undang kepada sultan
Memberi nasihat undang-undang kepada Jabatan Negeri
Memberi nasihat undang-undang kepada MMK
Memberi nasihat undang-undang kepada Menteri Besar
Memberi nasihat undang-undang kepada Ketua Menteri
Unit Perancang Ekonomi Negeri/UPEN
Ketuanya ialah Ketua Pengarah Perancang Ekonomi Negeri
Fungsi UPEN
Menyediakan rancangan pembangunan negeri bagi 5 tahun
Menyelaras program pembangunan negeri
Melaksanakan program pembangunan negeri
Membuat pelaburan dalam negeri
Memberi nasihat kepada Kerajaan Negeri berkenaan pembangunan negeri
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI
Pelantikan ahli SPA Negeri
Dilantik oleh sultan/YPN atas nasihat MB/KM
Negeri yang ada SPA Negeri
Johor,Kedah,Kelantan,Terengganu,Pahang,Perak,Sabah,Sarawak,Selangor
Fungsi SPA Negeri
Melantik kakitangan awam
Menguruskan kenaikan pangkat kakitangan awam
Mengenakan tindakan tatatertib
Menukar kakitangan perkhidmatan awam