Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR)


Sejarah Penubuhan

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia ditubuhkan pada 4 September 1957 mengikut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan. Semasa penubuhannya Suruhanjaya Pilihan Raya dianggotai oleh seorang Pengerusi dan 2 orang Ahli.
Pengerusi pertama Suruhanjaya ialah Y.Bhg. Dato' Dr. Mustafa Albakri bin Haji Hassan, manakala Ahli-ahlinya terdiri daripada Encik Lee Ewe Boon dan Encik Ditt Singh.
Berikutan dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963, bilangan Ahli Suruhanjaya ditambah kepada 3 orang. Ahli tambahan itu sama ada dari Sabah atau Sarawak yang dilantik secara bergilir. Y.Bhg. Datuk Abang Haji Marzuki bin Nor dari Sarawak menjadi ahli pertama mewakili 2 negeri berkenaan. Pada tahun 1981, pindaan ke atas Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan dibuat bagi membolehkan pelantikan seorang Timbalan Pengerusi. Encik Abdul Rahman bin Abu Hassan merupakan orang pertama mengisi jawatan Timbalan Pengerusi. Pada tahun 2002, pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan diluluskan bagi menambah keanggotaan Suruhanjaya Pilihan Raya menjadi 7 orang iaitu Seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan 5 orang Ahli termasuk seorang ahli dari Sabah dan seorang ahli dari Sarawak. Bagi membolehkan ia menjalankan fungsinya, Suruhanjaya Pilihan Raya membentuk sebuah Urus Setia yang diketuai oleh seorang Setiausaha. Setiausaha ini berperanan sebagai ketua pentadbir bagi urus setia berkenaan. Setiausaha pertama yang dilantik ialah Encik H. Cassidy yang berkhidmat dari tahun 1957 hingga 1958.
Sejak penubuhannya pada tahun 1957 sehingga 1978, Ibu Pejabat Suruhanjaya terletak di Bangunan Sultan Abdul Samad, Jalan Clark, Kuala Lumpur. Dari tahun 1978 hingga 1985 Suruhanjaya Pilihan Raya beroperasi di Bangunan Yayasan Selangor, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Pada tahun 1985 ia berpindah ke Bangunan Tong Ah, Jalan P.Ramlee dan beroperasi di sana sehingga tahun 1988 sebelum berpindah pula ke Aras 5-8, Menara Bank Pembangunan, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Pada bulan November 2000 Ibu Pejabat Suruhanjaya berpindah ke lokasi sekarang di Putrajaya.
Fungsi utama Suruhanjaya Pilihan Raya adalah seperti yang berikut:-
1)  membuat kajian dan persempadanan semula Bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri setiap tidak kurang daripada 8 tahun selepas tarikh siapnya urusan kajian dan persempadanan semula yang terdahulu;
2)  menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan semakan daftar pemilih; dan
3)  menjalankan pilihan raya umum ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, dan menjalankan pilihan raya kecil sekiranya berlaku kekosongan.
Dasar Suruhanjaya Pilihan Raya adalah untuk memelihara, menyelia dan mengekalkan proses demokrasi di negara ini melalui pilihan raya yang bebas dan adil. Adalah menjadi tanggungjawab Suruhanjaya bagi memastikan rakyat dapat memilih wakil-wakil mereka melalui undian terus dalam setiap pilihan raya.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)


Akta SPAN bertujuan untuk mewujudkan badan kawal selia yang mantap di peringkat nasional bagi industri perkhidmatan air negara. Ia mengandungi enam Bahagian dan 44 Seksyen. Bahagian-bahagian berkenaan adalah seperti berikut:
Bahagian I

Bahagian ini memberi kuasa kepada Y.B. Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi untuk menentukan tarikh berkuat kuasanya Akta ini dan juga ianya terpakai hanya kepada Semenanjung Malaysia, Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya.

Bahagian II

Bahagian ini memperincikan penubuhan SPAN termasuk peruntukan mengenai kuasa Y.B Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi untuk melantik anggota SPAN yang terdiri daripada seorang pengerusi, seorang ketua pegawai eksekutif dan tidak kurang daripada lapan tetapi tidak melebihi daripada 10 orang anggota SPAN yang lain.

Bahagian III

Bahagian ini menyentuh mengenai fungsi dan kuasa SPAN termasuk kuasa kepada Y.B Menteri Tenaga, Air Dan Komunikasi untuk memberi arahan kepada SPAN.

Bahagian IV

Bahagian ini menyentuh mengenai peruntukan yang berhubung dengan pekerja-pekerja SPAN termasuk tugas-tugas yang perlu dilaksanakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SPAN dan pelantikan pekerja-pekerja serta syarat perkhidmatan.

Bahagian V

Bahagian ini berkaitan dengan penubuhan Kumpulan Wang Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara dan perbelanjaan yang dipertanggungjawabkan kepada Kumpulan Wang tersebut. Ianya juga memperuntukkan kuasa untuk meminjam oleh SPAN dan pelaburan yang boleh dilakukan oleh Kumpulan Wang Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara tertakluk kepada kelulusan Y.B Menteri Kewangan.

Suruhanjaya Diraja



Suruhanjaya Diraja merupakan badan kerajaan yang melakukan siasatan awam terhadap isu tertentu.
Suruhanjaya biasanya mempunyai bidang kuasa yang luas, lebih luas daripada seorang hakim, tetapi dihadkan oleh "Syarat Rujukan" Suruhanjaya. Suruhanjaya ditubuhkan oleh Ketua Negara (seperti Raja, Gabenor-Jeneral) atas nasihat kerajaan eksekutif dan ahlinya dilantik melalui surat paten.

Suruhanjaya Pasukan Polis

Fungsi Utama dan Aktiviti Suruhanjaya Pasukan Polis

  1. Pelantikan Ketua Polis Negara Dan Timbalan Ketua Polis Negara
  2. Penempatan dan Pertukaran Ketua Polis Negeri.
  3. Kenaikan Pangkat Pegawai Kanan Polis.
  4. Pemangkuan Bertujuan Kenaikan Pangkat Pegawai Kanan Polis.
  5. Pengambilan dan Pelantikan Baru Inspektor Percubaan Polis.
  6. Pelantikan Secara Kontrak Selepas Bersara Pegawai Kanan dan Anggota Polis
  7. Pelepasan dan Pelantikan Secara Pinjaman Pegawai Kanan Polis.
  8. Tindakan Tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)Pindaan) (2002).
  9. Tindakan Penamatan Perkhidmatan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan perkhidmatan) 2005.
  10. Tindakan Surcaj di bawah Akta Acara Kewangan 1957.
  11. Menerima aduan-aduan salah laku oleh pegawai kanan dan anggota polis.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia



Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (secara ringkasnya, SC) adalah badan yang ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Perindustrian Sekuriti 1993, SC merupakan badan berkanun biaya kendiri dengan kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan. SC melapor kepada Menteri Kewangan dan akaunnya dibentangkan di Parlimen secara tahunan. SC mempunyai banyak fungsi pengawalseliaan termasuk:
  • Mengawal selia bursa-bursa, rumah-rumah penjelasan dan depositori pusat;
  • Mendaftarkan prospektus syarikat selain daripada kelab-kelab rekreasi tidak tersenarai;
  • Meluluskan terbitan bon;
  • Mengawal selia semua perkara yang berhubung kait dengan sekuriti dan kontrak niaga hadapan;
  • Mengawal selia pengambilalihan dan percantuman syarikat-syarikat;
  • Mengawal selia semua perkara yang berkaitan dengan skim unit amanah;
  • Melesenkan dan mengawasi semua individu yang berlesen;
  • Menggalakkan kawal selia sendiri; dan
  • Memastikan perilaku yang betul di kalangan institusi pasaran dan individu berlesen.
Melaksanakan semua fungsi ini merupakan tanggungjawab besar SC dalam melindungi pelabur. Selain daripada melaksanakan fungsi kawal selia, SC juga bertanggungjawab di bawah undang-undang untuk menggalakkan dan mempromosikan pembangunan sekuriti dan niaga hadapan di Malaysia.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)


Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan badan berkanun yang mengawal selia syarikat dan perniagaan. SSM yang mula beroperasi pada 16 April 2002, merupakan badan berkanun yang terbentuk hasil daripada penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia.
Aktiviti utama SSM adalah sebagai sebuah agensi pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perniagaan di samping membekalkan maklumat syarikat dan perniagaan kepada awam. Sebagai peneraju utama ke arah peningkatan tahap tadbirurus korporat, SSM melaksanakan fungsinya mengawalselia pematuhan perundangan korporat dan pendaftaran perniagaan melalui aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan yang komprehensif bagi memastikan perkembangan positif sektor korporat dan perniagaan untuk Negara.
SSM bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan penguatkuasaan undang-undang berikut:
    * Akta Syarikat 1965(Akta 125);
    * Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197);
    * Akta Syarikat Amanah 1949(Akta 100);
    * Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971(Akta 28);
    * mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta-akta yang tersebut di atas seperti:
          - Peraturan-Peraturan Syarikat 1966; dan
          - Kaedah-Kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957.

Suruhanjaya Tenaga


Suruhanjaya Tenaga (ST) merupakan sebuah badan berkanun yang bertanggungjawab mengawal selia sektor tenaga bagi industri perbekalan elektrik dan gas berpaip di  Semenanjung Malaysia dan Sabah.  Suruhanjaya Tenaga memastikan bekalan elektrik dan gas berpaip yang disalurkan kepada pengguna adalah selamat, berdaya harap dan pada harga yang berpatutan.

Latar Belakang
Dalam usaha untuk meningkatkan lagi prestasi dalam industri bekalan tenaga, pada 1 Mei 2001, Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Suruhanjaya Tenaga di bawah Akta Suruhanjaya Tenaga 2001. Suruhanjaya Tenaga beroperasi sepenuhnya pada 1 Januari 2002 dan mengambil alih peranan Jabatan Bekalan Elektrik dan Gas yang telah dibubarkan pada tarikh yang sama.

Sektor tenaga di Malaysia telah mengalami perubahan yang pesat dan ketara sejak tahun 1990an. Ini didorong oleh hasrat kerajaan untuk meningkatkan keselamatan bekalan tenaga, meningkatkan kecekapan dan kualiti dalam perkhidmatan utiliti dan meningkatkan penyertaan sektor swasta dalam pembangunan infrastruktur.

Tanggungjawab Suruhanjaya Tenaga adalah termaktub di bawah Akta Suruhanjaya Tenaga (2001) serta akta-akta dan peraturan-peraturan seperti berikut:

•    Akta Bekalan Elektrik 1990 (Pindaan) 2001
•    Akta Bekalan Gas 1993 (Pindaan) 2001
•    Peraturan-peraturan Bekalan Pemegang Lesen 1990 (Pindaan) 2002
•    Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 (Pindaan) 2003
•    Peraturan-Peraturan Bekalan Gas 1997 (Pindaan) 2000
•    Peraturan-Peraturan Bekalan Elektrik (Pengkompaunan Kesalahan) 2001
•    Perintah Bekalan Gas (Kesalahan Yang Boleh Dikompaun) 2006
•    Peraturan-Peraturan Pengurusan Tenaga Elektrik Dengan Cekap 2008

Dasar Dalam Negara 4



Menjimatkan perbelanjaan kerajaan,
Kurangkan beban kewangan kerajaan,
Tingkatkan kecekapan kakitangan kerajaan,
Tingkatkan produktiviti kakitangan kerajaan,
Sediakan perkhidmatan yang lebih bermutu,
Kawal perbelanjaan kerajaan,
Ramaikan Bumiputera dalam sektor korporat,
Sumber pendapatan negara daripada pelbagai sektor,
Pentadbiran jadi cekap dan bermutu,
Ekonomi negara tumbuh,
Aset dan ekuiti syarikat kerajaan dijual(MAS),
aset kerajaan dipajak (pusat sembelih  khinzir di Shah Alam,
Entiti kerajaan diurus secara kontrak  (Loji penapis air di Empangan Semenyih),
Pengurusan berpindah daripada awam kepada swasta,
Contoh penswastaan:Syarikat Airod Sdn.Bhd,.
Contoh penswastaan:Perkapalan Antarabangsa Malaysia,








 Dasar Penswastaan
Martabatkan profesyen keguruan,
Lonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan,
RMK 9
Perkhidmatan kaunter makin baik,
Kumpulan kawalan mutu diwujudkan,
Dasar Kepimpinan Melalui Teladan
Kawasan bebas cukai,
Ada kuota kemasukan,
Ada tempoh lawatan,
Dasar Penggalakan Pelancongan
Lahirkan masyarakat yang rajin bekerja,
Lahirkan masyarakat yang positif,
Adakan persekitaran fizikal yang baik,
Adakan persekitan sosial yang baik,
Wujudkan budaya niaga,
Bangunkan insan sepanjang hayat,


Dasar Sosial Negara
buka tanah baru untuk pertanian,
estet mini diadakan,
koperasi peladang ditubuhkan,
meningkatkan hasil pertanian,
meningkatkan mutu hasil pertanian,
pendapatan maksimum daripada pertanian,
tingkatkan pengeluaran,
tingkatkan kecekapan pengeluaran,
memastikan makanan cukup,
pertanian seimbang dengan pembuatan,




Dasar Pertanian Negara
Pentadbiran guna elektronik,
wujudkan Anugerah kualiti PM,
Bengkel latihan,pengurusan dan peningkatan kualiti,
Dasar Peningkatan Produktiviti dalam Perkhidmatan Awam
Sediakan tenaga kerja yang cukup,
tingkatkan pasaran produk,
Daya pengeluaran meningkat,
Luaskan pasaran produk tempatan,
Penuhi keperluan manusia,
Malaysia jadi kuat,
Malaysia jadi stabil,
Meningkatkan kadar pertumbuhan penduduk,
Dasar Kependudukan
Kerjasama antara sektor awam dan swasta,
Kurangkan beban kewangan negara,
Tingkatkan kecekapan perkhidmatan awam,
Tingkatkan mutu perkhidmatan awam,
Terbit buku cara-cara berurusan  dengan JPA,
Sektor awam sediakan perkhidmatan sokongan kepada swasta,
Ada piagam pelanggan,
Ada kemudahan bayaran bil setempat,
Swasta dapat faham polisi,objektif,peraturan dan sistem agensi kerajaan,
Kerajaan peka keperluan dan matlamat swasta,
Rangkaian perkhidmatan awam dibanyakkan,
Menghapuskan permusuhan antara kerajaan dan swasta,
Swasta dan kerajaan berkongsi maklumat,
Swasta dan kerajaan bertukar maklumat,
Kerajaan jual syer dalam syarikat milik kerajaan kepada swasta







Dasar Persyarikatan Malaysia
Lahirkan modal insan,
Perkasakan integrasi nasional,
Misi Nasional
Semak dasar perusahaan Negara,
Ubahsuaikan dasar itu,
Ingin turunkan import barangan,
Dasar Perindustrian Negara
Kajian bioteknologi digunakan,

Dasar Pertanian Negara Ketiga
Import teknologi dari luar Negara,
Import kemahiran dari luar negara,
Pinjam tenaga pakar dari luar Negara,
Keluarkan barangan,
Keluarkan pekerja mahir,
Urus projek perusahaan berat spt PROTON,MODENAS,KEDAH CEMENT


Dasar Perindustrian Berat
Susun semula sistem galakan perindustrian,
Kurangkan import,
Industri yang menghasilkan barangan daripada getah diadakan,
Industri yang menghasilkan barangan daripada kelapa sawit diadakan,
Industri yang menghasilkan makanan yang diproses diadakan,
Industri kimia diadakan,
Industri petrokimia diadakan,
Galakkan IKS,
Pelbagaikan eksport,
Wujudkan IKS,
Industri guna teknologi tinggi,





Pelan Induk Perindustrian
Integrasikan negeri dan wilayah,
Tingkatkan semangat patriotik,
Wujudkan bangsa Malaysia,
Pelan Tindakan Perpaduan Negara
Tanah disatukan,
Aktiviti pertanian untuk komersil,
Kampong dikelompokkan,
Kebun kecil diurus secara ladang,
Kampong disusun semula secara teratur,
Ada industri di kampong,
Kualiti pertanian ditingkatkan,
Daya pengeluaran ditingkatkan,
Satu daerah satu industri (ODOI)


Dasar Hala Cara Baru dalam Pembangunan Kampong dan Luar Bandar
Lahirkan belia berwawasan,
Lahirkan belia yang berintegriti/etika/akhlak,
Lahirkan belia yang berdaya saing,
Pelan Tindakan Pembangunan Belia Nasional
Guna tanda nama,
Guna kad perakam waktu,
Kerja secara kumpulan,
Konsep pejabat terbuka,
Kumpulan diwujudkan untuk meningkatkan mutu kerja,
Kurangkan bergantung kepada pelabur Barat,
Mencontohi kemajuan ekonomi Jepun dan Korea,
Mencontohi pengurusan Jepun dan Korea,
Dalam RMK 7




Dasar Pandang ke Timur
Perkenalkan status Universiti Apex,
IPTA diurus sendiri oleh IPTA,
Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara
Tempatkan setinggan yang terjejas akibat projek pembangunan,
Program Perumahan Rakyat (PPR)
Ganti Dasar Ekonomi Baru,
Seimbangkan pembangunan,
Tingkatkan perpaduan,
Beralih daripada membasmi kemiskinan kepada mengurangkan kemiskinan relatif,
Minta swasta susun semula masyarakat,
Pembangunan sumber manusia,
Pengagihan pendapatan secara adil dan sederhana,
Pupuk integrasi nasional,
Wujud masyarakat global,
Lahirkan modal insan berkualiti





Dasar Pembangunan Nasional
Majukan eksport,
Tingkatkan hasil Negara,
Syarikat Malaysia buka rangkaian di luar Negara,
Tingkatkan hasil syarikat besar,
Banyak perdagangan dengan Negara luar,
Syarikat Perdagangan Antarabangsa (PEDAMA),
Malaysian International Trading Organisation (MITCO),
Malaysia Overseas Investment Corporation,
Malaysian Transnational Trading Corporation (MATTRA),




Dasar Sogoshosha
Wanita dapat faedah daripada pembangunan,
Wanita dapat peluang daripada pembangunan,
Wanita beri  sumbangan dalam pembangunan,
wanita dan lelaki berkongsi sumber,
wanita dan lelaki berkongsi maklumat,
wanita tidak didiskriminasikan


Dasar Wanita Negara
Dilaksanakan kerana ekonomi dunia meleset,
Projek yang menguntungkan sahaja dilaksanakan,
Perbelanjaan dikawal oleh kerajaan,
Dasar Pengurangan Beban Belanjawan Negara
Agama Islam jadi unsur penting,
Budaya asal rantau ini digunakan,
Budaya yang tidak bercanggah dengan Islam,
Budaya tempatan jadi teras,
Wujudkan perpaduan,


Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Kukuhkan peranan BPR,
Pegawai kerajaan wajib istihar harta,
Anggota kabinet wajib istihar harta,
Fail meja diadakan,
Manual Prosedur Kerja diadakan,
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang diadakan,


Dasar Bersih.Cekap &  Amanah
Selepas 1990,
Dasar Pembangunan Nasional,
Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua
Menjadi Negara industri,
Menyatupadukan rakyat,
Susun semula masyarakat,
Hapus kemiskinan penduduk luar Bandar,

Dasar Ekonomi Baru
Majukan R & D/penyelidikan dan pembangunan,
Import pakar dari luar Negara,
Guna sains dan teknologi untuk aktiviti ekonomi dan infrastruktur
Majukan pertanian dengan sains dan teknologi,
Program Angkasawan Negara,
Sediakan geran penyelidik muda,


Dasar Sains & Teknologi Negara
Kukuhkan kewangan Negara,
Kurangkan defisit belanjawan kerajaan,
Pengurusan ekonomi secara berhati-hati,
Kukuhkan kewangan Negara,
Belanjawan yang seimbang,
Swastakan agensi kerajaan,

Dasar Pengurangan Beban Perbelanjaan Awam
Kurangkan wang Negara mengalir keluar melalui pertukaran wang asing,
Baik sangka barangan buatan Malaysia bermutu,
Elakkan sangka barangan import lebih baik,
Kurangkan barangan import,
Iklankan kepentingan dan mutu barangan tempatan,
Bangunkan sektor perindustrian Negara,


Dasar Belilah barangan Buatan Malaysia
Rapatkan jurang digital,
Bangunkan sistem akses maklumat,
K-Ekonomi
Bangunkan pertanian,
Bangunkan pengangkutan,
Bangunkan ICT,
Basmi kemiskinan dengan cara program Agropolitan,
Wilayah Koridor Pantai Timur (ECER)
Dasar Ekonomi dan dasar Pembangunan Nasional digabungkan,
Bentuk Negara yang bersatu padu,
Bentuk Negara satu bangsa Malaysia,
Bentuk Negara yang mempunyai satu matlamat,
Wujud masyarakat yang saintifik iaitu pengguna/pencipta sains,dan teknologi
Wujud masyarakat yang bermoral/beragama/beretika,
Wujud masyarakat yang makmur,
Wujud masyarakat yang berilmu,
Wujud ekonomi yang boleh bersaing,berdaya tahan,
30% ekuiti Bumiputera pada 2010,
Ekonomi berasaskan sumber tempatan,
Tingkatkan pengeluaran melalui pengetahuan,
Hasilkan barangan dan perkhidmatan yang berdaya saing,







Dasar Wawasan 2020
Maksimumkan potensi ekonomi,
Tingkatkan tahap pendidikan rendah,
Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER)
Desa dimodenkan,
Ekonomi dimajukan berasaskan demografi,
Kurangkan jurang perbezaan antara kawasan,
Pembangunan Bandar lebih teratur,
Pembangunan ikut kawasan setempat,
Pembangunan yang seimbang ikut kaum,
Ikut DEB,


Dasar Urbanisasi
Lahirkan warga minda kelas pertama,
Martabatkan profesyen keguruan,
Perkasakan sekolah kebangsaan,
Tingkatkan latihan,
Tingkatkan kemahiran,
Rapatkan jurang pendidikan,
Tingkatkan bilangan guru terlatih,

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
Modenkan hidup masyarakat berteraskan konsep penempatan,
Sediakan prasarana yang cukup,
Sediakan persekitaran yang bersih,
Sediakan rumah yang cukup,

Dasar Perumahan Negara
Sediakan keperluan pertanian,
Sediakan keperluan perindustrian,
Sediakan keperluan eksport,

Dasar Hutan Negara
Bina jenama Malaysia,
Tubuh Panel penasihat Antarabangsa,
Dasar Bioteknologi
Ada proses desentralisasi,
Pandangan stakeholder  didengar,
Sekolah kluster
Tingkatkan taraf hidup rakyat,
Masyarakat desa dimajukan,
RMK Pertama
Pupuk perpaduan,
Kurikulum yang seragam,
Kokurikulum yang teratur,
Lahirkan tenaga kerja untuk keperluan semasa,

Dasar Pendidikan Kebangsaan
Sekat wang Negara mengalir keluar,
ambilalih syarikat bermasalah,
Danaharta Nasional Berhad
Terap nilai universal dalam pentadbiran,
Lahirkan masyarakat yang berakhlak mulia,berdisplin dan berintegriti
Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam dalam Pentadbiran
Bangunkan  semula sektor pertanian,
Produk berdaya saing di pasaran global,
Rangsang Pertumbuhan ekonomi Negara
Tingkatkan sekuriti makanan,
Daya saing pertanian ditingkatkan,
Dasar Pertanian Ketiga