Tuntutan Negara Selatan terhadap Negara Maju
|
Hutang negara membangun sangat membebankan kerana negara maju (G8)
ubah kadar pertukaran mata wang asing. Negara Selatan minta hutang lapuk
dibatalkan, tempoh bayaran dipanjangkan, kadar faedah yang rendah dan
mengawal nilai mata wang negara maju
|
|
Nisbah harga eksport produk negara membangun dengan harga import
sangat terjejas. Negara Selatan minta
mengikat harga komoditi dengan harga barangan pembuatan, penubuhan Tabung
Bersama bagi menstabilkan harga, menubuhkan pakatan negara pengeluar komoditi.
|
|
Dasar perlindungan terhadap firma tempatan di negara maju telah
mengurangkan import dari negara membangun. Negara selatan minta membuka pasaran
yang lebih luas, mengurangkan sekatan tarif, sekatan bukan tarif dan karenah
dokumentasi.
|
|
Negara maju tidak bersedia melakukan pemindahan teknologi disebabkan
faktor dasar dan strategi perdagangan. Negara selatan minta pemindahan teknologi
yang lebih banyak dan pantas.
|