Pesuruhjaya Kehakiman di Malaysia dilantik berdasarkan
Artikel 122AB Perlembagaan Malaysia seperti berikut: Perkara 122AB. Pelantikan
pesuruhjaya kehakiman. (1) Supaya segera diselesaikan urusan Mahkamah Tinggi di
Malaya dan Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, Yang di-Pertuan Agong yang
bertindak atas nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Ketua Hakim
Negara Mahkamah Persekutuan,boleh melalui perintah melantik mana-mana orang
yang layak dilantik sebagai hakim Mahkamah Tinggi untuk menjadi pesuruhjaya
kehakiman bagi apa-apa tempoh atau apa-apa maksud yang dinyatakan dalam
perintah itu; dan orang yang dilantik sedemikian hendaklah mempunyai kuasa
untuk melaksanakan apa-apa fungsi hakim Mahkamah Tinggi yang ternyata kepadanya
dikehendaki dilaksanakan; dan apa-apa jua yang dilakukan olehnya apabila
bertindak mengikut pelantikannya hendaklah mempunyai kesahan dan kesan yang
sama seolah-olah dilakukan oleh seorang hakim Mahkamah itu, dan berkenaan
dengan apa-apa jua yang dilakukan itu dia mempunyai kuasa yang sama dan
menikmati kekebalan yang sama seolah-olah dia seorang hakim Mahkamah itu. (2)
Peruntukan Fasal (2) dan (5) Perkara 124 hendaklah terpakai bagi seseorang
pesuruhjaya kehakiman sebagaimana peruntukan itu terpakai bagi hakim Mahkamah
Tinggi.