Penasihat Undang-Undang Negeri


Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri ditubuhkan di bawah Jabatan Peguam Negara, Malaysia yang berfungsi untuk :
  • menasihati Kerajaan Negeri mengenai apa-apa perkara undang-undang.
  • menggubal undang-undang bagi Negeri dan menguruskan penyiarannya dalam Warta.
  • mengendalikan pendakwaan bagi kes jenayah.
  • mewakili Kerajaan Negeri dalam semua guaman sivil.
  • membuat semakan dan cetakan semula Enakmen Negeri
  • menyediakan dokumen undang-undang bagi Kerajaan Negeri
  • membantu Kerajaan Negeri memberi nasihat perundangan di setiap aspek pentadbiran negeri, hubungan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan serta pihak swasta.
  • bertanggungjawab dalam penggubalan perundangan negeri untuk disiarkan dalam Warta.