Mahkamah Rayuan


Mahkamah Rayuan umumnya membicarakan semua kes rayuan sivil terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, kecuali perintah atau keputusan mahkamah yang dibuat melalui persetujuan. Untuk kes-kes yang melibatkan:
  • tuntutan melebihi RM10000
  • keputusan mahkamah atau perintah yang berkait dengan kos sahaja;
  • rayuan yang berkenaan dengan keputusan hakim dalam kamar bicara terhadap saman interplider tentang fakta-fakta yang tidak dipertikaikan;
kebenaran Mahkamah Rayuan harus diperoleh lebih dahulu.
Mahkamah Rayuan juga membicarakan rayuan-rayuan keputusan kes jenayah Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Tinggi


Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa penyeliaan dan pengubahan keputusan semua Mahkamah Bawahan, serta juga bidang kuasa untuk membicarakan semua rayuan daripada Mahkamah Bawahan, baik kes sivil mahupun kes jenayah.
Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa sivil yang tidak terhad, dan umumnya membicarakan kes-kes yang tuntutannya melebihi RM1000, selain daripada kes-kes yang melibatkan kemalangan kenderaan bermotor, penderitaan, dan pertikaian antara tuan rumah dan penyewa. Mahkamah ini juga membicarakan kes-kes yang berkait dengan:
Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa yang tidak terhad terhadap semua kes jenayah selain daripada perkara-perkara yang melibatkan undang-undang Islam.
Kes-kes dibicarakan oleh seorang hakim yang tunggal di dalam Mahkamah Tinggi, atau oleh seorang pesuruhjaya kehakiman. Sedangkan hakim-hakim Mahkamah Tinggi diberikan perlindungan jawatan (sila lihat Krisis Perlembagaan Malaysia 1988), para pesuruhjaya kehakiman dilantik untuk penggal dua tahun dan tidak menerima perlindungan yang sama di bawah Perlembagaan.

Mahkamah Sesyen


Agak serupa dengan Mahkamah Sesyen Suku di England, Mahkamah Sesyen Malaysia mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan-kesalahan yang tidak melibatkan hukuman mati. Mahkamah-mahkamah ini dipengerusikan oleh hakim-hakim Mahkamah Sesyen (dahulunya Presiden Mahkamah Sesyen).
Mahkamah Sesyen juga membicarakan semua kes sivil yang tuntutannya melebihi RM25,000 tetapi tidak melebihi RM250,000, kecuali kes-kes yang melibatkan kemalangan kenderaan bermotor, penderitaan, dan kes-kes antara tuan rumah dan penyewa yang mahkamah ini mempunyai bidang kuasa yang tidak terhad.

Mahkamah Sesyen

Agak serupa dengan Mahkamah Sesyen Suku di England, Mahkamah Sesyen Malaysia mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan-kesalahan yang tidak melibatkan hukuman mati. Mahkamah-mahkamah ini dipengerusikan oleh hakim-hakim Mahkamah Sesyen (dahulunya Presiden Mahkamah Sesyen).
Mahkamah Sesyen juga membicarakan semua kes sivil yang tuntutannya melebihi RM25,000 tetapi tidak melebihi RM250,000, kecuali kes-kes yang melibatkan kemalangan kenderaan bermotor, penderitaan, dan kes-kes antara tuan rumah dan penyewa yang mahkamah ini mempunyai bidang kuasa yang tidak terhad.
A

Mahkamah Jenayah Antarabangsa


Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) ditubuhkan pada 2002 sebagai satu tribunal tetap untuk membicarakan kes pembasmian kaum, jenayah hak asasi manusia, jenayah perang, jenayah kekerasan dan sebagainya. Mahkamah ini bermula pada 1 Julai 2002 apabila perjanjian Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa mula berkuatkuasa.[1]
Pejabat rasmi mahkamah ialah di The Hague, Belanda tetapi perbicaraan boleh diadakan di mana-mana lokasi jika difikirkan perlu, cekap, cepat dan selamat.[2] Mahkamah ini berbeza dengan Mahkamah Keadilan Antarabangsa / mahkamah dunia. Mahkamah Keadilan Antarabangsa dikendalikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menyelesaikan pertikaian / krisis antara dua negara.
Setakat Februari 2012, 120 negara telah menjadi ahli / mengiktiraf Mahkamah Jenayah Antarabangsa. Sebanyak 32 negara belum menandatangani Statut Rome, termasuklah China, India dan Amerika Syarikat kerana banyak mengkritik kelemahan Mahkamah Jenayah Antarabangsa ini yang tidak memenuhi citarasa dan keperluan mereka.
Sehingga kini, mahkamah ini telah memulakan tujuh siasatan berhubung situasi di Afrika: Utara Uganda, Konflik Darfur, Republik Demokratik Congo, Republik Afrika Tengah, Republik Kenya, Libya dan Côte d'Ivoire.
Setakat Mac 2012, perbicaraan Lubanga berkaitan situasi di RD Congo telah berakhir dengan tertuduh didapati bersalah pada 14 Mac 2012. Ia merupakan keputusan pertama mahkamah ini sejak ia ditubuhkan.[3] Hukuman dan pampasan akan dibincangkan kemudian.
Sejarah
Pada 1948 selepas Perbicaraan Nuremberg, Tribunal Tokyo Perhimpunan Agung PBB telah mengiktiraf mahkamah tetap antarabangsa untuk menyelesaikan / membicarakan jenayah semasa Perang Dunia Kedua. Di atas permintaan Perhimpunan Agung PBB, Jawatankuasa Undang-Undang Antarabangsa telah merangka dua draf pada awal 1950-an tetapi terbantut akibat Perang Dingin.
A. N. R. Robinson yang kemudian menjadi Perdana Menteri Trinidad dan Tobago telah mengungkit semula penubuhan Mahkamah Jenayah Antarabangsa semasa Perhimpunan Agung PBB ke-44 pada 1989 kerana jenayah pengedaran dadah antabangsa semakin tidak terkawal. Kemudian mahkamah ini dibentuk secara ad hoc untuk cuba membicarakan kes jenayah bekas Yugoslavia dan Rwanda.
Statut Rome
Selepas perundingan, persidangan yang diadakan di Rome, Itali pada Jun 1998 setuju untuk membuat keputusan akhir. Pada 17 Julai 1998 Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa telah diundi dengan 120 setuju, 7 menentang dan 21 berkecuali. Tujuh negara yang menentang itu ialah Iraq, Israel, Republik Rakyat China, Qatar, Amerika Syarikat dan Yaman.
Statut Rome berjaya ditandatangani pada 11 April 2002 dengan asalnya 60 negara sahaja.[1] Mahkamah Jenayah Antarabangsa hanya boleh boleh berfungsi selepas tarikh itu.
Peringkat awal, 18 hakim dipilih pada Februari 2003. Mereka memulakan sesi pada 12 Mac 2003. Isu waran tangkap menjadi isu pertama pada 8 Julai 2005.
Keahlian
Setakat Februari 2012, 120 negara telah menerima mahkamah ini, termasuk semua Amerika Selatan, sebahagian besar Eropah dan kira-kira separuh Afrika.
Sebanyak 32 negara telah menandatangani tetapi masih belum memeterainya.