Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan
badan berkanun yang mengawal selia syarikat dan perniagaan. SSM yang mula
beroperasi pada 16 April 2002, merupakan badan berkanun yang terbentuk hasil
daripada penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar
Perniagaan (ROB) di Malaysia.
Aktiviti utama SSM adalah sebagai sebuah agensi pemerbadanan syarikat dan
pendaftaran perniagaan di samping membekalkan maklumat syarikat dan perniagaan
kepada awam. Sebagai peneraju utama ke arah peningkatan tahap tadbirurus
korporat, SSM melaksanakan fungsinya mengawalselia pematuhan perundangan
korporat dan pendaftaran perniagaan melalui aktiviti penguatkuasaan dan
pemantauan yang komprehensif bagi memastikan perkembangan positif sektor
korporat dan perniagaan untuk Negara.SSM bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan penguatkuasaan undang-undang berikut:
* Akta Syarikat 1965(Akta 125);
* Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197);
* Akta Syarikat Amanah 1949(Akta 100);
* Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971(Akta 28);
* mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta-akta yang tersebut di atas seperti:
- Peraturan-Peraturan Syarikat 1966; dan
- Kaedah-Kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957.